Monday, 11 January 2016

Akhirnya Dapat Cuti

Yes. Alhamdulillah. Tadi SP cakap aku dah boleh cuti. Dia tanya aku nak cuti hari apa.

"Saya nak cuti hari..... Hari! Hari hari cuti. Hahahaha"

Okey tipu. Aku tanya hari apa boleh. Dia cakap Selasa and Khamis. So, aku cakap aku cuti hari Selasa, yakni esok.

"Esok. Selasa aa. Tapi esok Ina mintak cuti. You cuti Rabu aa. Minggu depan you cuti Selasa"

Haih. K.

Hurm.

Tak sabar nak cuti. Sebulan lebih aku tak hirup udara segar. Direct 8 pagi sampai 9.30 malam kat supermarket. Muak k muak.

Aku nie dah laa seorang yang suka layan buletin tv. Tetiba sebulan lebih tak layan. Memang ketinggalan berita semasa. Hidup terasa aneh sejak keja kat supermarket yang satu ini.

K laa. Night. Tak sabar nak lusa. Hahahahahahahahahahahaha

Bye.

Wednesday, 6 January 2016

Cek Nuffnang Dah Sampai

Assalamualaikum.

Hari nie Vanes and Boy takde. Memang betul laa dah berhenti keja. Kakak N lak lari lepas rehat tengah hari. Tinggal laa kami tak sampai 10 orang. Hurm. Tak best laa takde diorang. Memang berhantu supermarket nie. Sah.

Seksa Vanes takde. Cashier tho. Habislah aku. Habis. Pengsan laa customer ramai lepas nie. Brrr.

Aku tengah dalam mood nak carik keja lain. Tapi belum ada masa. Keja pagi sampai malam, lebih masa tapi takde ot, lewat seminit hilang seratus, tak berbaloi langsung.

Anyway, cek Nuffnang dah sampai pagi tadi. Hehehe Alhamdulillah. Walaupun tak banyak mana kan. Simpan simpan.

Night.