Sunday, 6 December 2015

Jiran Dah Kawen

Assalamualaikum.

Hari nie penuhi undangan ke majlis perkahwinan jiran lak. Errr, selalu lak aku gi kenduri kawen tahun nie. Sebelum nie aku laa paling malas nak gi kenduri. Makan pun malas ke?

Morning view from my room yang tak berapa nak nice. Muntah.

Akad nikah dah selesai kelmarin. Hari nie makan makan, sanding sanding jer. Lepas gi makan, tolong laa gotong royong jap sementara pengantin belum sampai. Mak tolong cuci cuci, aku and Juha lak tolong lap lap. Pastu aku nampak bapak ulang alik bawak bekas berisi air. Tukang buat air laa tuu.


Pastu pengantin pun sampai. So, aku tinggalkan aktiviti mengelap pinggan, cawan, dan sudu. Fokus, fokus ! Aku rasa nie perkahwinan paling meriah pernah aku hadiri setakat nie. Yelah, orang kampung kan jarang buat majlis besar besaran. Nak ambik gambar bukan main payah. Nasib baik kecik sikit. Dapatlah menyelit bersama abang abang kamera.


Shanteknya T.T

Ada dua pelamin. Satu kat dalam rumah untuk sanding. Satu lagi kat luar untuk makan makan. Aku layan pelamin kat luar jer laa. Mana mungkin nak masuk dalam rumah. Sesak --'

Kompang dipalu ~

Tema putih biru

Suap jangan tak suap

K aku dah selesai menyelit sana sini

Tengah hari dijemput makan semula. Aku masih kenyang tapi mak paksa gak supaya makan. Makan jer laa. Ambik nasik hujung senduk jer. Haha Pastu balik rumah. Hujan renyai renyai mulai turun.

Aku punya warna pink dah dirampas kastam kecik

Balik

Semoga bahagia hingga ke akhir hayat. And cepat cepat dapat baby comel. Suka budak budak kan? Selalu angkut Sera bawak rumah.

Sunyi lak rumah malam nie. Sedara mara dah balik. And tadi CinaBingung call suruh aku gi tengok kontrak pagi esok. Aik, bukan hari tuu aku kena reject untuk yang ke sekian kali ke? Kalau aku okey dengan kontrak, boleh laa keja. Cuba jer laa.

See ya.