Wednesday, 28 September 2016

Sekitar Sri Aman, Sarawak

Assalamualaikum.

Gambar gambar ini aku ambil semasa kali ke dua menjejakkan tayar moto ke Sri Aman.

Yeayyyy Vroooooommmmm vvroooommmmm!

Teringin nak tengok Batu Nabau nie T_T


Welcome, guys!








Yihaaaa Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dah ada Doremon ^^
Doremon Super Store, Betong




Sedikit info, sekitar Sri Aman nie ada banyak tugu burung merpati. Hehe And Sri Aman sangat terkenal dengan Pesta Benak. Setakat nie, belum pernah lagi aku ke Pesta Benak. Pasti meriah, kan?





Hujan. Sebab tuu laa nampak lembab. Tak banyak gambar yang dapat di ambil. And masih banyak lagi tempat belum diterokai. In shaa Allah, ada rezeki lain kali kita datang lagi ye ~

See ya.

Tuesday, 27 September 2016

Kali ke 2 Shopping di Zalora

Assalamualaikum.

Ya, ini kali ke 2 aku shopping menggunakan voucher di Zalora. Teruja!

Pestime dulu, aku grab bag and shawl. Shawl tuu untuk adik aku. Aku bukan penggemar shawl pun. Aku #bawalovers. Semua nak bawal.

So, kali ke 2 nie aku angkut 6 bawal AidiJuma. Muehehe. 3 untuk aku, 2 untuk adik aku, and 1 untuk sahabat dunia akhirat.

Parcel saya sampai 26 Sept ^^

Tadaaa ~

Yeay, koleksi bertambah!

Yang bestnya pasal Zalora nie, dia ada COD. And penghantaran menggunakan GDex. Aku dok Sarawak nie ambik masa 3 ke 4 hari sahaja. Staff GDex pun baik orangnya.

TQ Zalora, TQ GDex!

p/s : Korang pernah shopping di Zalora?

See ya.

Tuesday, 20 September 2016

Happy September :D

Assalamualaikum.

Saya dah dapat ma laptop back, dan dapat new tafsir too.

Buat ulangkaji PS sikit.

See ya.

p/s : Tak dapat blogwalking and nuffclick bab laptop takde line. Sorry.

Thursday, 8 September 2016

Ladies dan Work Pants

Assalamualaikum, ladies.

Hari nie, apakata kita berkongsi pasal seluar? Seluar panjang? Seluar pendek? Yups, seluar ada banyak jenis! Jadi, pemakaiannya haruslah kena dengan gaya dan masa. Terutamanya yang kerja di pejabat tuu, takkan nak pakai seluar sukan pulak, kan? Haruslah ikut etika guna seluar kerja, yakni work pants! Work pants pun ada banyak jenis dan gaya, khasnya untuk ladies sekalian.

Antara yang paling popular, SLACK PANTS. Slack biasanya berpotongan sedikit lebar. Ada jugak yang straight cut, macam dalam gambar kat bawah nie;

Slack

JOGGER PANTS. Walaupun nampak sporty, jogger pants juga boleh digunakan untuk ke pejabat, ya! Sedikit tips, pilihlah warna gelap dan tidak bercorak. Baju lak pilih yang lebih menyerlah berbanding jogger. Barulah sesuai dengan suasana korporat.

Jogger

Seterusnya, DRESS PANTS. Dress pants boleh didapati dalam potongan lebar pada bahagian betis dan ke bawah. Selesa dan senang nak bergerak ke sana ke mari.

Dress

PALAZZO PANTS. Palazzo nie berpotongan lebar ye. Salah satu kelebihan palazzo, ianya sesuai dipakai oleh semua, tak kira bentuk badan. Yang penting, harus pandai menggayakan.

Palazzo

Bagi aku, work pants nie bukan sahaja sesuai untuk gi kerja, yakni pejabat. Untuk ride pun okey jugak. Pilihan aku? Sudah tentu laa slack and jogger. Guna masa bawak motosikal sangat sangat laa selesa.

One of my favourite slack :)

Sekarang nie, tak susah pun nak carik women work pants berkualiti dengan harga yang berpatutan. Design pun ada macam macam dengan pelbagai warna dan corak pilihan. Rambang mata dibuatnya! So, work pants mana yang menjadi pilihan kegemaran korang?

See ya.