Thursday, 17 December 2015

Staff, Supervisor, dan Lagu

Assalamualaikum.

Hey ! Hari nie mesin saya bersih, takde resit salah. Hehe Alhamdulillah. Then hari nie basah lagi gi keja, balik keja. Hujan pagi pagi sampai sekarang nie haa. Takde cara nak elak.

Berbalik kepada kisah lagu di supermarket. Dulu, supervisor (SP) pakai CD mainkan lagu entah pape. Macam yang aku penah bagitau, dia hanya bukak lagu Cina and instrumental. Sapa tak gila? Huffft. So, asal dia takde jer terus staff suruh tukar CD lain. Aku laa tukang tukar. Hahaha

Disebabkan dia dah bosan CD asyik ditukar (maybe), so dia guna pendrive lak. Grrr. Beberapa hari nie dah dia guna pendrive. So, tak dapat laa kitorang nak tukar tukar CD macam dulu. Tadi ada staff bawak pendrive sendiri. Diorang suruh aku tukar masa SP takde.

So, aku tukarlah. Masa SP sampai, dia tak perasan pasal lagu. Last last perasan gak masa dia suruh aku kuatkan volume. Dia cakap "Saya tengok". Aku pun terpaksa laa bagi ruang untuk dia tengok bawah kaunter. Alamak. Masa tuu laa dia tau tuu bukan pendrive dia. Huffft. Kantoi. Aku dah start risau, habislah. Hahaha

Then dia chaw gi mana entah. Tetiba dia datang balik. Masa tuu aku sorang kat kaunter. Yang lain jaga belakang. Ada gak yang gi ikat telur. Dia macam marah jer bagi isyarat suruh aku keluar dari kaunter. See, dia selalu guna isyarat tangan berbanding suara. Apakah. Tak sporting langsung.

Aku pun keluar dari kaunter. Dia lak masuk and tukar balik pendrive dia. Hahahahaha Nasib baik dia tak cakap pape. Cuma muka jer laa masam. Then masa dia chaw, staff suruh tukar balik. SP sampai, SP lak suruh aku tukar balik. Haih. Aku jugak laa yang jadi mangsa korang nie.

Tadi ada dua orang dak laki gi kaunter. Tanya masih ada keja kosong ke tak. Aku suruh laa jumpa SP. Dulu pun ada dua orang dak pompuan tanya benda sama. Hurm. Setakat nie staff ada 8 pompuan, 3 lelaki. Semua gila gila, kepala bertanduk. Btw, siapakah yang bakal menjadi mangsa SP seterusnya.

Wakaka.

p/s : Tengah ada pesta kat sini. Orang cakap meriah. Banyak stall jual barang. Aku taktau pape sebab guna jalan belakang. Lagipun, siang malam aku kat supermarket. Belum ada masa nak buat liputan langsung. Haha T.T

Tuesday, 15 December 2015

Hari Hari "Hari Masalah"

Assalamualaikum.

Rehat jam 11 pagi tadi takde sapa ambik aku. Sob sob sob. Bapak kat kebun, dia ingat Juha ambik. Mak kat pasar, dia ingat bapak yang ambik, Juha kat rumah, dia ingat ada orang ambik. Nak stay kat supermarket, takde pekdah sama sekali. Nak beli makanan takde duit. So, aku balik jalan kaki dong. Pakai jalan belakang ambik masa 10 minit plus plus jalan kaki. Kalau jalan depan, jauh sikit. Dah laa jalan belakang tuu ada ramai men at work. Paham paham jer laa apa yang berlaku sepanjang perjalanan.

Rehat jam 4 petang pulak, timbul satu lagi masalah. Sampai kat rumah, aku rileks jap pastu gi makan. Tengah makan tuu, tetiba supervisor call. Alamak. Dah kenapa nie. Dia tanya mana cop company. Gulp. Aku bagitau laa dalam almari bla bla bla. Dia cakap takde. Pastu dia tanya tanya tanya. Aku cakap cakap cakap. Then aku tanya, ada tak? Tut tut tut. Dia matikan talian. Kwajaq. So, aku sambung makan.

Beberapa minit pastu, dia call lagi. Cakap tak jumpa. Dia suruh aku gitau mana aku letak. Aduhhh. Mana ada aku letak kat tempat lain. Dalam laci laa. Takkan bawak balik pulak. Ada pekdah ke bawak balik. Kalau tak caya gi laa bukak rakaman CCTV. Menyampah pulak aku. Hilang segala napsu makan. Tapi licin gak nasik sepinggan. Hahahaha

Aku gi kerja semula jam 5 petang. Aku gi kaunter tanya geng staff, ada jumpa tak cop tadi. Dia cakap takde. Merata dah carik T.T Lepas aku kunci beg staff dalam almari, aku terus gi carik memang takde T.T Ko gi mana haa. Ko gi manaaa.

"Mana? Mana kamu letak itu cop?"

"Taktau? Awal pagi tadi saya guna untuk buat bil. Pastu saya letak dalam almari bla bla bla"

Tetiba customer datang ramai ramai nak bayar. Aku pun ambik peluang tuu untuk larikan diri. Hahaha Aku kira kira harga barang apa semua. Supervisor lak masih mencari. Tetiba dia cakap "Ada. Masuk lubang. Sini aa, ada lubang belakang". Oh, belakang laci ada lubang. Cop terjatuh. Aku angguk then minta maaf. Salah aku ke? Hurm. Asyik ucap sorry jer aku. Takpe. Alhamdulillah laa, dah jumpa.

Hari nie mesin aku clear. Takde resit salah. Tapi, tuu laa. Hurmmmmmmmmmmmmm.

Night.

Monday, 14 December 2015

Next

Assalamualaikum.

Hai. Saya sudah genap seminggu kerja. Then genap lima hari jadi cashier. Hehehe Tak sangka mampu bertahan. Sebab utama, staff kat sana semua baik baik, boleh diajak berborak, dan melawak. Kalau tak, dah lama aku stop.

Tadi wat salah sekali jer. Tapi boleh rileks rileks sebab salah biasa biasa jer. Haks. Bila laa nak pecah rekod tak buat salah ye. Huhu

Boss sampai petang tadi. First aku nampak dia masa first day aku masuk keja. Then tak nampak dah. Seram aku masa dia and supervisor bercakap. Kasar semacam. Dah laa tak sporting dengan staff. Adoi. Sabo jer laa haih.

Hari Ahad pun tutup 9 malam. Kemas kemas habis masa setengah jam. So, balik 9.30 malam laa. Hurm.

Zzz ~

...

Entry di atas ditaip semalam. Belum sempat publish, aku dah tertido. Baju pun tak sempat sidai. Nasib baik terbangun 3 pagi sebab terdengar hujan. Cepat cepat bangun pegi sidai. Hurm.

Hari nie pecah rekod, mesin aku clear takde resit salah. Hahahahaha Alhamdulillah. Cuma tuu laa, aku nie memang dilahirkan sebagai seorang yang blur. Semua tak paham. Tambah tambah BM supervisor tuu tak berapa nak clear. Dia mintak lain, aku bagi lain. Dia nak RM300, aku bagi RM100. Dia suruh bukak laci bawah, aku bukak laci tengah. Dan banyak lagi laa. Pecah kepala aku. Berselerak segala hotak.

Then tadi aku kena tegur lagi. Dalam mesin dah habis duit RM5 and RM10. So, aku mintak tambah laa. Memang kena aku lepas tuu sebab lewat cakap duit dah kurang dalam mesin. Manalah saya tau --'

Balik tadi masa tunggu bapak pun kena panggil dengan supervisor. Dia cakap dari mana datangnya 1 sen. Mana ada barang supermarket harga 1 sen. Hahahahaha Aku tekan 1 sen masa dia bagi duit tadi laa. Hahahahahahaha "Okey, sorry" Dia angguk jer and blah buat apa entah. Hahahahaha

Stress.


T shirt dah ada. Saiz M macam besar jer aku pakai. Ada 4 helai. Bayar masa dapat gaji nanti. Pergh. Aku perasan banyak customer pakai baju sebijik warna hijau nie. Hahahaha

Kbye.

Saturday, 12 December 2015

Day 5 | Day 6

Assalamualaikum

Taktau nak bagi tajuk apa.

DAY 5

Lepas angkut angkut, susun susun, sapu sapu supermarket, aku tanya supervisor aku kena gi superstore lagi ke? Bila aku nak pindah supermarket balik? Eyh, dia suruh aku pindah terus. Hahaha Good, good. Orang lain training 3 hari, aku 2 hari jer.

Masa aku rehat pun diubah from 1 tengah hari and 6 petang menjadi 11 pagi and 4 petang. Aku dah okey gak guna mesin baru tuu. Dua kaunter. Kaunter sebelah mesin lama. Sebelah lak baru. Dua dua aku boleh handle. Hehe Jadi ko bangga laa ~ Satu jer salah aku kelmarin. Supervisor tolong betulkan. Tengkiu tengkiu.

Malam lak aku and supervisor jaga kaunter. Aku perasaan dia ada salah satu. Hahaha Kemain lebar aku senyum. Baguslah. Tuu tandanya dia tak boleh marah aku kalau aku ada salah. Sebab dia sendiri pun buat salah gak. Hiks.

Kalau ada salah, resit salah kena simpan untuk disemak. Tuu laa aku takut kalau TERRRsalah. Fuh. Jangan laa selalu sangat TERRRsalah. Tolonglah, tolonglah T.T

DAY 6

Ya Rabbi. Jumpa dua lagi kerenah customer hari nie. Memang memenatkan. OMG korang tolong laa jangan buat macam nie.

TAK PERCAYA

Ada satu family. Ayah, mak, dan anak anak lelaki pompuan. Ambik barang, letak atas kaunter. Ambik letak ambik letak ambik letak. Kemain banyak. Dah selesai, aku pun kira aa. Tekan punya tekan, jumlah RM70 ++. Terkejut si ayah. Dah laa muka masam pandang aku.

Kat tangan dia ada duit RM100 tapi nak taknak jer bagi. Aku tanya laa kenapa. Dia pun cakap "Takdelah. Banyak sangat nie kenapa? Sampai lebih 70 ringgit?" Haih. Buat aku gelabah jer. Aku malas nak jawab. So, aku pun hulur tangan mintak duit. Dia bagi dengan muka masam. Then aku bagi baki and resit kat dia suruh dia tengok sendiri. Puas hati, pakcik? Lain kali kalau taknak sampai RM70, jangan bawak anak bini, ye.

TAK JADI

Sorang customer, dia ambik lima pack Maggi. Then aku kira laa. Dah selesai apa semua, eyh eyh, dia tak jadi beli 2 pack. Beli 3 pack jer. Naya benda dah masuk resit. Haih. Then aku kira balik, termasuk dalam resit first. Then aku tertekan butang apa entah.

Mampus aku menjawab dengan supervisor tadi. Lama gak aku terangkan. Pastu dia tanya salah aku ada berapa. Aku sendiri pun taktau. Aku belasah jer laa cakap ada tiga. Hahahaha Penat. Nasib baik laa Vanes ku sayang datang tepat pada masanya. Dia tolong aku terangkan. Kalau tak, mau pengsan aku.

Lepas dikaji kaji, supervisor pun cakap, "Ini aa. Kamu salah satu saja. Ini saja kamu salah." Ohhh. Hehehe Gila tak aku? Tadi aku cakap ada tiga salah. Haha Sorry, bos.

And tadi aku terkantoi masa nak balik rehat. Hahahaha Aku beli keropok ikan 2 bungkus. Lepas bayar, aku toleh kiri. Alamak! Matilah, supervisor nampak. Hahahahahaha Dia pun panggil aku.

"Kamu ta boley bawa duit dalam poket. Kena simpan dalam sana jugak. Sepuloh sen pun ta boley dalam poket kamu"

"Okey, sorry!"

Aku pun chaw balik rehat terus. Hahahaha Makin lama aku tunggu makin panjang laa ceramah dia nanti. Nasib baik aku budak baru. Hiks!

Pssst. Keropok ikan from Ganu and Klate. Hihi Sedap aa keropok korang. Harga sebenar RM2.70 jer sebungkus. Tapi sampai kat tempat aku dia jadi RM3.20 sebungkus. Naik 50 sen. Ko mampu?

Tokeyyy, bila saya nak ada t shirt nie!

Thursday, 10 December 2015

Day 4

Assalamualaikum

Hari nie hari ke empat kerja. Menghitung hari. Tak sangka mampu bertahan. Hahaha Lepas angkut angkut, sapu sapu supermarket, aku pun rempitz gi superstore and teruskan training cashier. Masih gak ada salah dan masalah.

Lupa Tekan Kod

Aku pun taktau nak panggil macam mana. Panggil kod jer laa. Aku selalu lupa tekan nombor kod tuu sampai keluar bunyi tiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiit panjang. Terkejut, kus semangat. Laju laju tekan butang Clear. Bunyi pun hilang ~

Mana Balance?

Tadi ada sorang customer mintak resit. Aku pun kalut laa ambik resit and bagi kat dia. Pastu aku lupa bagi baki duit. Malu gila dia tanya mana balance. Hahahahahahaha T.T

Gayat !

Aku seorang yang sangat kronik gayatnya. Aku dongak langit pun rasa macam nak jatuh. Tadi ada customer nak beli jam. Jam kat belakang aku jer. Tapi tinggi. Aku kan kontot. Terpaksa laa naik atas kerusi. Tahan jer laa perasaan gayat demi customer sekalian. Haih !

Budak Sugarbun

Siang tadi dak Sugarbun yang bencikan aku masa aku kerja Sugarbun dulu tuu beli aiskrim. Dia bayar kemain muka masam. Aku senyum pun tak balas. Aku tanya nak plastik tak sebab dia tak layan masa aku nak masukkan aiskrim dalam plastik. Eyh eyh, dia buat tak dengar pulak. Dendam sangat dia nie. Sebab sebelum aku masuk keja Sugarbun dulu, dia nombor 1 cantik. Tapi lepas aku keja Sugarbun, aku lak rampas tempat dia. Tuu laa dia marah sampai sekarang. Hahahaha Mengarut --' Napa awak tak suka saya ye? Sebab saya lembik macam sotong eyh? Hihihi

Dak Kedekut Baju T Shirt (DaKeBaTiS)

Masa tunggu untuk di spotcheck sebelum balik tadi, Dakebatis menghampiri. Aku pun jarakkan diri pegi tepi tiang. Aku nampak dia hampiri lagi. Wat taktau jer laa. Tetiba dia tegur aku and tanya nama. Pastu tanya nak panggil macam mana. Aku cakap panggil jer suka hati. Dia pun "Suka hati? Macam mana? Suka hatiii, ooooo suka hatiii. Macam tuu?" Eyh eyh, melawak. Bukan dulu kita sama pasukan dan kau sangatlah kedekut ke? Kah!

Berkenalan dengan sorang lagi akak superstore hari nie. Yang nie pun baik orangnya. Siap tanya "Staff supermarket sana tuu ada bercakap dengan awak tak?" Hehe Ofkos laa ada. Setakat nie diorang baik baik belaka :)

Esok last kot aku training. Entah? Risau lak. Sebab mesin kat supermarket tak sama dengan mesin kat superstore. Habislah aku. Habislahhh...

Tido tido ~

Wednesday, 9 December 2015

Kalutnya Pertama Kali Jadi Cashier

Assalamualaikum.

Pagi tadi lepas angkut barang, susun susun, aku disuruh menyapu. Ternampak sorang staff baru masuk. Lepas sain kontrak, dia dekati aku dengan muka gelisah. Haha Aku paham. Gelisah lepas berdepan dengan supervisor laa tuu.

Aku : Hey, takpe.
Dia : Baru masuk jugak?
Aku : Saya dah tiga hari, termasuk hari nie.
Dia : Oh, betul tak pakaian saya nie?
Aku : Betul jer. Tapi lepas nie pakai kasut tau.
Dia : Saya taktau.
Aku : Takpe. Saya dulu pun pakai selipar.
Dia : Saya kena buat apa?
Aku : Takpe. Nanti dia bagitau k.

Supervisor tuu pun tetiba arahkan aku gi superstore lama. Training cashier. Sorry, kawan baru. Saya pegi dulu. Aku pun gerak sana pakai moto. Dup dap dup dap.

Wahahaha Sepanjang hari nie aku jadi cashier kat superstore lama tuu. Staff kat sana pun semua baik baik. Ada tiga orang akak. Sorang lak lelaki. Satu unit beruniform dengan aku masa aku Pra U. Tak sangka dia keja situ. Budak kedekut nak pinjamkan baju t shirt. Bluerk !

Ada dua kesalahan aku buat tadi. First, tak tekan butang darab betul betul. Naya aku bagi duit baki terlebih kat customer. Nasib baik akak tuu baik, pulangkan balik. Kemain lagi dak kedekut baju t shirt bagitau "Sorry, dia pelatih baru. Dia belum biasa" Perghhh. Ayat back up laa sangat. Akak tuu okey jer "Eyh takpe, takpe. Benda biasa". Moga dimurahkan rezeki selalu, kak :)

Kesalahan kedua, aku tertekan clear... Erm... Clear. Entah. Aku pun tak paham apa benda. Yang penting, aku happy sebab kat superstore tuu takde si supervisor. Dia kan jaga supermarket. Jiran jiran yang pernah nampak aku kat supermarket sebelum nie pun macam "Eyh? Kat sini pun ada jugak? Memang pindah pindah ke apa?" Kihkihkih

Masa nak tutup superstore tadi, salah sorang akak situ ternampak satu lukisan kat kertas tempat mencuba pen. Rambut punk, ada cermin mata, perut boroi sikit, memang 99% macam supervisor. 1% tak sama sebab rambut supervisor tak panggg. Siapa yang lukis tuu haa. Takkan laa customer pulak. Hahahahahahahahahahahahahahahaha !!

Lepas selesai simpan barang and tutup superstore, kitorang jalan kaki gi supermarket. Tolong staff simpan barang kat sana lak. Aku pun cepat cepat gi jumpa budak baru tuu. Tanya dia okey ke tak. Dia pun tunjuk jari dia berdarah. Aku pun tunjuk jari aku yang berbalut jugak. Pastu sama sama gelak. Huffft. Sampai sekarang jari aku masih pedih.

Semoga masa aku pindah balik kat supermarket tuu nanti, jangan laa selalu sangat buat salah. Sebab kat situ customer lagi ramai. Kalau salah, habislah kena soal siasat macam lepas bunuh orang.

Hurm.

p/s : Senyum baca komen korang. Terima kasih, ye. In shaa Allah, nanti ada masa aku balas k. Hutang soalan tagging pun belum dibayar. Keja pagi sampai malam. Takde masa sangat.

Tuesday, 8 December 2015

Kisah Lawak Supermarket

Assalamualaikum.

Seronok keja supermarket sebab staff sangat baik and sporting. And seronok dapat berinteraksi dengan pelanggan. Tanya itu ini. Tapi, supervisor tuu laa masalahya. Segenap ruang aku pegi, ada jer staff kecik hati dengan dia. Aku pun dah mula kecik hati nie.

Lupakan. Hari nie ada kisah lawak sikit. Lawak bagi aku laa. Bagi korang belum tentu lawak. Aku kan seorang yang #mudahterhibur.

Kisah 1

Aku staff biasa jer. Keja aku angkut, susun, sapu, and tengok tengok pelanggan. Supermarket kan besar. Nama pun super-market. Masa tuu aku dok sorang sorang jaga bahagian belakang. Staff lain gi rehat. Kejap ramai, kejap sunyi. Masa orang ramai laa best. Aku paling suka ada budak kecik. Hahaha Semua sebut "Wauuuuuuuuuuuuu" bila tengok mainan. Mata lak bersinar sinar. Haha Damn kiut.

Aku lak jenis mengantuk 24 jam. Ada jer staff tegur cakap aku nie ngantuk ngantuk ngantuk. Huffft. Tengah aku mengantuk tuu, tetiba aku ditegur oleh StaffMataMerah (aku taktau lagi nama dia, malas tanya sebab dia lelaki haha pilih kasih aku nie).

StaffMataMerah: Tak rehat ke? Rehat jam berapa?
Aku : 6 petang nie rehat laa.
StaffMataMerah : Oh, tadi? Tadi rehat pukul berapa?
Aku : Tadi pukul 1 saya rehat.
StaffMataMerah : Oh, okey.

Dia pun blah gi mana entah. Lalu datang seorang pelanggan lelaki berperut boroi sikit, rambut pendek bergulung gulung, kulit cerah, bawak beg belakang. Aku dah start seriau sebab dia tengok barang barang sambil tepuk tangan. Siyesly, dia pusing satu supermarket tengok barang sambil tepuk sekali.

Pastu dia dok menari tarian tangan tuu aku taktau nama tarian tuu. Pastu dia urut urut perut boroi dia. Pastu garu garu kepala dengan kedua dua belah tangan. Kutu ke, bang? Hehe Sempat lak aku bahan dia dalam hati.

Aku dok perhati jer perlakuan dia. Dia nie dah kenapa? Habislah aku. Dah laa aku sorang sorang kat belakang. So, aku pun eksyen tengok mainan kat tepi untuk menghilangkan gusar di hati.

AbangRambutGulung : Harga dia?
Aku : *terkejut
AbangRambutGulung : *hulur kotak, tunjuk tanda harga
Aku : Enam puluh sembilan, sembilan posen *aku jawab laa macam tuu sebab ramai jer makcik pakcik taktau baca harga, so maybe dia pun taktau baca harga.
AbangRambutGulung : Tak, nie harga dia ke?
Aku : Ohhh, a'ah. Harga dia.

Dia pun simpan balik kotak tuu. Aku pun fikir, dah kenapa lelaki nie? Tak tengok ke RM kat situ? Mencurigakan. Pastu dia pun gi depan balik. Sikap dia masih macam tadi. Fuh. Seram.

Lepas dia chaw, aku pun terfikir. Takde tulis RM ke kat tanda harga tuu tadi? Kenapa dia tanya pulak? And kotak tadi tuu kotak apa eyh? Aku pun gerak gi tempat kotak tuu. Tau tak tuu kotak apa?

Kotak berisi alat meluruskan rambut. Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha Erk.

...

Kisah 2

Tadi supervisor panggil aku suruh gi kaunter. Training jadi cashier katanya. Laaa, sedihnya kena tinggalkan Helena kat belakang. Uwaaa !! Aku tolong masukkan barang dalam plastik jer tadi. Maka...

Aku : Hey... Nak panggil awak apa eyh?
Vanes : Panggil Vanes jer. Awak?
Aku : Saya bla bla bla. Panggil jer bla bla bla, okey.
Vanes : Oh, okey. Berapa umur?
Aku : Saya 20. Awak lak?
Vanes : Samalah kita.

Alamak. Dummmmmmmmmmmmmm !! Kilat memancar, guruh sabung menyabung. Ah tidak ! Sepanjang dua hari nie aku panggil dia KAKAK ! Hahahahahahahahahahahahahahahaha Aku sewel. Hahahahahahahahahahahahahahahaha

Aku : Oh ? * muka terkejut dan malu Hahahahahahahahaha
Vanes : Baguslah sama umur. Tak payah laa susah nak berkakak kakak apa semua *sambil toleh ke arah lain

Hahahahahahahahahahahahahahahaha Ko perli aku kan? Hahahahahahahahahaha Aku malu wei. Hahahahahahahahahahahaha

Setakat nie tiga orang dah staff situ aku sangka pangkat "kakak". Tapi rupanya sama umur and ada gak yang lebih muda. Haih, matang betul muka korang nie.

...

Kisah 3

Supervisor dan peraturan sangat teruk. Keja lebih masa takde gaji lebih. Kalau lambat walau seminit, gaji dipotong dua kali ganda. Barang lak semua kena kunci dalam almari. Balik mesti spotcheck poket. Betapa dia tidak mempercayai pekerjanya.

Pasang lagu tak boleh lagu lain selain lagu Cina. Tapi dak situ mana tahan. Diorang pasang lagu Iban. Pastu lagu Siti Nurhaliza. Lagu sedih sedih lak tuu. Merana aku.

Kalau duduk kejap pun supervisor tuu akan laung nama kau. Dia memang tak bercakap / senyum / pandang wajah staff. Hanya bercakap apabila ada benda dia nak suruh / ungkit supaya kita tak senang duduk. Aku taktau laa berapa kali dia laung nama aku yang kuat mengantuk nie. Haha

Menakutkan laa keja kat situ. Semua rancang nak berhenti. Masuk hari nie, dah tiga orang tanya "Napa awak pilih keja sini? Lebih baik awak cari keja tempat lain". Pffft. Aku disuruh keja pun sebab nak gantikan sorang akak yang berhenti keja tak bagitau. Terus lari macam tuu jer sebab tak tahan.

And budak baru yang sama masuk dengan aku kelmarin pun tak turun keja hari nie. Berhenti laa tuu. Hurm. Dia baik. Sayang perkenalan hanya sementara. Semalam sempat dia jumpa aku nak luah perasaan. Dia cakap dia penat. Keja situ susah. Rasa macam nak berhenti. Aku cakap laa, takpe. Awak okey lagi. Awak tunggu result STPM. Saya? Tiada pilihan.

Then tadi, depan mata aku nampak supervisor berbalah dengan sorang lagi akak cashier. Salah punya laa sikit. Dia punya kajian bukan main panjang. Terus akak tuu merajuk.

Apa aku nak buat nie? Korang. Jangan laa tinggalkan aku...........................................

K. Ini kisah paling lawak T.T

Bye.

p/s : Jari luka sebab angkut barang. Lembik.

Monday, 7 December 2015

Drama Bermula

Assalamualaikum.

Hai, hari nie saya mula bekerja. Hehe Keja supermarket jer. Takde pilihan lain. Dalam banyak banyak keja yang aku mohon, yang nie jer ada rezeki aku. Alhamdulillah.

Setakat nie, staff kat situ okey. Boleh diajak berborak. Tak macam staff Sugarbun yang #$%^&*. Tapi, supervisor sangat tegas. 24 jam muka monyok. Hurm. Aku senyum bukannya nak balas pun. Laung nama aku jer dia tau.

Pastu barang (beg, dompet, phone, etc) kena bagi kat supervisor. Dia akan simpan dalam almari lalu dikunci. Aduh. So, aku malas nak bawak pape termasuk phone. Sebab tuu laa entry nie takde gambar.

Paling takleh blah, sebelum balik kena spotcheck poket. Kalau lulus, baru boleh ambik barang yang telah dikunci tadi. Apakah ! Dah laa balik tadi aku paling last sebab tunggu bapak tak kunjung tiba. Gelap. Siap ada kilat. Kus semangat.

Masa keja tuu, ada gak aa jiran dua tiga orang singgah. Buat muka terkejut bila nampak aku keja kat situ. Tanya napa keja kat situ laa. Napa tak mintak keja lain yang lagi baik laa. Napa tak sambung belajar laa.

Krik krik krik.

Penatnya angkut angkut barang. Berat sungguh. Sakit segala sendi. Ngantuknyaaa lahai. Doakan aku mampu bertahan dengan segala drama ini.

Zzz.

Sunday, 6 December 2015

Jiran Dah Kawen

Assalamualaikum.

Hari nie penuhi undangan ke majlis perkahwinan jiran lak. Errr, selalu lak aku gi kenduri kawen tahun nie. Sebelum nie aku laa paling malas nak gi kenduri. Makan pun malas ke?

Morning view from my room yang tak berapa nak nice. Muntah.

Akad nikah dah selesai kelmarin. Hari nie makan makan, sanding sanding jer. Lepas gi makan, tolong laa gotong royong jap sementara pengantin belum sampai. Mak tolong cuci cuci, aku and Juha lak tolong lap lap. Pastu aku nampak bapak ulang alik bawak bekas berisi air. Tukang buat air laa tuu.


Pastu pengantin pun sampai. So, aku tinggalkan aktiviti mengelap pinggan, cawan, dan sudu. Fokus, fokus ! Aku rasa nie perkahwinan paling meriah pernah aku hadiri setakat nie. Yelah, orang kampung kan jarang buat majlis besar besaran. Nak ambik gambar bukan main payah. Nasib baik kecik sikit. Dapatlah menyelit bersama abang abang kamera.


Shanteknya T.T

Ada dua pelamin. Satu kat dalam rumah untuk sanding. Satu lagi kat luar untuk makan makan. Aku layan pelamin kat luar jer laa. Mana mungkin nak masuk dalam rumah. Sesak --'

Kompang dipalu ~

Tema putih biru

Suap jangan tak suap

K aku dah selesai menyelit sana sini

Tengah hari dijemput makan semula. Aku masih kenyang tapi mak paksa gak supaya makan. Makan jer laa. Ambik nasik hujung senduk jer. Haha Pastu balik rumah. Hujan renyai renyai mulai turun.

Aku punya warna pink dah dirampas kastam kecik

Balik

Semoga bahagia hingga ke akhir hayat. And cepat cepat dapat baby comel. Suka budak budak kan? Selalu angkut Sera bawak rumah.

Sunyi lak rumah malam nie. Sedara mara dah balik. And tadi CinaBingung call suruh aku gi tengok kontrak pagi esok. Aik, bukan hari tuu aku kena reject untuk yang ke sekian kali ke? Kalau aku okey dengan kontrak, boleh laa keja. Cuba jer laa.

See ya.