Monday, 1 February 2016

Permulaan Februari yang... Pergh!

Assalamualaikum.

Nasib baik tak kena tampar dengan Sapiq. Kalau kena sekali, sah sah bisu. Kalau kena penumbuk, pekak. Hahaha Kata tegap, tough, berurat urat kan. Haaa, sekarang padan muka kena sekali dengan abang sado. Hahahaha

Tapi, seram gak tengok Sapiq marah. Walaupun bukan marahkan aku. Dah ko tunjuk isyarat lucah, hangin laa dia, cik akak. Selalu kata diri tua, sila hormat, tapi diri sendiri tak hormat orang. Macam mana tuu?

Anyway, hari nie aku berdepan dengan customer warga emas, yang aku yakin sudah nyanyuk. Dia marah marah suruh aku pulangkan RM50 dia.

Dia beli dua panadol RM3.70. Pastu bakul RM7.50. So, jumlahnya RM14.90. Aku bagitau laa kat dia. Dia cuma bagi RM5 dua keping (RM10). Aku cakap duit tak cukup. Dia marah marah taknak bagi. Aku rileks jer sebab aku dapat rasa dia ada masalah nyanyuk.

Masalahnya adalah, anak dia dok perati jer. Buat muka selamber bodo. Aku pujuk and terus pujuk mintak duit kat dia. Last last dia bagi jugak lima keping duit RM1 (RM5). So, jumlah dia bayar RM15. Aku pulangkan sepuluh sen.

Then aku layan customer lain lak. Ramai gak aa. Tak menang tangan. Tetiba orang tua tuu datang balik marah marah mintak duit sambil tunjuk dompet.

"Aku nak balik 50 ringgit. Mahalnya. Barang sikit tapi 50 ringgit"

Puas aku bagitau takde dia bagi RM50. Sambil aku kira barang customer, sambil tuu aku dengar dia merungut marah marah nak balik RM50 dia.

Eyh, anak dia tadi mana? Sah buat taktau dengan mak dia. Tak guna betul. Aku dah start gelabah sebab orang tua tuu masih mintak RM50 dia T_T Gosh help me.

SP tetiba muncul and aku pun gitau. Pastu SP chaw. Kak Irah cakap maybe dia gi tengok CCTV. Aku lak masih layan customer sambil dengar dia merungut.

Last last anak dia sampai tanya boleh tak barang tadi dia pulangkan and ambik semula duit? Maaf, tak boleh. Apakata anda saja bagi duit kat mak anda tuu, encik?

Mereka pun blah. SP sampai and suruh aku citakan semula. Aku cita laa. Sempat gak luah perasaan cakap kat SP anak dia tuu buat tak kisah jer dengan mak dia. Hahaha

Aku tak marahkan orang tua tuu. Aku marahkan anak lelaki dia yang buat taktau. Buat tak nampak. Adui.

Esok Selasa aku offday yeay.

9 comments:

  1. salam , macam macam a dugaan . moga tabah sentiasa !

    ReplyDelete
  2. Macam2 kan...patutnya anak itu bayarkanlah untuk ibunya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aryan Azra..emailkan alamat ke sis JM boleh..ada small gift nk pos

      Delete
  3. ermmmm harap bersabarlah ..Allah sedang menguji kita

    selamat bercuti semua !!

    Jom vote blog acik di MSMW 2016 : Cara mengundi di sini

    ReplyDelete
  4. sabar ye dik layan kerenah orang2 ni.. senyum saja =)

    ReplyDelete
  5. apa nk jadi ngan bebudak skrg

    ReplyDelete