Thursday, 8 September 2016

Ladies dan Work Pants

Assalamualaikum, ladies.

Hari nie, apakata kita berkongsi pasal seluar? Seluar panjang? Seluar pendek? Yups, seluar ada banyak jenis! Jadi, pemakaiannya haruslah kena dengan gaya dan masa. Terutamanya yang kerja di pejabat tuu, takkan nak pakai seluar sukan pulak, kan? Haruslah ikut etika guna seluar kerja, yakni work pants! Work pants pun ada banyak jenis dan gaya, khasnya untuk ladies sekalian.

Antara yang paling popular, SLACK PANTS. Slack biasanya berpotongan sedikit lebar. Ada jugak yang straight cut, macam dalam gambar kat bawah nie;

Slack

JOGGER PANTS. Walaupun nampak sporty, jogger pants juga boleh digunakan untuk ke pejabat, ya! Sedikit tips, pilihlah warna gelap dan tidak bercorak. Baju lak pilih yang lebih menyerlah berbanding jogger. Barulah sesuai dengan suasana korporat.

Jogger

Seterusnya, DRESS PANTS. Dress pants boleh didapati dalam potongan lebar pada bahagian betis dan ke bawah. Selesa dan senang nak bergerak ke sana ke mari.

Dress

PALAZZO PANTS. Palazzo nie berpotongan lebar ye. Salah satu kelebihan palazzo, ianya sesuai dipakai oleh semua, tak kira bentuk badan. Yang penting, harus pandai menggayakan.

Palazzo

Bagi aku, work pants nie bukan sahaja sesuai untuk gi kerja, yakni pejabat. Untuk ride pun okey jugak. Pilihan aku? Sudah tentu laa slack and jogger. Guna masa bawak motosikal sangat sangat laa selesa.

One of my favourite slack :)

Sekarang nie, tak susah pun nak carik women work pants berkualiti dengan harga yang berpatutan. Design pun ada macam macam dengan pelbagai warna dan corak pilihan. Rambang mata dibuatnya! So, work pants mana yang menjadi pilihan kegemaran korang?

See ya.

4 comments:

  1. Dress pants and slack pilihan Mai. Palazo kalau salah pilih nmpk gemuk.HAHAHA

    ReplyDelete
  2. banyaknya design seluar.. yg wrna coklat tu ingatkan kain pelikat.. hehe...


    jom jenguk sini ya.. hehe

    ReplyDelete