Saturday, 26 November 2016

Taiyo Yuden, Kuching, Sarawak

Assalamualaikum.

25 Nov 2016

Perjalanan hampir 8 jam

Sambil layan perasaan

Daebak, Kuching Sentral for the first time

Terus ke hotel apa entah T_T

Selesa tido :)

26 Nov 2016

Aku nak ke kilang mencuba nasib

Too big dan too canggih laa kilang Jepun nie

Bas balik hometown gerak jam 2 petang. Sampai kat Kuching Sentral jam 1 tengah hari. Penat gila berkejaran ke sana ke mari dengan perut lapar nak makan nasik duit takda. Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaktuih Dua hari makan roti. Kahkahkah. Alhamdulillah.

Bai, Kuching

Tengkiu kepada yang offer diri untuk membantu. Sorry, telah menjadi trash, katanya. Trash pun trash laa. Ada rezeki saya lak belanja, in shaa Allah. Hmmm :'(

Bavaiii

Thursday, 17 November 2016

Ayat Ayat Jiwang dalam Bahasa Melayu Sarawak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entry ini atas permintaan ramai. Kat sini aku sediakan ayat ayat cinta cintun, jiwang karat, romantik, sedih, kecewa, merana, apa semua dalam Bahasa Melayu Sarawak.

Aku guna Bahasa Melayu Sarawak standard dan sangat sangat mudah untuk difahami. Nak belajar Bahasa Melayu Sarawak, boleh KLIK SINI. Kalau ada apa apa soalan boleh tanya kat ruangan komen atau emel jer aku terus.

Okey?

p/s : Untuk carian pantas, tekan CTRL + F. Entry ini akan sentiasa di update dari semasa ke semasa.




Saya suka / sayang / cinta / rindu awak.
Kamek suka / sayang / cinta / rindu kitak.

Awak suka / sayang / cinta / rindu saya tak?
- Kitak suka / sayang / cinta / rindu kamek sik?

Saya benci awak.
Kamek bencik kitak.

Saya cintakan awak seorang. Betul, saya tak tipu.
Kamek cintakan kitak sorang. Bena, kamek sik bulak.

Saya harap awak setia walaupun kita saling berjauhan.
Kamek harap kitak setia walaupun kita berjauhan.

Saya tak akan pernah lupakan / tinggalkan awak.
Kamek sik akan pernah lupakan / tinggalkan kitak.

Saya akan selalu ingat kenangan kita bersama.
Kamek akan selalu ingat kenangan kita bersama.

Tak sabar rasanya nak jumpa dengan awak.
Sik sabar jak rasa maok jumpa ngan kitak.
Sik sabar na rasa maok jumpa ngan kitak.

Saya harap awak akan sentiasa sabar menunggu saya.
Kamek harap kitak akan sentiasa sabar nunggu kamek.

Saya sangat berharap dengan awak. Tolong jangan tipu saya. Tolong jangan mainkan hati dan perasaan saya.
Kamek sangat berharap dengan kitak. Tolong jangan bulak kamek. Tolong jangan mainkan hati dan perasaan kamek.

Awak tahu tak saya tak pernah berhenti sayangkan awak?
Kitak tauk sik kamek sik pernah berhenti sayangkan kitak?

Saya ingin bersama dengan awak buat selama lamanya.
Kamek mok bersama ngan kitak buat selama lamanya.

Saya nak awak seorang. Saya tak nak orang lain.
Kamek maok kitak sorang. Kamek sik maok orang lain.
Kamek maok kitak jak. Kamek sik maok orang lain.

Dalam hati saya hanya ada awak seorang.
Dalam ati kamek cuma ada kitak sorang.
Cuma ada kitak sorang jak dalam ati kamek.

Sudi tak awak jadi kekasih saya?
Sudi sik kitak jadi gerek kamek?

Saya tak boleh hidup tanpa awak.
Kamek sik dapat hidup tanpa kitak.

Separuh jiwa saya adalah milik awak.
Separuh jiwa kamek milik kitak.

Saya nak awak jadi kekasih saya balik.
Kamek maok kitak jadi gerek kamek balit.

Saya tak sanggup kehilangan awak.
Kamek sik sanggup kehilangan kitak.

Saya mencintai awak sepenuh hati saya.
Kamek mencintai kitak sepenuh hati kamek.

Saya janji saya tak kan pernah sia sia kan cinta kita.
Kamek janji kamek sik kan pernah sia sia kan cinta kita.

Kat mana laa cinta hati saya nie?
Kat sini jak kah cinta hati kamek tok?

Saya asyik terbayangkan wajah awak jer.
Mala jak kamek terbayang wajah kitak.
Kamek mala jak terbayang muka kitak.

Huruf bermula dengan ABC. Angka bermula dengan 123. Lagu bermula dengan do re mi. Cinta bermula dengan saya dan awak.
- Huruf mula dengan ABC. Nombor mula dengan 123. Lagu mula dengan do re mi. Cinta mula dengan kamek dan kitak.

Apabila saya sudah tiada nanti, jangan rindukan saya.
Mun kamek dah sik ada kelak, iboh kitak rindukan kamek.

Saya cuba melupakan awak. Tetapi semakin saya cuba, semakin kuat saya mengingati awak.
Kamek cuba lupakan kitak. Tapi makin kamek cuba, makin kuat kamek ingat pasal kitak.

Kenapa awak selalu tipu saya? Awak dah tak cintakan saya lagi ke?
Kenak kitak selalu bulak kamek? Kitak dah sik cintakan kamek gik kah?

Saya minta maaf kalau saya ada buat salah pada awak.
Kamek mintak maaf mun kamek ada molah salah kat kitak.
Sorry mun kamek ada molah salah kat kitak.

Hati ini sudah cukup terluka.
Hati tok dah cukup terluka.

Saya tak nak tengok muka awak lagi.
Kamek sik maok nangga muka kitak gik.

Tinggalkan saya. Jangan cari saya lagi.
Tinggalkan kamek. Iboh carik kamek gik.
Tinggalkan kamek. Jangan carik kamek gik.

Bila dah tiada, baru sibuk nak hargai. Waktu masih ada dulu, tak pernah nak ambil peduli.
- Masa dah sik ada, baru sibuk mok hargai. Waktu masih ada dolok, sik pernah maok ambik peduli.

_________________________________________


Setakat nie dulu. Nanti tambah lagi. Babai.


Carian : ayat jiwang sarawak, ayat cinta sarawak, bahasa sarawak ayat cinta, ayat sentap dalam bahasa sarawak, satu perenggan ayat cinta bahasa sarawak,

Tuesday, 15 November 2016

Tampung Seribu - Selimut (Dalam Proses)

Assalamualaikum.

Tengah siapkan selimut tampung seribu. Nak isi masa laa katakan. Aku tak ikut mana mana pattern pun. Main belasah jer buat mana mana corak. Tengok kain dulu laa cukup ke tak.


TAMPUNG SERIBU (I)


Mak Ngah punya, dia suruh siapkan. Sebab dia dah bersara menjahit, kot. In shaa Allah, nanti laa aku sambung.


TAMPUNG SERIBU (II)




Yang kat atas nie tema love love, katanya. Kain polkadot pink tuu aku beli bila entah. Nak buat baju budak tapi malas laa pulak.

Errr, yang nie aku tak siapkan lagi. Simpan dulu.


TAMPUNG SERIBU (III)

Yang nie pulak tema bunga bunga kot, entah. Aku fokus nak siapkan yang nie terlebih dahulu.





Hampir siap!

Kain kain tuu semua kain lebihan buat baju apa semua. Orang kampung aku nie baik laa jugak. Nampak aku tengah buat tampung seribu, terus diorang cakap "Eh, buat apa? Kalau tau tadi makcik bawak lebihan kain kat umah bagi kat kau. Nanti makcik suruh orang hantar ye. Tak pun suruh adik kau ambik kat rumah nanti." Kebanyakannya cakap macam tuu laa.

Sebab tuu laa ada banyak kain :')

K laa. Nanti aku update lagi kalau dah siap. In shaa Allah.

Babai.

p/s : Nak buat yang Hello Kitty punya. Kihkihkih Mesti comel.

Wednesday, 2 November 2016

Novel 'PENUNGGU RIMBA' TOMBIRUO dan PENJARA MATI

Assalamualaikum.

Aidi Juma from Zalora



'PENUNGGU RIMBA' TOMBIRUO by Ramlee Awang Murshid (Alaf 21)

Sinopsis belakang novel:

Tiga kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama ke lima telah disingkirkan. Dua belas pembunuhan kemudian.dilakukan. Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa, dan dendam! Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penuh ngeri.

p/s : Aku merupakan salah seorang penggemar tegar karya RAM. Dan RAM tak pernah mengecewakan.


PENJARA MATI by Riduan Judin (Alaf 21)

Sinopsis belakang novel:

Pembunuhan Datuk Haris menjadi satu tanda tanya. Satu satunya wajah yang berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup ialah wajah Malik, sekaligus membuatkan lelaki itu diburu polis. Dia nekad membawa diri pulang semula ke tanah kelahirannya, Sabah.

Mahairah - Gadis kelahiran Tambunan yang terbuka hijab mata. Seringkali melihat manusia primitif yang berjalan berbondong bondong dan dihantui semangat yang maha ghaib. Misteri itu lebih tragis apabila dia kerap kali pengsan. Apabila tersedar, dunianya sudah berubah.

Pertemuan Malik dan Mahairah menggamit memori lama. Akibat hijab mata Mahairah yang terbuka, dia dan Malik terdampar di dunia yang tidak pernah terfikir dek minda. Mustahil ada jalan keluar! Untuk hidup di situ, mereka harus mati!

"Ini tempat orang sudah mati. Yang masih hidup tidak boleh berada di sini!" - Manusia Primitif.

'Topeng' merupakan cara terbaik menyembunyikan kejahatan. Jangan sesekali tertipu.

p/s : Aku baca sekerat jalan jer. Sorry.


See ya.