Monday, 31 August 2015

Our Merdeka Celebrations

Salam kemerdekaan.

Merdeka tahun nie aku sambut dengan pegi konvoi. Bukan konvoi merdeka. Tapi konvoi sebab adik aku si NGS nak beli buku. Kekeke Sarikei sekali lagi :)

NGS cakap nak pegi Kedai Buku Saujana. Aku taktau pun ada kedai buku lain kat Sarikei selain Anthonian. Maka, sampai jer kat Sarikei terus park moto and jalan kaki. Misi mencari Kedai Buku Saujana bermula !

Tidak dapat dinafikan, sebagai kaum hawa, aku, mak and NGS bukan sahaja mencari Kedai Buku Saujana. Malah saujana mata memandang barang barang yang terjual di sana sini. Hahaha Nasib baik ada bapak yang selalu membawa kami kembali ke pangkal jalan XD

Punya laa penat pusing satu Sarikei carik Kedai Buku Saujana.

Tau tau kedai tutup.
Okey, maaf diterima --'

Nampaknya kita salah waktu nie. Pegi Anthonian pun tutup. Pffft. Maka, merayau rayau laa kami anak beranak di sekitar Sarikei. Alang alang dah sampai. Apalagi, cuci mata cuci dompet ler. Dompet mak. Hahaha

Taman Merdeka :)
Port hilangkan penat.

Singgah Everwin.
Mak and NGS nak beli selipar.

Comelkan? Hahaha
Tak sabar nak buat biskut Hello Kitty :P

Rumah baru untuk family si tikus :)

Beli buah dulu.
Pilih pilih.

Hari tuu aku tak dapat masuk Souvenirs House. Alhamdulillah, hari nie singgah jap sebelum balik Saratok. Sapa sapa datang Sarikei tuu, boleh laa singgah kedai nie. Banyak souvenir untuk dibawak balik. Boleh buat kenangan. Aku beli gelang, NGS beli keychain ketupat :)

Sempat ambik gambar nie jer dalam kedai tuu.
Bateri fon dah nak meninggal dunia.

Alhamdulillah. Selamat pergi, selamat kembali walaupun jalan raya sangatlah sibuk hari ini. Sampai jer kat rumah, satu family layan movie Mat Tudung lakonan Fizz Fairuz, Nelydia Senrose, and Izzue Islam. Lawak gila nyah. Hahaha Sapa belum tengok tuu, layan jer !! XD

Anyway, selamat menyambut hari kemerdekaan buat semua. #sehatisejiwa. Ohoho ! Sehati sejiwa? Tema tahun nie buat aku rindukan AR, lovely kazen.


Good night !

Tuesday, 25 August 2015

Thanks Blogger Dayang Deno

Assalamualaikum.

Tersebutlah sebuah kisah. Kad raya baru sampai hari ini. Kekeke Kad raya ke tiga untuk tahun nie. Yang penting selamat sampai. Alhamdulillah.

Comel gillew ^^


Thanks, Blogger Dayang Deno. Nom nom nom. Hehehe :)

Friday, 21 August 2015

Tentang IC dan Bermukun

Assalamualaikum.

Hari nie birthday dak abang. Genap 12 tahun. So, pegi laa kittew ke pejabat pendaftaran buat IC. And done ! Hehe

Anyway, dah dekat dekat nak Merdeka nie, banyak jer aktiviti kat daerah aku. Tadi adik adik aku ajak mak aku pegi tengok orang menyanyi kat Arena Petanque. Aku tak ikut pun. Tapi, tak sampai hati laa pulak biar mak sorang sorang bawak bebudak nie. So, aku ikut jer laa.

Ekceli, diorang nie salah time laa ajak keluar. Malam nie cuma ada pertandingan menyanyi lagu lagu asli and bermukun. Hahaha Ofkos laa bebudak nie cepat bosan and ajak balik. Btw, aku ada nampak beberapa orang staff RTM tadi. Masuk TV eyh?

Pentas nun jauh di sana.

Aku spot makanan jer k.

Balik rumah makan nasik. Kehkehkeh

Oh ye. Korang tau apa itu bermukun? Bermukun atau lebih dikenali sebagai bertandak merupakan salah satu aktiviti tradisional yang masih diamalkan oleh masyarakat Sarawak terutamanya di kawasan kampung.

Aku tak pasti asal usul bermukun nie. Lagipun Melayu, Melanau, Iban, dan lain lain semua layan aktiviti nie. Yang aku tau, bermukun merupakan aktiviti berbalas balas pantun antara si penari dengan si tukang gendang. Kalau aku balik Matu selalu sangat tengok mak cik aku layan orang bermukun dalam radio. Hehehe

Walaupun aku tak berapa nak minat dengan seni bermukun, tapi aku harap ia tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. In shaa Allah :)

K laa. Thanks for dropping by.

Thursday, 20 August 2015

Merayu Rayu

Assalamualaikum.

Ini bukan entry rayuan cinta. Ini pasal rayuan UPU untuk manusia seperti aku. Teringat kata kata Cikgu Hashim masa taklimat IBI Dana Pendidikan Dr Hamzaid beberapa bulan lepas.

" Rayuan tuu bukan bermaksud awak merayu rayu nak masuk U pastu diorang kasihan and terima rayuan tuu. Bukan macam tuu "

" Tapi, contoh laa budak semenanjung dapat tawaran study kat Sarawak. UNIMAS contohnya. Tapi diorang taknak sebab jauh ke apa ke. Kekosongan tuu laa yang akan awak isi. Maksudnya, kalau masih ada kekosongan, in shaa Allah rayuan akan diluluskan "

Aku tak mengangguk, tak jugak menggeleng. Aku dok tengok muka Cikgu Hashim tuu. Hurm.

Hari nie dah buat rayuan. Aku terima jer nanti. Kalau ada rezeki, alhamdulillah. Kalau takde, cari laa jalan lain. Hidup nie kan banyak simpang siur nya --'


Oh ye, aku terpilih untuk Program IBI Dr Hamzaid tuu tapi aku tak ikut pun. Banyak hikmahnya. Alhamdulillah.

Night.

Tuesday, 11 August 2015

Actually...

Aku gagal UPU.


Semoga Allah swt bukakan pintu pintu yang masih lagi tertutup buat aku. Amin.

Saturday, 8 August 2015

Apa Benda Terbang Tadi? Api.

Assalamualaikum.

Aku lupa benda nie berlaku tahun bila. Tapi masa tuu aku masih belajar kat sekolah menengah. Malam tuu, Farah lepak kat rumah aku. Pastu, tiba laa masa untuk dia balik. Kalau tak silap aku lebih kurang jam 8 malam. Maaf kalau aku silap. Farah pun keluar and pakai selipar. Aku turut berdiri kat depan pintu rumah.

Kira macam nie laa.

Masa berdiri depan pintu tuu, masih sempat jugak borak borak kosong. Tengah syok berborak, tetiba aku terpandang something melintas dengan lajunya.

Bersyukur laa korang lukisan aku sikit pun tak seram --'

Api. Yups. Api tuu melintas betul betul kat depan aku and Farah. Aku seolah olah terpegun. Mata aku dok tengok api tuu jer. Bulat. Lebih kurang sebesar lampu kereta. Api dia terpercik percik.

Disebabkan terkejut, aku dan Farah saling berpandangan. Masa kami tengok api tuu semula, api tuu dah takde. Zuuup, hilang sekelip mata. Taktau pegi mana. Nak baca alip ba ta pun tak sempat. Like... Seriously?

" Farah, kau nampak tak? "

" Nampak. Api "

Gila tak seram. Kalau langgar muka aku tadi macam mana? Cis. Lepas tuu aku nampak kelibat bapak aku datang dari arah sungai. Bapak aku kan nelayan. Sekali sekala kena laa jenguk keadaan perahu dia kat sungai tuu. Cepat cepat aku tanya bapak.

" Daddy, what is the fire fly fly haa? "

Erk. Tipu.

" Pak, apa benda terbang tadi? Api "

" Api? "

" A'ah. Api terbang melintas "

" Sebesar lampu kereta ke? Bulat kan? "

" A'ah. Nak kata bulat tak bulat sangat sebab api dia terpercik percik "

" Polong "

" Polong? "

Farah jadi serba salah nak balik ke tak, nak balik ke tak. Hahaha Kalau dalam perjalanan balik tetiba ada api suluh macam mana? Kusss semangat. Habislah kau, Farah. Last last terpaksa beranikan diri untuk balik jalan kaki sorang sorang. Dah laa gelap. Kekeke Nasib baik takde pape.

Kat tempat aku nama benda tuu polong. Kat tempat korang aku taktau laa. Aku cuba search Google tapi benda lain pulak keluar. Bapak aku cakap, polong diperbuat daripada telur. Ia digunakan untuk melihat sejauh mana kekuatan sihir seseorang. Terutamanya bagi yang baru belajar. And sudah tentu laa digunakan untuk menyihir orang lain.

Ada jugak orang cakap, kalau kita tunjuk benda tuu guna jari, benda tuu akan jatuh. Apabila jatuh ia kembali kepada bentuk asal, iaitu telur. Entah laa. Aku pun tak berapa pasti. Yang pasti, ianya dibenci oleh Allah swt. Mintak dijauhkan laa ye.

Anyway, korang pernah nampak tak?

Thursday, 6 August 2015

Sebelum Aku Berburuk Sangka

Assalamualaikum.

Pada suatu hari, Eri dengan gembiranya mengatakan bahawa

" Ketiga tiga puyuh kita dah bertelur ! "

Aku bingung. Bukankah puyuh kami hanya ada tiga ekor? Kalau ketiga tiganya bertelur? Gulp. Siapakah yang menghamili mereka? Adakah mereka berkelakuan songsang? Erk. Apa aku merepek nie. Maka sebelum aku berburuk sangka, aku segera menemui bapak lalu aku pun bertanya.

" Daddy, why is the three birds born egg egg haa? "

Takdelah.

" Pak, macam mana ketiga tiga puyuh tuu boleh bertelur? "

" Dah dia betina. Dia bertelur laa "

" Memang laa. Tapi bukankah telur terhasil melalui proses... Erm... Jantan... Betina... "

Aku terbatuk batuk. Selepas itu bersin. Lalu menguap. Lalu...

" Oh. Tuu puyuh baja. Bukan yang original. Sudah kacukan. Telur tuu terhasil melalui baja. Macam ayam baja jugak "

" Puyuh dengan ayam baja sama ke? "

" A'ah. Kalau dia mengeram telur tuu pun, telur tuu takkan menetas. Sebab terhasil melalui baja yang dia makan "

Krik krik krik.

Entah laa. Yang penting telur puyuh sedap. Tiap hari puyuh bertelur. Makan. Bertelur. Tidur. Makan. Bertelur. Tidur. Tiap hari jugak family aku kutip telur dia. Pastu simpan dalam balang. Kalau dah banyak, boleh laa rebus. Sekarang puyuh kami sudah berjumlah lapan ekor. Dan semuanya adalah betina ! Phewww ~

Seciput telur puyuh goreng.
Ekceli nie pestime goreng telur puyuh.
Eri yang goreng nie. Teliti sungguh --'

Monday, 3 August 2015

Google Adsense dalam Blog. Adakah Status Glitterati Nuffnang akan Berubah?

Assalamualaikum wbt.

Kelmarin aku hantar ticket kepada pihak Nuffnang. Nak tanya adakah status Glitterati Nuffnang akan menjadi Non Glitterati jika letak Google Adsense dalam blog. Yelah, Nuffnang kan sensitif. Hohoho Mungkin ada antara korang yang dah tau. Aku taktau pun pasal nie. Kuikuikui.

Anyway, baru hari nie dapat jawapan. Harap bermanfaat buat semua :)


Aku tak pasti aa nak letak ke tak lepas nie. Sebab aku belum paham sangat pasal Google Adsense. Saja jer aku tanya. Nak borak borak an staff Nuffnang jer sebenarnya. Hahaha

Kbye.