Wednesday, 31 August 2016

Pengalaman & Soalan Ujian Online Latihan Separa Perubatan SPA (Ogos 2016)

Assalamualaikum.

Hari tuu aku ada update pasal panggilan untuk mengikuti ujian online SPA kali ke 3. And aku dah selesai ujian pada 29 Ogos lalu. Alhamdulillah.

Ujian Online Latihan Separa Perubatan (UOLSP) nie berbeza daripada Ujian Online SPA bagi jawatan Pembantu Tadbir yang pernah aku jawab dulu. UOLSP cuma ada 2 bahagian, iaitu Bahagian A dengan Bahagian B jer.

Bahagian A : Penaksiran Minat, berkaitan dengan diri. Selalu sangat timbul masalah line masa nie. Aku stress. Last minit kena jawab lebih 100 soalan. Sila imagine betapa seksanya aku. Argh!!

Pinjam laptop orang, pakai wifi kedai kopi huhuhu

Bahagian B : Bahagian nie berkaitan dengan pengetahuan am kita laa. Huffft. Aku study tau. Betapa bersungguhnya aku. Tapi last last tak dapat jawab semua soalan akibat gangguan line.

Apa apa pun, kat sini aku nak kongsi soalan yang diberikan untuk memudahkan korang korang yang bakal ujian untuk buat rujukan. Memanglah soalan tak sama tapi berkaitan laa jugak sikit sikit kan. Harap dapat membantu korang.

1/ Ibu bersalin
2/ Gula ringkas
3/ Fungsi air untuk badan
4/ Tarikh Hari Sukan Negara
5/ Derma organ & tisu
6/ Kandungan paling tinggi dalam air kencing normal
7/ Teknik CPR
8/ Susunan aliran darah dalam saluran darah
9/ Fungsi garam galian
10/ Langkah pencegahan penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut
11/ Perkhidmatan yang disediakan di UTC
12/ Perkhidmatan yang disediakan di Klinik 1 Malaysia
13/ Kawasan yang diwartakan sebagai Tapak Ramsar
14/ 4 aras dalam piramid makanan
15/ Pemeriksaan payudara sendiri
16/ Diabetes Mellitus
17/ Demam Denggi Berdarah
18/ Pengiraan BMI
19/ Chloroquine
20/ Penyakit bawaan tikus
21/ Gigi geraham dewasa
22/ Gigi yang pertama tumbuh
23/ Barang kawalan berjadual
24/ Carpal
25/ Kekurangan vitamin A
26/ Fungus
27/ Mikroskop elektron
28/ Vitamin larut lemak
29/ Difteria
30/ Azizulhasni Awang

K. Tuu jer yang aku ingat. Kesimpulannya, kena tau pasal bab penyakit, pelbagai istilah dalam sains kesihatan, teknik teknik and pengiraan berkaitan kesihatan, agensi kerajaan yang berkaitan kesihatan, pasal tubuh badan, tulang belulang, alaa semuanya pasal sains lah. Kalau line laju nak mamps, and kalau kau terer carik jawapan last minit, rujuk jer Google.

Good luck kepada semua yang dah or sedang or akan menjawab soalan UOLSP k. And jangan lupa doakan aku ye. Moga moga ada rezeki. In shaa Allah.

See ya.

p/s : Ada soalan, boleh tanya.

Berkaitan : Pengalaman & Soalan Ujian Online SPA (Pembantu Tadbir)

Friday, 26 August 2016

Anak Kampung, Ayo Berpadi Padian

Assalamualaikum ❤

Dah nak hujung tahun. Maksudnya, tak lama lagi nak start bersawah. Tadi ikut bapak meracun rumput. Hehe


So cool laa, guys

Nampaknya, musim membakar kulit sudah tiba! ^^

See ya.

Monday, 22 August 2016

Thanks, Sis Jari Manis!

Assalamualaikum.

Update lewat malam. Err, pagi? Adakah anda merindui saya? Dan adakah anda tahu betapa terdesaknya saya untuk memiliki sebuah laptop?

Sorry laa aku dah tak dapat nak blogging macam dulu. Aku tak dapat blogwalking kacau kacau korang, aku tak dapat nak tinggalkan komen. Alaa, reply komen korang pun payah. Tak dapat nak nuffclick banyak banyak. Haih, semua tak dapat! T_T

And aku nak update entry kemain payah. Sampai lupa pasal simple pleasure from Sis Jari Manis. Allah. Sorry sangat sebab lambat bagitau. Sorryyyyyyy!



http://jarimanistravel.blogspot.my/

Simple pleasure nie dah lama sampai. Sweet sangat. Fridge magnet. Hehe Kita simpan elok elok nie tau bersama simple pleasure yang lain. Sahabat blogger KTC semua baik baik belaka. Mmmmuuahhhx.

Sekali lagi, sorry and thanks ye sis. Sapa jeles sila angkat tangan. Bluerk. Hehe

p/s : Rindu nak blogging macam dulu.

p/s sekali lagi : Napa ngan widget Followers saya tuu? Saya pakai phone susah nak detect masalah.

Thursday, 18 August 2016

Panggilan Ujian Online SPA Kali Ke 3

Assalamualaikum.

Kali pertama lulus. Masa tuu baru lepas habis Form 6. Terus dipanggil untuk temuduga. But, failed. Alaa, yang temuduga paling sekejap kat dunia tuu. Kalau korang rajin follow blog nie, ada laa korang terbaca. Kot. Pengajaran berguna tuu.

Kali ke dua masa aku tengah jadi cashier. Masa tuu aku dah takde laptop. Rosak. Tapi tuu bukan alasan ye. So, aku pinjam laptop bini Yak Jamen. Beli broadband RM40, mintak tukar offday ngan SP, buat ulangkaji sungguh sungguh and apabila tiba masanya untuk ujian... Laptop tuu takleh connect line. Hah! Bencinya aku. Nangis!

"Macam mana exam semalam?"

"Jangan tanyalah! Line takde"

"So, tak dapat lah? Yes, terima kasih. Thanks line, I love you line!"

Kemain happy Dom doanya makbul. Dia taknak aku caw dari supermarket tuu. Taikkk. Kawan apa kau nie? Panggg!

And hari Selasa lepas, ada pihak SPA call aku. Lelaki dan suaranya sangat macho. Dia tanya aku ada dapat panggilan temuduga pembantu pendaftaran tak masa bulan Julai lepas raya? Aku cakap jer takda. Aku pun taktau. Nak bukak laman web SPA aku takde laptop. Nak guna hp, hp aku versi lama punya. Nak harap posmen hantar surat laju laju, sila bermimpi. So, jawab jer laa takde. Dia pun, oh okey okey and off call.

Then tadi, alhamdulillah aku dapat panggilan untuk mengikuti ujian online dan ini adalah kali ke tiga. Macam biasa, aku excited. Mana laa tau ada rezeki. Amin. Lagipun aku dah berhenti keja. And aku taktau aku nak guna apa nanti. Laptop takde. CC? Lagi laa alahai ~



Errr. Korang ada dapat tak? Selamat maju jaya.

See ya.