Wednesday, 16 August 2017

Jangan Makan Ubat Tahan Sakit, Kuaci, dan Minum Teh

Assalamualaikum

Itu pesanan doktor untuk saya.
Dan untuk korang jugak.

1/6 masuk wad - bangun dari tido aku pegi mandi. Masa mandi dah start rasa perut sebelah kiri rasa semacam.
Lepas mandi tetiba rasa cam takleh nafas sebab perut belah kiri mengeras. Tapi sedaya upaya laa pakai baju apa semua sambil nangis2. Then bergolek2 atas lantai.

Sakitnya Ya Allah. Berkali2 aku doa mintak Allah pengsankan aku takpun tarik terus nyawa aku pun takpe sebab sakit sangat. Astaga... Senggugut aku sangat teruk dan memang sangat sakit tapi senggugut tak kacau pernafasan. Tak macam sakit yang nie dia kacau nafas aku. Buat aku nyawa2 ikan. Makin lama makin sakit sampai kaki kiri aku sekali rasa cam lumpuh. Masa tuu mulut tak benti mengucap sebab fikir memang dah nak mati ke nie sakit gilow.

Last2 aku panggil mak. Terus kecoh satu rumah --' Diorang bawak aku gi hospital aku ingatkan doktor nak bagi aku pengsan ke apa. Rupanya tak. Dia masukkan air dalam badan. 2 bag air habis dengan lajunya barulah sakit hilang. Terpaksa bermalam di wad. Pestime nie tidur hospital huhu masuk 6 bag air dalam badan.
Then kena gelak ngan diorang dalam emergency room sebab berat aku hanya 41 kg.

Yang nie doktor melayu pompuan dia cakap aku
ada batu (bukan batu karang tapi kristal dalam makanan tak habis buang), kurang air, dan kurang darah

--'

2/6 discaj - alhamdulillah. Aku tak suka tido hospital. Tuu je.

16/6 temujanji doktor - kali nie doktor lelaki Cina pulak. Dia cakap aku takde masalah buah pinggang. But aku gastrik teruk + kurang darah. Dia cakap stop minum teh kalau aku ada minum teh. Then dia tak boleh detect apa masalah aku sampai darah aku boleh kurang so dia hantar sample darah aku ke Kuching.

11/8 temujanji doktor - doktor lelaki Iban yang sangat encem lak. Haha Dia bagitau hasil sample darah aku ari tu tak elok. Then sekarang pun darah dan iron masih tak elok. But dia tak rasa aku cancer or masalah buah pinggang.
So dia pesan stop teh, kuaci, dan ubat tahan sakit.


Ubat nie semua makan untuk 3 bulan.
Then 3/11 ada temujanji lagi.
Kali nie aku rasa doktor lelaki India tuu pulak kot.

Satu lagi dia pesan, jangan angkat benda berat
and jangan kekal dalam posisi yang sama semasa bekerja.

Maaflah aku pun taktau apa penyakit aku.
Sekejap ulser perut, sekejap anemia.
Tapi bahagian perut aku memang tak pernah rasa sihat pun.
Kiri kanan tengah atas bawah semua sakit.
Masa aku taip entry nie pun masih sakit.
Hanya Allah yg mengetahui.

p/s : Lama tak update blog, saya busy with craft bisnes.
Korang boleh carik saya kat Instagram ya :)

9 comments:

  1. Uwaaaaaaaaaaaaaaa.......... semoga cepat sembuh...

    Now I am scared.. sebab sekrang pun sakit perut.. macam lain macam.. ermmm...
    rasa sakit mcm senggut sekejap, tapi tak period lagi... haritu sakit belah kanan.. skrg dah ok.. so risau gilaaaaaaa... huhuhuuhu..

    nantilah jumpa dok.. hopefully semua sihat, aamiin T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti pegi buat cek. Senggugut ngan sakit yang saya alami skang nie berbeza sangat2 but dua2 memang sakit gilewww --'

      Delete
    2. TT^TT nak pergi tapi suka tangguh... uhuhuhu..
      satu g seram nak pergi check..

      apa2 pun semoga cepat sembuh TT^TT

      nak try senaman bulan ni tgok, kalau ada perubahan ke arah kebaikan mungkin tada apa kowt...

      Delete
    3. Saya pun jenis malas nak ke hospital. Tapi sakit kali nie takleh tahan so pasrah je laa pegi hospital. Haha --'

      A'ah. Senaman. Kena aktif sikit. In shaa Allah harap takda apa2.

      Delete
  2. ktc....get well soon!
    kuaci dah lama stop, ubat tahan sakit pun jarang dah ambil. air teh lagi...masih sukar nak bendung...

    kena latih minum air lain kalau order kat kedai nanti. sebab terbiasa order teh o ice. huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tima kasehhh :)
      Saya memang dah stop segala jenis teh nie. Kuaci dengan ubat tahan sakit pun otw distopkan.

      Btw, nasib baik saya terbiasa order Horlicks :P

      Delete
  3. laa siannyer., mugo cepat semboh .., aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Tima kaseh Wak.
      Lama tak nampak Wak. Sihat ke tu

      Delete
  4. syafakillah dear !

    semoga Allah permudahkan segala urusan :)

    ReplyDelete