Sunday, 3 January 2016

Life Takde Life

Assalamualaikum.

18 Dec

Buat tiga kesalahan resit. Pertama, tertekan butang 00 instead of butang 0. So, RM1.30 tetiba jadi RM13.00. Hahahaha Tapi tak libatkan sesapa laa sebab aku dapat detect awal awal.

Kesalahan kedua, Vanes sembunyi sembunyi beli air tin. Dia gelabah, aku gelabah, kami gelabah laa, mana laa tau SP tetiba muncul. Haih. Terus aku tersalah tekan. Hahaha Ketulahan.

Kesalahan ketiga... Lupa lak aku. Wakwakwak

19 Dec

Pepagi lagi SP laung nama aku, tanya mana pendrive dia. Aik, aku letak atas pemain CD tuu laa. Takkan aku nak bawak balik pulak kan. Masa tuu aku tengah angkut barang nak bukak supermarket. Lepas selesai angkut angkut, susun susun, sapu sapu, aku pun gi laa kaunter tunggu customer. Tetiba SP tanya lagi mana pendrive. Muka lak masam tak tentu pasal. Aku pun gi laa carik. Memang ada kat situ. Tuu laa. Asyik bawak hati marah, benda ada depan mata pun tak nampak dah.

Then SP chaw. Tak lama pastu dia datang balik and gi kat kaunter. Dia berdiri sambil letak tangan atas kaunter tempat aku duduk and cakap "Jangan tukar lagi lagu saya haa" Aku angguk. See. Sampai bila bila laa dengar lagu Cina pasnie. Ekceli aku tak kisah pun, lagu Cina ke, Melayu ke, Iban ke, India, Pakistan, Arab Saudi, Amerika, bla bla bla. Tapi kalau dah macam nie, naik jemu jugak. Bencinyaaaaaaaaaaaaaaaa !!

And banyak barang baru masuk. Aku sorang laa kat kaunter sebab yang lain busy. Dah laa tengah ada pesta. Banyak orang luar datang. Tak menang tangan aku layan customer. Then aku disuruh menulis harga kat jam dinding. Satu kotak besar tho. Mana nak layan customer lagi. Mana nak tulis then lekat harga lagi. Dua keja dalam satu masa. Ya Allah. Mabuk jap. Berpinar mata aku. Last last, aku jugak yang disuruh gantung jam guna tangga. Gila ke hapa. Taknak laa aku. Terus paksa Kuri tolong gantungkan. Hahahaha Nasib baik dia sudi. Tengkiu tengkiu.

20 Dec

Awal pagi lagi SP panggil suruh aku gantung jam. Sambung keja Kuri tak habis. Huffft. Gantung jer laa. Sabo jer aku haih.

Btw, sorang lagi mangsa staff baru masuk pagi tadi. Din, 18 tahun, dan sedikit kacak. Tadi aku suruh dia ambikkan jam yang tergantung tinggi tepi dinding. Maaf, dik. Takde sapa nak tolong aku masa tuu. Kebetulan dia nak keluar rehat. Dia nak ambik barang terpaksa tunggu aku layan customer ramai gila nak mampsss. Lepas selesai apa semua, dia tanya, tak tulis kat punch card ke. Alamak. SP kita nie paham paham jer laa sikap dia macam mana. Aku cakap tak payah. Takpe, balik jer. Dia angguk and gerak.

And one more thing, kan SP hanya bukak lagu Cina, instrumental, and lagu omputeh sikit sikit. Yang Cina aku tak paham laa, ofkos. Yang lagu omputeh tuu, ya ampun dech, lirik sangat lucah and banyak perkataan mencarut. Siyesly? Dia nie paham ke tidak maksud lagu tuu aku taktau laa. Huffft. Nak tukar dah tak boleh sebab dia dah bagi amaran. Hadap jer laa. Hadap.

Tadi ternampak perarakan Christmas Parade ke nama perarakan tuu. Lupa lak nama yang Vanes cakap tadi. Diorang melintas depan supermarket. Wuuu, ada yang masuk dalam and bagi gula gula sambil wish Merry Christmas. Hehehe Tapi kesian laa dengan staff Kristian kat sini. Tak dapat nak cuti. Aku paham perasaan korang. Sabo jer laa k.

21 Dec

Bapak masuk hospital. Aku tak sempat jenguk. Nak gi lepas balik keja, dah tak boleh masuk dalam.

22 Dec

Jam 4 aku gerak gi hospital. Carik mana wad lelaki, akhirnya jumpa. Hurm. Moga cepat sembuh, pak. Cepat sembuh, cepat balik. Rindu dah nie.

Tangan kena dawai masa bukak kedai. Wosh. Sedap nak mamps.

23 Dec

Ada offer separuh harga. Ada enam jenis barang (tiga jenis roti, pelbagai jenis pensil tekan, minyak, and susu cap junjung. Dah tentu laa minyak and susu cap junjung paling cepat habis. Pensel tekan takde sapa nak beli walaupun hanya tujuh posen. Tak menarik langsung. Dah lama, buruk, warna pun dah bertukar. Cis.

Then tadi terpaksa kira guna kaltkulator. Takde letrik sebab tengah dibaikpulih. Tak guna. Masa offer nie jugak laa takde letrik. Pening.

Hari nie terkena apa entah nama benda tuu. Masa tuu aku tarik selotep. Tetiba terkena benda tajam bergigi tuu kat tangan. Tiga garisan luka sekaligus. Wakakaka

Sedap gila gila.


25 Dec

Takde cuti, okey. Kesian gak tengok kengkawan yang sambut Krismas. Orang lain cuti Krismas, diorang keja. Dah laa ada offer sempena Krismas. Pelik. Offer Krismas pada hari Krismas. Vodo. Ofkos laa tak ramai customer. Buat laa sehari sebelum or selepas Krismas. Tuu laa, dalam kepala hotak dah hilang logik. Sebab dah dipenuhi duit. Wakaka

Tapi yang bestnya, lepas waktu kerja, semua berkumpul nak gi rumah Vanes ngabang Krismas. Hehe Plan last minit nie haa. Tiga orang dak supermarket tak ikut. Then sorang jer dak superstore ikut sama. Sapa lagi kalau bukan Dakebatis.

Wehuuu, wanginya kita semua. Hahaha Semua ngabang Krismas dengan peluh masing masing. Euuu. Gi rumah Vanes naik keta Dom. Balik tuu naik keta Vanes. Takde maknanya nak naik keta Dom. Muka pun dah merah. Uhuk uhuk.

"Kau mbaco kah, Kuri?" - Dom

Paling win masa Kuri karaoke. Hahahahahahaha Pengsan aku gelak. Nasib baik kat rumah orang. Semua dok tanya aku dah bagitau mak ke belum. Vanes siap mintak maaf lagi. Hish. Sudaaah, no worries. Btw, tengkiu so much, Vanes.

26 Dec

Tik tik tik. Waktu berjalan. Eyh, tak kuar pun? Aku jenguk kepala sikit. Fuh. Kemain Dakebatis cakap "yes". Siap dengan gaya sekali. Sengaja betul. Dah laa aku malas nak angkut benda berat tuu. Memang sengaja tunggu aku kan? Blergh.

Bapak dah kuar sepital. Alhamdulillah, alhamdulillah. Btw, malam tuu, Din tak gi keja. Diberhentikan katanya. Entah laa. Aku taktau apa kes sebenarnya. Yang aku tau, Din okey, ramah, and mudah diajak keja. Tak menolak pun kalau diberi tugasan. Hurm. Kurang lagi sorang staff. Menyedihkan betul laa keja dengan company nie. Sangat menyedihkan.

27 Dec

Hurm. Kira kira kira, last last dia cakap bukan dia punya. Asal tadi tak tegur, kak? Terlambat sudah :)

28 Dec

Tangan tersangkut dawai lagi. Haih. Memang hancur aku lepas nie. Pastu nak balik tadi, buat kesalahan tertekan butang 00 lagi. RM15.50 jadi RM155.00. Nasib baik dapat detect awal. Hahaha Then, jumpa satu lagi perangai customer hari nie. Dia yang ambik barang orang, tetiba salahkan cashier pulak. Nanti nanti laa share.

29 Dec

Helena offday. Mampus aku sapu suermarket sorang sorang. Hujung bulan nie dia berhenti keja. Hurm. Krik rik. Din datangambik gaji tadi. Haih. Sorang demi sorang kekuar.

Bangun pagi tadi, bibirr gua bengkak. Jerawat seketul antara bibir dan hidung kasi effect kat bibir aku. Bengkak do. Dah laa jerawat sakit gila masa bercakap and senyum. Sabo jer laa aku.

And. Aku sambung menaip nie pakai phone dengan susah payahnya. Laptop aku takleh on dah. Hurm. Dah laa gaji kecik. Bila laa dapat beli laptop baru.

31 Dec

Ada offer new year. Pengsan aku. Kak Irah and Vanes takde. Offday. Teraksa laa import Kak Su from superstore untuk tolong.

Lepas habis waktu keja, kitorang ada makan makan. Wakaka Menyanpah bak mamps tengok muka SP.

Btw, Dakebatis ingat aku sama umur dengan dia. Haha I kan awet muda. Wakwakwak Kemain blank muka dia dapat tau aku dah 20 tahun XD

1 Jan

Lepas supermarket bukak, aku tolong angkut angkut. Then aku menyaou. Sorang sorang sapu supermarket sebab Helena dah berhenti. Sedihnya :(

Lepas menyapu, aku susun sabun. Belum habis susun, tetiba SP laung nama aku suruh mengemop lantai. Ya Allah, pengsan. Aku mop laa. Selesai apa semua, aku masuk kaunter.

Sampai laa satu ketika, Aku tengah kira barang customer. Tetiba aku terdengar Vanes and SP berbalah kat kaunter sebeah. Taktau laa pasal aoa sebab aku kena fokus. Kang aku lak yang berbalah an customer kang.

Lepas aku selesai kira kira, tetiba vanes cakap aku difitnah. Ooo yang diorang berbalah tadi, pasal aku rupanya.

Boss complain kat SP cakap aku lari dari kaunter (masa aku mengemop tadi). So, SP pesan kat Vanes jangan biar lari dari kaunter. Sebab tuu laa Vanes marah marah and back uo aku cakap aku tak lari. Dah dia sendiri suruh aku mop kan. Gila. Dah laa aku penat, ko cakap aku lari dari kaunter. Bagus bagus. Teruskan.

2 Jan

Oh, sama Cina takpe angkut banyak. Aku saja kira semua sama harga depan SP. Amboi . Dia tak kisah tho. Resis?

Errr Kuri pun ingat aku sama umur an dia. Terkejut dengar aku dah 21 tahun.

Errrrrr aku pun terkejut aku dah 21..

Errrr dah 2016?????

Errrrrrr...... --'

Ergh.. Aku dah bosan.........

Ya Allah... Ampuni dosa aku sepanjang aku jadi cashier...... Andai terkurang, terlebih, sedar atau tidak. Haih. Besar amanah....

Night.

3 Jan

Beras bocor. SP salahkan aku. Thanks SP. Aku wat pekak jer. Malas nak bagitau sapa sebabkan beras bocor. Rilek rilek aa. Takyah nak salahkan orang sangat.

Then tadi dia tanya napa asyik slow volume lagu. Aku cakap "Kakak suruh. Bising sangat. Dia duduk situ lagu kuat. Telinga sakit dengar" Wakaka Jujur gila.

Btw, hari nie ramai gila customer. Yelaa. Ahad kan. Ditambah pulak esok nak sekolah dah.

Bye :)

p/s : Abaikan taipo.

9 comments:

  1. geram kmk dgn sp ktk ya..haha walaupn xknl SP ya,tp tgk perangaiii grr..sabar k.Semoga pak ktk cpt sembuh..happy new year 2016!

    ReplyDelete
  2. Sik bertoleransi alu SP ya...mun kmk benti jak carik keja lain mun ada yang lebih bagus. mcm sik berbaloi jak kerja ya...buat perit hati, fizikal, emosi ajak...

    eh, eh...teremosi lebih pulang! T_T!
    sebelum terlambat happy new year KTC!

    ReplyDelete
  3. Selamat Menempuh 2016 KTC. semoga segala urusan dipermudah ^^

    ReplyDelete
  4. hiks. kita yang baca pulak semput rasa dengan SP tu. eii. sabarnya KTC. hehe
    apapun, all the best! Yukenduit!

    ReplyDelete
  5. take care ktc!
    get well soon ayah!
    <3

    and pls la dont hurt urself ok ktc!!! <3
    chaiyuk!!!!!!!
    happy new year and all the best in 2016 :))))

    ReplyDelete
  6. byk cobaan ktk kak. haha sabo je lah dgn org yg gia

    ReplyDelete
  7. banyakkan bersabar ye ktc. semoga ayah ktc sihat. may Allah ease your way :)

    ReplyDelete
  8. Atceli terimbau masa kerja cashier dulu... kene kerja masa cuti raya china.. hari hari ot. Penat wooo. Dengan supervisor pilih kasih, kene buat 5 step as cashier, selamat datang bla bla bla.. haha, kene buat harga kat belakang, pastu kene tampal harga, balut hamper, jaga barang di cuatomer service.. dan tangan luka sbb kene mesin parut kelapa. Huhu. Mcm2 lagi. Dengan hari tanpa plastik kita kene maki dengan cuatomer, kesalahan masa guna kad kredit. Hahaha. Bykk.. naseb la hampir setahun gak kerja.. mcm2 perangai.. hope KTC tabah.. pekerja mang salu akan tak tahan lama.. sbb org2 atasan yg mcm tu. Buat pekak telinga jerr.. boleh blas balas la balik. #pernahmarahSp. Huhu.

    KTC. Epy new year. Sy dah 25. Sob sob sob. Dah tua.

    ReplyDelete
  9. tadi ade sebut wakwakwak kann? nih wak baca abes nih., kihkih2

    ReplyDelete