Wednesday, 31 August 2016

Pengalaman & Soalan Ujian Online Latihan Separa Perubatan SPA (Ogos 2016)

Assalamualaikum.

Hari tuu aku ada update pasal panggilan untuk mengikuti ujian online SPA kali ke 3. And aku dah selesai ujian pada 29 Ogos lalu. Alhamdulillah.

Ujian Online Latihan Separa Perubatan (UOLSP) nie berbeza daripada Ujian Online SPA bagi jawatan Pembantu Tadbir yang pernah aku jawab dulu. UOLSP cuma ada 2 bahagian, iaitu Bahagian A dengan Bahagian B jer.

Bahagian A : Penaksiran Minat, berkaitan dengan diri. Selalu sangat timbul masalah line masa nie. Aku stress. Last minit kena jawab lebih 100 soalan. Sila imagine betapa seksanya aku. Argh!!

Pinjam laptop orang, pakai wifi kedai kopi huhuhu

Bahagian B : Bahagian nie berkaitan dengan pengetahuan am kita laa. Huffft. Aku study tau. Betapa bersungguhnya aku. Tapi last last tak dapat jawab semua soalan akibat gangguan line.

Apa apa pun, kat sini aku nak kongsi soalan yang diberikan untuk memudahkan korang korang yang bakal ujian untuk buat rujukan. Memanglah soalan tak sama tapi berkaitan laa jugak sikit sikit kan. Harap dapat membantu korang.

1/ Ibu bersalin
2/ Gula ringkas
3/ Fungsi air untuk badan
4/ Tarikh Hari Sukan Negara
5/ Derma organ & tisu
6/ Kandungan paling tinggi dalam air kencing normal
7/ Teknik CPR
8/ Susunan aliran darah dalam saluran darah
9/ Fungsi garam galian
10/ Langkah pencegahan penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut
11/ Perkhidmatan yang disediakan di UTC
12/ Perkhidmatan yang disediakan di Klinik 1 Malaysia
13/ Kawasan yang diwartakan sebagai Tapak Ramsar
14/ 4 aras dalam piramid makanan
15/ Pemeriksaan payudara sendiri
16/ Diabetes Mellitus
17/ Demam Denggi Berdarah
18/ Pengiraan BMI
19/ Chloroquine
20/ Penyakit bawaan tikus
21/ Gigi geraham dewasa
22/ Gigi yang pertama tumbuh
23/ Barang kawalan berjadual
24/ Carpal
25/ Kekurangan vitamin A
26/ Fungus
27/ Mikroskop elektron
28/ Vitamin larut lemak
29/ Difteria
30/ Azizulhasni Awang

K. Tuu jer yang aku ingat. Kesimpulannya, kena tau pasal bab penyakit, pelbagai istilah dalam sains kesihatan, teknik teknik and pengiraan berkaitan kesihatan, agensi kerajaan yang berkaitan kesihatan, pasal tubuh badan, tulang belulang, alaa semuanya pasal sains lah. Kalau line laju nak mamps, and kalau kau terer carik jawapan last minit, rujuk jer Google.

Good luck kepada semua yang dah or sedang or akan menjawab soalan UOLSP k. And jangan lupa doakan aku ye. Moga moga ada rezeki. In shaa Allah.

See ya.

p/s : Ada soalan, boleh tanya.

Berkaitan : Pengalaman & Soalan Ujian Online SPA (Pembantu Tadbir)

2 comments:

  1. waaa mencabar sungguh soalannya...
    memang betol2 kene study kalau gini gaya soalan.
    tapi selalunya nk jawab exam mmg camtu la kan spa ni. aishh geram betol. lg2 x sempat jawab.

    ReplyDelete