Thursday, 18 February 2016

Supermarket | Episod 74 : Hantu

Day 74

Aku naik atas motorsikal, undur perlahan. Terasa seperti tidak cukup tenaga kerana sudah terlalu penat menutup supermarket sebentar tadi. Undur dan terus undur. Aku toleh ke kanan, ternampak budak baru sedang tersengih-sengih di dalam kereta. Aku hanya tersenyum tawar.

Sendirian aku guna jalan belakang. Tiada teman seperti dahulu. Tiada lagi Kak Erah, tiada lagi Sapiq. Rindu. Ada, sebenarnya. Pejoi, budak superstore juga balik guna jalan belakang. Tapi, aku tidak biasa bersamanya. Entah. Mungkin kerana dia terlalu kacak?

Hanya aku di gelap malam. Sedih terasa. Aku rindu suasana balik yang dahulu. Di persimpangan, sebelum berpisah, ada yang akan mengucapkan salam dengan senyuman. Tetapi kali ini, tiada lagi. Hanya aku. Aku rindu.

Ku lihat cermin sisi kanan, gelap. Gelap? Ku lihat sekali lagi. Memang. Memang ada benda hitam di belakang aku. Aku lihat sekali lagi dengan lebih teliti. Ada. Masih tidak percaya, aku lihat cermin sisi kiri pula. Ada. Memang ada!

"Tak guna betul. Takleh jadi kalau macam nie"

Petang tadi jatuh terduduk di depan pintu rumah sampai lebam kaki. Malam ini janganlah uji begini, Ya Allah. Aku segera memutar cermin sisi kanan ke bawah. Kemudian, aku putar cermin sisi kiri pula kerana aku tidak sanggup menatap 'panorama indah' tersebut. Siap sedia? Vrooooommmmmmmmm! Aku tunggang motorsikal dengan laju seperti tidak cukup tanah.

"Whoahhhhhhhhhhhhhahaha!!"

"Eyh, terkejut aku!"

Sempat melatah. Bayangan kisah seram semalam melayang entah kemana. Tak guna budak baru sorang nie, aku merungut sendirian. Namanya, Dom. Dom? Sah, SP suka ambik pekerja nama sama. Budak baru seorang ini suka menyergah aku dari belakang. Kadang-kadang dia baling sesuatu. Adakalanya dia menyanyikan lagu-lagu jiwang, sengaja memerli aku yang duduk sendirian di kaunter. Memang 'hantu sakat'.

Nampaknya, dia sudah 'bertanduk' juga. Tidak perlu lagi diajar. Bagus.

Bersambung...

13 comments:

  1. rasa macam lama tak jenguk KTC..baik2 kerja k..:)

    ReplyDelete
  2. errr....bdk tu la kan...bukan benda tu kan....adoi tkutnye...

    ReplyDelete
  3. bukan hantu kan kak? haha seram pulakkk

    ReplyDelete
  4. Mungkin kerana dia terlalu kacak?
    hahahaha kak ni sempat lagi tu. huhu.

    eyyy nape seram sgt tu T_T

    ReplyDelete
  5. Haha. Kacak? G lah nguret. Haha.

    Hantu. Betul ke tak ade hantu masa awak balik tu? Huhu. Seremm

    ReplyDelete
  6. Haha. Kacak? G lah nguret. Haha.

    Hantu. Betul ke tak ade hantu masa awak balik tu? Huhu. Seremm

    ReplyDelete
  7. first time singgah...seronok juga baca . mcm2 pengalaman .

    ReplyDelete
  8. gaya penulisan ktk dh kedak novel..haha...:p..anywayy,saspennnn crita ktk,ingt antu real haha

    ReplyDelete
  9. assalamulaikum.... BW sini.... salam kenalan ya... hihihihi kena baca dari bab 1 dulu baru faham cerita ni

    ReplyDelete
  10. Assalam KTC..lama x singgah ni..lahh ingatkan hantu betul

    ReplyDelete
  11. kalau x keberatan emailkan sis JM alamat eh..nak pos small gift..email ke jarimanis4ever@gmail.com

    ReplyDelete