Wednesday, 8 April 2015

Tutorial : Top Commentators Bulanan

Thanks. Boleh jew :)


Step 1) Dashboard > Layout > Add Gadget > HTML/Javascript

Step 2) Copy dan paste code

<script type="text/javascript">
function getYpipe(feed) {
document.write('<ol>');
var i;
for (i = 0; i < feed.count ; i++)
{
var href = "'" + feed.value.items[i].link + "'";
if(feed.value.items[i].link == "")
var item ="<li>" + feed.value.items[i].title + "</li>";
else
var item = "<li>" + "<a href="+ href + '" target="_blank">' + feed.value.items[i].title + "</a> </li>";
document.write(item);
}
document.write('</ol>');
}
</script>
<script src="http://pipes.yahoo.com/pipes/pipe.run?
YourBlogUrl=URL BLOG
&ExcludedNick1= NAMA ADMIN
&ExcludedNick2= Anonymous
&ShowHowMany=10
&ExcludeCommentsBefore=01-04-2015
&IncludeCommentsBefore=30-04-2015
&_callback=getYpipe
&_id=50b225c916b74b06779b9489abceef2a
&_render=json"
type="text/javascript"></script>


Step 3) Edit code
  • URL BLOG : Masukkan URL blog anda
  • NAMA ADMIN : Nama anda
  • 10 : Jumlah komentator
  • 01-04-2015 : Tarikh mula
  • 30-04-2015 : Tarikh akhir

Step 4) Save


p/s : Bagi saya widget nie best sebab kita boleh adjust tarikh dia. Kalau tak dapat bagitau tau :) Anyway, selamat mencuba and happy blogging ^^


Special Thanks : Blog Azhafizah

Monday, 6 April 2015

Tahniah, Anda Berjaya.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Tak sangka dapat melangkah ke tahap seterusnya. Adakah aku patut bergembira?

Updated : Sorry. Picture has been removed -

Teringat masa pestime gi temuduga tahun lepas. Penemuduga yang sorang tuu nampak berusia sikit. Yang sorang tuu pulak tinggi. Hensem gila mak aii.

Trauma.

Saturday, 4 April 2015

Soalan Peperiksaan Online SPA yang Sempoi :D

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, semalam aku ada peperiksaan online SPA untuk jawatan Pembantu Tadbir. Dan aku sungguh bersemangat menjawabnya. Ahaha --' Pestime !

Dia ada 3 bahagian. Section A, B, dan C. Section A berkaitan dengan pengetahuan am kita. Banyak soalan tak terjangka keluar. Antaranya :

*Siapa pengasas bersama Facebook (selain Mark Zuckerberg)
*Apa fungsi CTRL + C
*Negara ASEAN mana yang belum melaksanakan GST
*GST tuu cukai apa
*Kapsul apa yang telah membawa Angkasawan Negara
*Nama planet ketiga dari Matahari
*Lengkapkan lirik lagu Negaraku
*Bangsa yang ada di Sarawak
*Jepun masa pestime sampai Tanah Melayu diorang mendarat kat mana

dan sebagainya laa yang berkaitan dengan pengetahuan am kita :) Maaf, aku pun dah lupa --'

Section B pulak berkaitan dengan daya menyelesaikan masalah. Nie lebih kepada Matematik. Section nie laa aku paling gelabah. Yelaa, soalan dia macam main main jer --' And soalan paling sempoi adalah :

Updated : Sorry. Picture has been removed -

Section C pulak boleh jawab seikhlas mungkin. Sebab ia berkaitan dengan personaliti diri. No komen. Cepat pulak aku jawab. Siap layan Pandora Hearts sementara tunggu masa tamat. Aik, apasal tetiba layan anime nie? Tapi aku layan sekerat jalan jer laa. Sebab aku tak paham. Hahaha Apa apa pun, OST Pandora Hearts sangatlah best T_T

K lah. Alhamdulillah. Semuanya dah selesai. Line okey, sistem okey, laptop okey, semua okey. In shaa Allah, aku terima segalanya dengan hati terbuka :'D

Kbye.

Friday, 3 April 2015

Peperiksaan Online SPA

Assalamualaikum.


TARIKH
PEPERIKSAAN
SEKSYEN
MASA DARI
MASA HINGGA
03/04/2015
PENGETAHUAN AM
A
08:00 MLM
08:30 MLM
DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
B
08:45 MLM
09:10 MLM
PENAKSIRAN PERSONALITI
C
09:25 MLM
09:45 MLM

Kawan kawan... Malam nie aku ada exam. Pestime nie. Aku taktau nak baca apa. Aku baca buku Pengajian Am jer laa.


Hahahahahahahahahahahahaha Sungguh tidak lawak --'