Thursday, 18 February 2016

Supermarket | Episod 74 : Hantu

Day 74

Aku naik atas motorsikal, undur perlahan. Terasa seperti tidak cukup tenaga kerana sudah terlalu penat menutup supermarket sebentar tadi. Undur dan terus undur. Aku toleh ke kanan, ternampak budak baru sedang tersengih-sengih di dalam kereta. Aku hanya tersenyum tawar.

Sendirian aku guna jalan belakang. Tiada teman seperti dahulu. Tiada lagi Kak Erah, tiada lagi Sapiq. Rindu. Ada, sebenarnya. Pejoi, budak superstore juga balik guna jalan belakang. Tapi, aku tidak biasa bersamanya. Entah. Mungkin kerana dia terlalu kacak?

Hanya aku di gelap malam. Sedih terasa. Aku rindu suasana balik yang dahulu. Di persimpangan, sebelum berpisah, ada yang akan mengucapkan salam dengan senyuman. Tetapi kali ini, tiada lagi. Hanya aku. Aku rindu.

Ku lihat cermin sisi kanan, gelap. Gelap? Ku lihat sekali lagi. Memang. Memang ada benda hitam di belakang aku. Aku lihat sekali lagi dengan lebih teliti. Ada. Masih tidak percaya, aku lihat cermin sisi kiri pula. Ada. Memang ada!

"Tak guna betul. Takleh jadi kalau macam nie"

Petang tadi jatuh terduduk di depan pintu rumah sampai lebam kaki. Malam ini janganlah uji begini, Ya Allah. Aku segera memutar cermin sisi kanan ke bawah. Kemudian, aku putar cermin sisi kiri pula kerana aku tidak sanggup menatap 'panorama indah' tersebut. Siap sedia? Vrooooommmmmmmmm! Aku tunggang motorsikal dengan laju seperti tidak cukup tanah.

"Whoahhhhhhhhhhhhhahaha!!"

"Eyh, terkejut aku!"

Sempat melatah. Bayangan kisah seram semalam melayang entah kemana. Tak guna budak baru sorang nie, aku merungut sendirian. Namanya, Dom. Dom? Sah, SP suka ambik pekerja nama sama. Budak baru seorang ini suka menyergah aku dari belakang. Kadang-kadang dia baling sesuatu. Adakalanya dia menyanyikan lagu-lagu jiwang, sengaja memerli aku yang duduk sendirian di kaunter. Memang 'hantu sakat'.

Nampaknya, dia sudah 'bertanduk' juga. Tidak perlu lagi diajar. Bagus.

Bersambung...

Monday, 8 February 2016

Chinese New Year ?

Assalamualaikum.

11:13 pagi

Selesai makan.

Mesin tak boleh pakai. Guna 1 mesin jer. Kalau orang terlalu ramai, kena guna mesin and kalkulator.

Walaupun hari nie hari Isnin, manusia kemain ramai. Ye laa, kedai lain kan banyak tutup. Cis.

Songlap Nescafe tin, kacang, and Mr Potato. Tanduk tumbuh. And dengar dengar malam nie ada parti lagi. Okey, takde masalah. Wakaka.

10:42 malam

Dah balik!

Simple party. Makan ayam goreng and sosej. Huhu Oh, and kuih yang Kak Dayah buat, sedap :) Sambil tengok Dom and Qurie main mercun. Huwa huwa.

Berbeza sangat sangat CNY tahun nie. Tahun lepas lepas selalu gi ziarah kengkawan Cina. Tahun nie mereput kat supermarket.

And esok tak boleh cuti. Takde cuti aku minggu nie T_T

Night ~

Sunday, 7 February 2016

Gaji, Angpau, dan Cuti ~

05 Feb



Terima gaji. Enam ~ Hurm. Alhamdulillah laa. Simpan gak. Nak kumpul beli laptop.

06 Feb

Dapat angpau, RM30. Huhu Okey laa tuu. Masuk dalam kocek seluar. Lupa ambik. Kena basuh sekali masuk washing machine. Wakaka

SP cakap Selasa nie aku tak boleh offday. Nanti dia bagi gaji triple. Ye laa tuu. Bunga ayat jer gaji triple tuu. Takde maknanya ~

Dah laa takde cuti raya Cina. Tak dapat jalan rumah geng Cina macam tahun tahun lepas. Offday kena potong lak tuu. Huhu T_T

Number phone ~

07 Feb

Malam nie tumbuh tanduk. Free free free. Wakaka Tanduk bercabang. Aku and Tina memang tak boleh bersama. Naya.

Then ECR Machine wat hal. Banyak traksaksi salah. Ada 2 sen, ada 19 sen. Not my fault. SP yang suruh guna. Dah tau benda tuu tak betul.

Balik, bapak lewat ambik. Tak perasan jam, katanya. So, aku layan mercun dengan Tina, Kak Dayah, Dom, Qurie, and SP. Then bapak sampai bersama Sera. Layan gak baru balik. Hahahaha

Huhu.

Thursday, 4 February 2016

Buntut, Penyapu, dan Cekelat

Assalamualaikum.

Malam semalam kes buntut ayam beku. Pecahkan guna skru driver. Hani siap patahkan besi skru driver sebab terlalu keras benda tuu. Aku? Melayang sebiji (sebiji ke?) buntut masuk dalam baju Hani. Pengsan aku gelak.

Malam nie kes penyapu berselerak atas jalan. Hahahaha Aku and Hani nak bawak tempat letak penyapu naik. Kudrat tak berapa nak ada. Gedebum. Bertabur penyapu atas jalan. Kah!

Dan kes...

Sejak aku jadi cashier, aku mulai berfikiran nakal. Aku selalu imagine seseorang membeli sesuatu, bayar, dan tinggalkan sesuatu itu di atas kaunter "Untuk awak". Wow. Hahahaha

And, ya, malam ini ia jadi realiti dan aku tidak sangka.

Dia letak cekelat Cloud 9 atas kaunter, bayar empat posen, then tinggalkan cekelat Cloud 9 begitu saja.

"Eyh, nie? Kenapa?"

"Takpe"

"Hah?"

"Takpe. Ambik jer. Ambik, makan"

"Errr, terima kasih!"

Hehehehehe

Erm. Tapi..

T_T

Start moto, jalan. Makan cekelat Cloud 9. Kilat sabung menyabung. Buat tak nampak.

"Wiwit"

Toleh. Senyum.

"Balik dulu"

Angguk dan perhatikan dia berlalu.

Sambung habiskan cekelat Cloud 9.



K. Next?

Esok Jumaat. Payday ~

Monday, 1 February 2016

Permulaan Februari yang... Pergh!

Assalamualaikum.

Nasib baik tak kena tampar dengan Sapiq. Kalau kena sekali, sah sah bisu. Kalau kena penumbuk, pekak. Hahaha Kata tegap, tough, berurat urat kan. Haaa, sekarang padan muka kena sekali dengan abang sado. Hahahaha

Tapi, seram gak tengok Sapiq marah. Walaupun bukan marahkan aku. Dah ko tunjuk isyarat lucah, hangin laa dia, cik akak. Selalu kata diri tua, sila hormat, tapi diri sendiri tak hormat orang. Macam mana tuu?

Anyway, hari nie aku berdepan dengan customer warga emas, yang aku yakin sudah nyanyuk. Dia marah marah suruh aku pulangkan RM50 dia.

Dia beli dua panadol RM3.70. Pastu bakul RM7.50. So, jumlahnya RM14.90. Aku bagitau laa kat dia. Dia cuma bagi RM5 dua keping (RM10). Aku cakap duit tak cukup. Dia marah marah taknak bagi. Aku rileks jer sebab aku dapat rasa dia ada masalah nyanyuk.

Masalahnya adalah, anak dia dok perati jer. Buat muka selamber bodo. Aku pujuk and terus pujuk mintak duit kat dia. Last last dia bagi jugak lima keping duit RM1 (RM5). So, jumlah dia bayar RM15. Aku pulangkan sepuluh sen.

Then aku layan customer lain lak. Ramai gak aa. Tak menang tangan. Tetiba orang tua tuu datang balik marah marah mintak duit sambil tunjuk dompet.

"Aku nak balik 50 ringgit. Mahalnya. Barang sikit tapi 50 ringgit"

Puas aku bagitau takde dia bagi RM50. Sambil aku kira barang customer, sambil tuu aku dengar dia merungut marah marah nak balik RM50 dia.

Eyh, anak dia tadi mana? Sah buat taktau dengan mak dia. Tak guna betul. Aku dah start gelabah sebab orang tua tuu masih mintak RM50 dia T_T Gosh help me.

SP tetiba muncul and aku pun gitau. Pastu SP chaw. Kak Irah cakap maybe dia gi tengok CCTV. Aku lak masih layan customer sambil dengar dia merungut.

Last last anak dia sampai tanya boleh tak barang tadi dia pulangkan and ambik semula duit? Maaf, tak boleh. Apakata anda saja bagi duit kat mak anda tuu, encik?

Mereka pun blah. SP sampai and suruh aku citakan semula. Aku cita laa. Sempat gak luah perasaan cakap kat SP anak dia tuu buat tak kisah jer dengan mak dia. Hahaha

Aku tak marahkan orang tua tuu. Aku marahkan anak lelaki dia yang buat taktau. Buat tak nampak. Adui.

Esok Selasa aku offday yeay.

January ~

16 Jan - Sabtu

Tetiba aku selsema. Bersin kerap,mata berair sampai bengkak. Dah laa aku cashier. Jumpa ramai orang dengan keadaan yang #;);#;;)/\@ hish. Aku mintak balik jam 1 tengah hari. Tak tahan.

SP benarkan tapi muka masam thoooo. Buuuuuuuuuu. Kesah? Tak.

17 Jan - Ahad

Aku takde mood bebeno k. Takde mood! Nekad taknak masuk keja lepas rehat pukul 11 pagi. Dah laa mata bengkak, kepala sakit rasa nak koyak, dengan kerenah customer, kerenah SP lagi. Fuh. Dugaan betul.

Tapi lawak gak. SP suruh tulis besar, aku tulis besar gila k. Adan ukew kau. Dia rampas and letak selotep. Pastu kasi balik kat aku. Aku guna cara rampasan jugak laa. And lekatkan kat mesin.

Tepat 11 pagi, aku chaw and petang malam aku tak masuk keja. SP, ko nak potong gaji aku banyak mana pun kau potong laa. Aku dah tak kesah. Yang penting aku nak balik rehatkan kepala dan otak.

18 Jan - Isnin

Kepala masih berdenyut. Tapi keja jer laa. Esok cuti kan. Wakaka

19 Jan - Selasa

Cuti wuhuuuuuu. Gi sepital. Doktor cakap aku migraine. Nie kali kedua doktor cakap aku migraine.

"Migraine. Sebab asyik nak main phone. Lama sangat tengok tv pun. Pastu selalu makan coklat. Kan?"

Aku buat pekak. Malas nak jawab. Menyampah.

Dear doktor, aku bukan spisis senang lenang, layan phone, layan tv, makan cekelat everyday. Titik.

21 Jan - Khamis

Kastam serbu supermarket. Banyak barang jadi sampel. Habis segala mercun. Wakaka Adan ukew. Aku tepuk tangan 277382766169200635261910 kali.

Paling takleh blah, mesin kira pun kena ambik. Haih. Diorang nak ambik dua dua. Tapi kalau ambik dua dua, takde lagi laa mesin. So, diorang ambik satu, tinggal satu jer lagi mesin. Mampus laa customer ramai, mesin satu jer?? Gosh. Kenapa tak ambik dua dua jer tadi? Kan bagus. Hehehehehe

Anyway, Sapiq dah pindah supermarket. Dak baru tuu lak ganti Sapiq kat superstore. Sapa entah nama dak baru tuu. Muda lagi. Kot.

Balik malam aku guna jalan belakang. Biasanya hanya aku, Kak Irah, and Sapiq jer merempitz balik rumah guna jalan belakang.

Tapi tadi Kak Irah and Sapiq dah balik dulu. So, aku rempitz sorang. Tetiba aku perasan ada moto ikut kat belakang. Mata aku silau tho sebab cahaya lampu moto dia terpantul kat cermin sisi. Mula mula aku cool jer, tapi lama lama mata aku makin sakit.

So, aku break moto, slow slow nak kasi dia laluan untuk jalan dulu. Eyh eyh, dia pun slow jugak, tak potong pun. Dia kenal aku ke? Sapa ye? Kakak ke? Apa mimpi Kakak tetiba guna jalan belakang nie? Aku pun toleh belakang. Tapi tak nampak muka. Aku pandang depan balik.

Tetiba dia potong. Laju gila. Tapi aku sempat toleh and oh, budak baru tadi rupanya. Laju gila gila k. Zuuup!! Dia hilang dalam kepekatan malam.

Errr, dia takut guna jalan belakang ke? Maybe tuu pestime dia guna jalan tuu lewat malam? Maybe tadi dia saja ikut aku? Atau dia risau aku balik sorang? Tetiba aku rasa bersalah. Huffft. Ya, aku sedang mengarut.

Apa apa jer laa.

22 Jan

Dah ada dua mesin semula hari nie. Sebab SP angkut mesin dari megastore. Haih, nie kalau kastam tengok gerenti kena rampas lagi.

Tapi tetap jugak aku sorang kat kaunter. Yang lain semua bizi sebab banyak barang masuk hari nie.

Anyway, balik tadi dak baru tuu ikut belakang lagi. Aku buat buat taktau jer laa. Takpelah, dik. Akak tak kisah malam nie. Ikut jer laa k. Sampai kat persimpangan, dia belok kanan, aku belok kiri.

Fuh. Esok dah weekend. Pengsan!

23 Jan

Datang beberapa customer Cina ke kaunter. Empat kotak arak diletakkan atas meja. Akhirnya, supermarket jual arak. Aku rasa berbelah bahagi sama ada nak terus keja kat situ atau tak.

Tiga kotak Arak A (aku lupa nama and aku malas nak ingat). Satu kotak pulak Arak B (malas nak ingat gak, takde pekdah). Aku taktau berapa harga sekotak Arak A sebab baru sampai. Yang Arak B tuu aku tau. Kebetulan aku nampak Sapiq jaga bawang kat luar. Aku pun panggil dia.

"Sapiq. Berapa harga yang ini?"

Tak sempat Sapiq nak tengok, tetiba

"Itu 38 ringgit 90 sen!" jawab pompuan cina tuu dengan kasar.

Aku pun masih berkira kira sebab takut SP marah aku percaya cakap customer. Paham paham jer laa SP tuu. Tadi ada 3 orang customer marah marah luah perasaan depan aku kat kaunter sebab SP tuduh diorang nak mencuri. Sedangkan diorang tengah tengok barang. Siap cakap nak saman SP lagi. Takyah heran laa. Dia memang macam tuu. Kalau nak saman, samanlah. Aku sokong.

"38 ringgit 90 sen lah! Kamu tak pecaya saya kah!? Hah!?"

Aku tersentak. Amboi. Dah laa muka tak cantik. Bentak bentak orang pulak. Aku terus tekan harga. Malas aku nak bertekak. Lepas kira and dia dah bayar, aku bagi sampul angpow sebungkus. SP cakap kalau ada cina beli barang mesti kasi sampul.

"Heh, bagi saya lebih lah!"

Hak tuih! Aku ambik dua bungkus and bagi kat dia. Dasar tamak! Malas aku nak layan. Aku pun kira barang sedara dia pulak. Sedara satu kepala.

"Ini mainan kamu tak kira kah!?"

Tetiba dia bersuara balik. Aku toleh tengok dia ambik mainan kat tangan anak dia. Pastu dia gi kat mesin kira and koyak resit dengan kasar nak tengok sama ada dah bayar ke belum. Tak beradab sungguh. 100% tak beradab macam SP. Tak nampak ke aku tengah kira?

"Haa tengok, kamu tak kira!"

Aku buat taktau and sambung kira. Dia pun bagi dua mainan tuu and suruh kira sekali dengan muka bengis. Jangan jadi bodoh. Anak kau bawak mainan tuu pegi luar, mana laa aku tau ko beli mainan. Otak mana otak? Lepas selesai, diorang pun blah meninggalkan aku yang kegeraman. Ya, memang aku marah dan kecik hati.

Tapi aku rileks kan diri. Aku masih boleh senyum. Takpe. Dugaan untuk aku. Aku okey.

Lepas aku dah mula lupa pasal ke-sakit-hati-an itu, tetiba SP datang and berdiri depan kaunter. Muka kemain masam.

"You taktau kah harga bir itu tadi!?"

"Tak"

"Mana yang saya suruh tulis itu!?"

"Mana ada. Kamu suruh tulis ini saja. Yang itu tadi tak ada pun!" sambil tunjuk senarai.

Aku dah mula panas. SP diam. Tengah carik kesalahan aku laa tuu. Sewel.

"Tadi haa you tak kira dua mainan!"

See, aku dah cakap. Sewel.

"Ada saya kira!"

"Tak ada you kira. Ada dua mainan dia beli!"

"Ada. Saya kira dengan barang kawan dia"

"Macam mana!?"

"Tadi kan dia cakap mainan belum bayar. Dia suruh saya kira sekali dengan barang kawan dia"

"Kenapa you tak kira mainan?"

"Saya tak perasan"

"Macam mana"

"Saya dah kira. Dia pulangkan balik tadi. Anak dia bawak keluar"

"Kalau dia tak pulangkan balik? Saya rugi maa!"

Aku angguk kepala and tengok jer muka dia. K, aku salah. Tapi entah kenapa kali nie aku malas nak mintak maaf.

Dia pun blah. Argh!

Mainan tuu anak dia bawak. Mana laa aku perasan. Kalau tau aku tak kira, napa tak tegur dari tadi? Napa baru sekarang nak marah marah depan aku? Dah laa ko biarkan aku sorang sorang separuh mati kat kaunter takde sapa nak bantu. Customer bukannya sikit. Layan pompuan sorang tuu pun aku dah sakit jiwa. Apatah lagi ramai.

Allah.

24 Jan

Woot woot. Kalau kantoi, habislah aku. Peperangan dunia akan berlaku. Wuhuuu!

Mercun ada lagi daa. Hahaha Kang kena rampas lagi kang, haaa. Takpelah. Asal ada duit boleh jer lepas. Kan.

25 Jan

SP takde. Balik ke tempat asal, KL. Oh, bukan orang Sarawak. Alhamdulillah. Nak sambut raya Cina kot. Wakaka. SP superstore, Kak Dayah yang jaga kitorang. Kak Dayah siap tukar lagu lagi. Wihaaa. Suka suka.

And hari nie baru tau Tina sama Kadet Polis gak. Hahaha Pesal aku tak perasan. Dia pun sama. Wuhuhu

Woot woot. Esok cuti. Nak kemas bilik ~

26 Jan - Selasa

Cuti. Hehehe Selesema lagi. Hope mata tak bengkak. Esok nak keja :(

27 Jan

Petang aku lewat. Tertido. Jam 4.55 aku tersedar sebab bapak kejutkan. Hahaha Tudung ke mana, skarf ke mana, pin ke mana. Rushing! Nasib baik aku bukan jenis tudung belit sana sini, mekap tebal berinci inci. Ting! Siap.

Tapi masa atas moto sempat atur skarf berbelit. Cis. Sampai supermarket 5.02 petang. Wakakakakakaka Lambat! Terus masuk kaunter and layan customer dalam keadaan mamai. Belum berapa nak sedar, ekceli.

Vodo.

28 Jan

Gilo. Banyak cito layan tho. Hahaha Alash ku. Kes kirim salam. Kacak tapi sik puteh, kato rang mpun. Hahahahahahahahahahaha Syal. Pi nang layan laa. Cah rut ku tak.

Anyway, tadi jumpa 4 stuff yang dah lama expired. Gila tak gila. ColaMY baru jer lepas Hani beli and minum. Patut laa dia ngadu sakit perut. Haih.

Bestnya SP takde. Zzz.

29 Jan

Jam 11 pagi hujan lebat. Berlarutan sampai pukul 12 tengah hari. Memang tak suruh aku balik rehat laa cuaca masa tuu. Nasib baik Hani bagi aku makan kuih yang dia bawak. Boleh laa kurangkan lapar sementara tunggu rehat jam 4 petang.

Sambil sambil tuu, share cita banyak banyak dengan Hani. Kihkihkih Owhhhhhhhh. Hahaha Sssshhhh.

Anyway, SP sampai supermarket jam 7 malam tadi. Huhu Soalan pertama dia untuk aku "Mana orang lain?" Wakaka Dah laa esok supermarket ada buat offer sempena Chinese New Year. Mesti sibuk kat kaunter besok. Aduh!

Eyh, tadi jumpa lagi stuff expired, Mountain Dew. Expired September tahun lepas. Crazzzzyyyy.

K. Nak sidai barang.

30 Jan

Kuri, err maksud aku, Qurie dah gila. Hahahahahahahaha Layan oi. Okey bye.

Gi jalan terjumpa Kak Dayah, Tina, Hani, Dom, and... Qurie. Wakwakwak Semua muka belum mandi :P

Qurie, aku nak laptop? Kahkahkah

31 Jan



Tadaaa. Dah habis.

SP bagi. Kan dia balik semenanjung hari tuu. Tengkiu. Erm, dia pernah belanja roti, cupcake, then ABC, then hari nie pun.

Walaupun aku tak suka SP, aku tetap cari kebaikan yang dia ada. Ya, dia pun ada baiknya. Errr.



Woaw! Jengen!

Aku paling kiut tho. Menurut Qurie laa. Kahkahkah. Tapi aku memang kiut pun.

Errr Tapi cita abang akak adik sado lawak nak mamps. Hahaha Syal lawak. Woaw. Hahahaha Pengsan aku gelak.

Hani and Tina lagi laa hai. Guna limau dengan bawang besar. Aduh. Hahahahahahahaha Haih.

January sudah berlalu. Hurm. Bye bye. Alhamdulillah untuk semuanya.