Monday, 1 February 2016

January ~

16 Jan - Sabtu

Tetiba aku selsema. Bersin kerap,mata berair sampai bengkak. Dah laa aku cashier. Jumpa ramai orang dengan keadaan yang #;);#;;)/\@ hish. Aku mintak balik jam 1 tengah hari. Tak tahan.

SP benarkan tapi muka masam thoooo. Buuuuuuuuuu. Kesah? Tak.

17 Jan - Ahad

Aku takde mood bebeno k. Takde mood! Nekad taknak masuk keja lepas rehat pukul 11 pagi. Dah laa mata bengkak, kepala sakit rasa nak koyak, dengan kerenah customer, kerenah SP lagi. Fuh. Dugaan betul.

Tapi lawak gak. SP suruh tulis besar, aku tulis besar gila k. Adan ukew kau. Dia rampas and letak selotep. Pastu kasi balik kat aku. Aku guna cara rampasan jugak laa. And lekatkan kat mesin.

Tepat 11 pagi, aku chaw and petang malam aku tak masuk keja. SP, ko nak potong gaji aku banyak mana pun kau potong laa. Aku dah tak kesah. Yang penting aku nak balik rehatkan kepala dan otak.

18 Jan - Isnin

Kepala masih berdenyut. Tapi keja jer laa. Esok cuti kan. Wakaka

19 Jan - Selasa

Cuti wuhuuuuuu. Gi sepital. Doktor cakap aku migraine. Nie kali kedua doktor cakap aku migraine.

"Migraine. Sebab asyik nak main phone. Lama sangat tengok tv pun. Pastu selalu makan coklat. Kan?"

Aku buat pekak. Malas nak jawab. Menyampah.

Dear doktor, aku bukan spisis senang lenang, layan phone, layan tv, makan cekelat everyday. Titik.

21 Jan - Khamis

Kastam serbu supermarket. Banyak barang jadi sampel. Habis segala mercun. Wakaka Adan ukew. Aku tepuk tangan 277382766169200635261910 kali.

Paling takleh blah, mesin kira pun kena ambik. Haih. Diorang nak ambik dua dua. Tapi kalau ambik dua dua, takde lagi laa mesin. So, diorang ambik satu, tinggal satu jer lagi mesin. Mampus laa customer ramai, mesin satu jer?? Gosh. Kenapa tak ambik dua dua jer tadi? Kan bagus. Hehehehehe

Anyway, Sapiq dah pindah supermarket. Dak baru tuu lak ganti Sapiq kat superstore. Sapa entah nama dak baru tuu. Muda lagi. Kot.

Balik malam aku guna jalan belakang. Biasanya hanya aku, Kak Irah, and Sapiq jer merempitz balik rumah guna jalan belakang.

Tapi tadi Kak Irah and Sapiq dah balik dulu. So, aku rempitz sorang. Tetiba aku perasan ada moto ikut kat belakang. Mata aku silau tho sebab cahaya lampu moto dia terpantul kat cermin sisi. Mula mula aku cool jer, tapi lama lama mata aku makin sakit.

So, aku break moto, slow slow nak kasi dia laluan untuk jalan dulu. Eyh eyh, dia pun slow jugak, tak potong pun. Dia kenal aku ke? Sapa ye? Kakak ke? Apa mimpi Kakak tetiba guna jalan belakang nie? Aku pun toleh belakang. Tapi tak nampak muka. Aku pandang depan balik.

Tetiba dia potong. Laju gila. Tapi aku sempat toleh and oh, budak baru tadi rupanya. Laju gila gila k. Zuuup!! Dia hilang dalam kepekatan malam.

Errr, dia takut guna jalan belakang ke? Maybe tuu pestime dia guna jalan tuu lewat malam? Maybe tadi dia saja ikut aku? Atau dia risau aku balik sorang? Tetiba aku rasa bersalah. Huffft. Ya, aku sedang mengarut.

Apa apa jer laa.

22 Jan

Dah ada dua mesin semula hari nie. Sebab SP angkut mesin dari megastore. Haih, nie kalau kastam tengok gerenti kena rampas lagi.

Tapi tetap jugak aku sorang kat kaunter. Yang lain semua bizi sebab banyak barang masuk hari nie.

Anyway, balik tadi dak baru tuu ikut belakang lagi. Aku buat buat taktau jer laa. Takpelah, dik. Akak tak kisah malam nie. Ikut jer laa k. Sampai kat persimpangan, dia belok kanan, aku belok kiri.

Fuh. Esok dah weekend. Pengsan!

23 Jan

Datang beberapa customer Cina ke kaunter. Empat kotak arak diletakkan atas meja. Akhirnya, supermarket jual arak. Aku rasa berbelah bahagi sama ada nak terus keja kat situ atau tak.

Tiga kotak Arak A (aku lupa nama and aku malas nak ingat). Satu kotak pulak Arak B (malas nak ingat gak, takde pekdah). Aku taktau berapa harga sekotak Arak A sebab baru sampai. Yang Arak B tuu aku tau. Kebetulan aku nampak Sapiq jaga bawang kat luar. Aku pun panggil dia.

"Sapiq. Berapa harga yang ini?"

Tak sempat Sapiq nak tengok, tetiba

"Itu 38 ringgit 90 sen!" jawab pompuan cina tuu dengan kasar.

Aku pun masih berkira kira sebab takut SP marah aku percaya cakap customer. Paham paham jer laa SP tuu. Tadi ada 3 orang customer marah marah luah perasaan depan aku kat kaunter sebab SP tuduh diorang nak mencuri. Sedangkan diorang tengah tengok barang. Siap cakap nak saman SP lagi. Takyah heran laa. Dia memang macam tuu. Kalau nak saman, samanlah. Aku sokong.

"38 ringgit 90 sen lah! Kamu tak pecaya saya kah!? Hah!?"

Aku tersentak. Amboi. Dah laa muka tak cantik. Bentak bentak orang pulak. Aku terus tekan harga. Malas aku nak bertekak. Lepas kira and dia dah bayar, aku bagi sampul angpow sebungkus. SP cakap kalau ada cina beli barang mesti kasi sampul.

"Heh, bagi saya lebih lah!"

Hak tuih! Aku ambik dua bungkus and bagi kat dia. Dasar tamak! Malas aku nak layan. Aku pun kira barang sedara dia pulak. Sedara satu kepala.

"Ini mainan kamu tak kira kah!?"

Tetiba dia bersuara balik. Aku toleh tengok dia ambik mainan kat tangan anak dia. Pastu dia gi kat mesin kira and koyak resit dengan kasar nak tengok sama ada dah bayar ke belum. Tak beradab sungguh. 100% tak beradab macam SP. Tak nampak ke aku tengah kira?

"Haa tengok, kamu tak kira!"

Aku buat taktau and sambung kira. Dia pun bagi dua mainan tuu and suruh kira sekali dengan muka bengis. Jangan jadi bodoh. Anak kau bawak mainan tuu pegi luar, mana laa aku tau ko beli mainan. Otak mana otak? Lepas selesai, diorang pun blah meninggalkan aku yang kegeraman. Ya, memang aku marah dan kecik hati.

Tapi aku rileks kan diri. Aku masih boleh senyum. Takpe. Dugaan untuk aku. Aku okey.

Lepas aku dah mula lupa pasal ke-sakit-hati-an itu, tetiba SP datang and berdiri depan kaunter. Muka kemain masam.

"You taktau kah harga bir itu tadi!?"

"Tak"

"Mana yang saya suruh tulis itu!?"

"Mana ada. Kamu suruh tulis ini saja. Yang itu tadi tak ada pun!" sambil tunjuk senarai.

Aku dah mula panas. SP diam. Tengah carik kesalahan aku laa tuu. Sewel.

"Tadi haa you tak kira dua mainan!"

See, aku dah cakap. Sewel.

"Ada saya kira!"

"Tak ada you kira. Ada dua mainan dia beli!"

"Ada. Saya kira dengan barang kawan dia"

"Macam mana!?"

"Tadi kan dia cakap mainan belum bayar. Dia suruh saya kira sekali dengan barang kawan dia"

"Kenapa you tak kira mainan?"

"Saya tak perasan"

"Macam mana"

"Saya dah kira. Dia pulangkan balik tadi. Anak dia bawak keluar"

"Kalau dia tak pulangkan balik? Saya rugi maa!"

Aku angguk kepala and tengok jer muka dia. K, aku salah. Tapi entah kenapa kali nie aku malas nak mintak maaf.

Dia pun blah. Argh!

Mainan tuu anak dia bawak. Mana laa aku perasan. Kalau tau aku tak kira, napa tak tegur dari tadi? Napa baru sekarang nak marah marah depan aku? Dah laa ko biarkan aku sorang sorang separuh mati kat kaunter takde sapa nak bantu. Customer bukannya sikit. Layan pompuan sorang tuu pun aku dah sakit jiwa. Apatah lagi ramai.

Allah.

24 Jan

Woot woot. Kalau kantoi, habislah aku. Peperangan dunia akan berlaku. Wuhuuu!

Mercun ada lagi daa. Hahaha Kang kena rampas lagi kang, haaa. Takpelah. Asal ada duit boleh jer lepas. Kan.

25 Jan

SP takde. Balik ke tempat asal, KL. Oh, bukan orang Sarawak. Alhamdulillah. Nak sambut raya Cina kot. Wakaka. SP superstore, Kak Dayah yang jaga kitorang. Kak Dayah siap tukar lagu lagi. Wihaaa. Suka suka.

And hari nie baru tau Tina sama Kadet Polis gak. Hahaha Pesal aku tak perasan. Dia pun sama. Wuhuhu

Woot woot. Esok cuti. Nak kemas bilik ~

26 Jan - Selasa

Cuti. Hehehe Selesema lagi. Hope mata tak bengkak. Esok nak keja :(

27 Jan

Petang aku lewat. Tertido. Jam 4.55 aku tersedar sebab bapak kejutkan. Hahaha Tudung ke mana, skarf ke mana, pin ke mana. Rushing! Nasib baik aku bukan jenis tudung belit sana sini, mekap tebal berinci inci. Ting! Siap.

Tapi masa atas moto sempat atur skarf berbelit. Cis. Sampai supermarket 5.02 petang. Wakakakakakaka Lambat! Terus masuk kaunter and layan customer dalam keadaan mamai. Belum berapa nak sedar, ekceli.

Vodo.

28 Jan

Gilo. Banyak cito layan tho. Hahaha Alash ku. Kes kirim salam. Kacak tapi sik puteh, kato rang mpun. Hahahahahahahahahahaha Syal. Pi nang layan laa. Cah rut ku tak.

Anyway, tadi jumpa 4 stuff yang dah lama expired. Gila tak gila. ColaMY baru jer lepas Hani beli and minum. Patut laa dia ngadu sakit perut. Haih.

Bestnya SP takde. Zzz.

29 Jan

Jam 11 pagi hujan lebat. Berlarutan sampai pukul 12 tengah hari. Memang tak suruh aku balik rehat laa cuaca masa tuu. Nasib baik Hani bagi aku makan kuih yang dia bawak. Boleh laa kurangkan lapar sementara tunggu rehat jam 4 petang.

Sambil sambil tuu, share cita banyak banyak dengan Hani. Kihkihkih Owhhhhhhhh. Hahaha Sssshhhh.

Anyway, SP sampai supermarket jam 7 malam tadi. Huhu Soalan pertama dia untuk aku "Mana orang lain?" Wakaka Dah laa esok supermarket ada buat offer sempena Chinese New Year. Mesti sibuk kat kaunter besok. Aduh!

Eyh, tadi jumpa lagi stuff expired, Mountain Dew. Expired September tahun lepas. Crazzzzyyyy.

K. Nak sidai barang.

30 Jan

Kuri, err maksud aku, Qurie dah gila. Hahahahahahahaha Layan oi. Okey bye.

Gi jalan terjumpa Kak Dayah, Tina, Hani, Dom, and... Qurie. Wakwakwak Semua muka belum mandi :P

Qurie, aku nak laptop? Kahkahkah

31 Jan



Tadaaa. Dah habis.

SP bagi. Kan dia balik semenanjung hari tuu. Tengkiu. Erm, dia pernah belanja roti, cupcake, then ABC, then hari nie pun.

Walaupun aku tak suka SP, aku tetap cari kebaikan yang dia ada. Ya, dia pun ada baiknya. Errr.



Woaw! Jengen!

Aku paling kiut tho. Menurut Qurie laa. Kahkahkah. Tapi aku memang kiut pun.

Errr Tapi cita abang akak adik sado lawak nak mamps. Hahaha Syal lawak. Woaw. Hahahaha Pengsan aku gelak.

Hani and Tina lagi laa hai. Guna limau dengan bawang besar. Aduh. Hahahahahahahaha Haih.

January sudah berlalu. Hurm. Bye bye. Alhamdulillah untuk semuanya.

3 comments:

  1. salam KTC ,amboi life update ke? ternanti2 jugak update ktc

    ReplyDelete
  2. eee menyampahnya customer tu rasa nak sepak je hahaha

    ReplyDelete
  3. tudia.. sum up terus untuk sebulan ngeh2..

    ReplyDelete