Monday, 30 November 2015

Manok Pansoh | Ayam Pansuh

Assalamualaikum.

Petang nie makan manok pansoh. Bapak rajin masak menu nie. Hehe Takde gambar bapak masak sebab aku malas nak gi tepi sungai. Hujan.


Ayam, air, pucuk ubi kayu, daun kunyit, halia, dan lain lain masuk dalam buluh. Pastu masak. Tak sama ke rasa sup ayam dengan manok pansoh? Ya, tak sama. Ada kelainannya :D


Sorry laa. Sedara mara ramai sangat cuti cuti macam nie. Berebut rebut nak makan. Aku nak ambik gambar cantik sikit pun tak boleh. Kang talipon aku pulak kena pansoh. Huffft.

Phewww makan panas panas waktu hujan memang kaw ~

Sunday, 29 November 2015

Kawan Dah Kawen

Assalamualaikum.

Lepas balik dari rumah Fini tadi, aku duk rehat rehat jap. Tetiba aku teringat something wrong dan sangat sangat fishy. Aku lupa cabut harga kat hadiah. Lupa cabut harga kat kotak hadiah. Dan lupa jugak cabut harga kat beg hadiah. Hahahahahahaha Maafkan aku, Fini. Hahahahahahahahahahahaha Kenapa aku malu nie.


Lepas aku beli tiga benda tuu hari tuu, aku terus simpan. Tak sentuh langsung sebab sepupu sepapat kecik aku sangat ramai kat rumah sekarang nie. So, baru pagi tadi aku ambik semula sebab nak tulis surat cinta sikit. Pastu aku kemas kemas and terus bawak gi rumah Fini. Langsung tak ingat nak cabut harga. Hahahahahahahahahahahahahahahahahaha T.T

K dah.

Alhamdulillah, Fini dan pasangan telah selamat berkahwin. Sedondon berbaju hijau, kemudian berbaju pink, kemudian aku taktau baju warna apa. Tak sempat tengok. Fini pun taktau dah kat mana.



Maybe Fini dah bertolak gi rumah laki dia. Lagipun tetamu ramai sangat laa. So, gi makan dulu. Dah kenyang terus balik.


Tahniah, sahabat. I'll always love you. Dah kawen nie mesti banyak tanggungjawab, kan. Jadilah isteri dan in shaa Allah ibu yang baik serta solehah. Kekal comel ye :')

Muah setepek !

Saturday, 28 November 2015

Kahwin Muda

Assalamualaikum.

Yeay hari nie lepak lepak rumah Fini. Rasa macam baru semalam buat kad kawen untuk awak. Esok nak kawen dah. Alhamdulillah. Umur 20 tahun, kawen muda laa tuu kan? Ke bukan? Hehe


Harap semuanya berjalan dengan lancar. Tak sabar nak tengok korang akad nikah, tak sabar nak tengok korang bersanding, tak sabar tak sabar tak sabar :D

And bini Usu dah selamat bersalin siang tadi. Yang nie lagi laa muda. Umur belasan dah dapat baby girl. Alhamdulillah.

K laa. Night night.

p/s : Bila laa aku nak dapat keja nie.................................................................?

Saturday, 14 November 2015

Kedai Doremon (Doremon Super Store)

Assalamualaikum.

13 November 2015. Guna moto from hometown to Betong kira kira 1 jam ++ perjalanan.

Jangan tiru aksi ini

Finally !

Nam Leong, Betong

Lepas parking moto, kitorang gi jalan kaki cuci mata. Ternampak Nam Leong. Masuk laa kejap. Grab sapu tangan Hello Kitty. Hiks. Tuu jer. Takde benda best.

Pasar Tamu Majlis Daerah Betong

Kat sini banyak orang jual sayur mayur, segala jenis ikan, barang barang kraf, barang barang untuk bertani apa semua. Nie kalau hujung minggu mesti lagi meriah. Mak sempat laa jugak beli sayur untuk bawak balik.








Majlis Daerah Betong (Rahnia Cafe)

Singgah Rahnia Cafe sebab situ jer ada tempat kosong. Haha Rahnia Cafe cuma ada minuman and Nasi Ayam. Nak makan benda lain sila order kat sebelah menyebelah.

#1 Here we are
#2 Air jer? Buah laici takde ke --'
#3 Nasi ayam with sup dia yang tak berapa nak win
#4 Masin sangat bagi aku laa tapi sup boleh tahan

Nie laa aku malas. Asyik komen jer kan. Diri sendiri macam laa terer masak. Entah pernah masak ke tidak. Hahaha

Pusat Memandu Betong

Teman Juha test lesen jap kat sini.


Doremon Super Store

Kedai nie kat pasar baru. Sebelum aku sampai sini, aku imagine kedai ini menjual barangan Doraemon 100%. Jadi, aku pun berhajat untuk membeli mesin masa. Haha Rupa rupanya, sama sahaja seperti kedai lain. Kira macam Everrise, Nam Leong, etc. So, nama dia bukan "Doraemon" ye. Tapi "Doremon". Kalau 100% sama kang marah lak Doraemon Jepun.

Besar gedabak

Tapi kat sini semua staff pakai baju gambar Doraemon ye. Kahkah Ajet ajet kiut. Kahkah And takyah susah susah gi kedai lain. Hampir semua benda dah ada kat dalam kedai nie. Alat tulis, cenderamata, makanan, minuman, pakaian, etc. Harga ada murah, ada sederhana, ada mahal. Macam biasa. Tapi kebanyakannya harga mampu milik laa.

Nie belum masuk dalam lagi

Hello Kitty's everywhere I kennot muvon goshhh

Untuk ke sawah XD

Tingkat atas

Aku sempat grab souvenirs untuk sahabat. Then beli buku Secret Garden. Nipis punya RM2.90. Kihkih Tuu jer laa. Erm erm erm. Kalau boleh aku nak angkut semua Hello Kitty bawak balik. Tapi... Lolololol


Taman Tasik Medan, Betong

Lepas pusing satu Doremon, lepak lepak jap kat tasik. Taman Tasik Medan tak jauh dari Doremon and berhadapan dengan Politeknik Betong. Tasik nie cantik. Tapi takde tong sampah --'




By the way, Juha lulus ujian. Alhamdulillah. So, marilah kita balik dengan riang gembira.

On our way

Alhamdulillah, selamat pergi selamat kembali. In shaa Allah, ada rezeki boleh rempitz ke Betong lagi. Ihiks. K laa. Tuu jer. Thanks for reading :)

Ditaip pada malam 13 November 2015. Update hari nie sebab masalah laptop T.T

Wednesday, 11 November 2015

Buat Kad Kahwin Sendiri

Assalamualaikum.

Siapa punya kad kawen nie? Aku? Sudah tentu. Sudah tentu bukan. Salah seorang sahabat aku yang nak kawen hujung bulan nie. So, dia mintak aku design kad kawen untuk dia. Kebetulan aku free so buat jer laa. Mana laa tau esok lusa hari aku pulak kan. Ahaks.

Pestime wat kad kawen cemnie. Selama nie aku buat surat jemputan kenduri yang simple mimple tuu jer. Agak mencabar jugak laa sebab laptop aku dah nazak. Ditambah pulak selera kita yang tak sama nie kan. Aku ke kiri, Fini ke kanan. Aku letak anak panah, Fini nak love love. Tapi inilah dia peluang untuk tambah pengalaman :)

Doodle
Buat doodle guna Paint Tool SAI and edit edit guna Adope Photoshop CS4.

Nie yang mula mula aku buat tapi Fini cakap "nampak macam too eksaited laa"

So, aku buat semula doodle yang lebih sopan santun

Edit
Edit yang lain lain tuu aku guna Adope Photoshop CS4. Font yang comel comel boleh download kat DaFont ye. Ada banyak pilihan.

Template
Template aku guna Microsoft Words jer. Saiz A4, tiga column. And Fini nak tema putih - ungu.

Ting !

Pssst. Doodle kat page 3 tuu Fini ambik dari Google. Berkenan katanya. Kepada owner, harap halalkan ye :)

Aku tukang design jer k. Pastu tanya berkenan ke tak. Mana yang tak berkenan tuu aku edit semula. So, just ikut apa yang bride to be nie nak laa. Lain lain hal seperti print dan sebagainya, bakal pengantin sendiri yang uruskan. Aku tak campur dah. Hehe

Maaf, sengaja blur. Jangan tanya kenapa backgroundnya berwarna warni :3

Alhamdulillah. Urusan kad sudah selesai. Dah diedarkan dah pun. Thanks sahabat sebab bagi kepercayaan kat aku. Maaf andai ada yang TERRRkurang. Tak sangka awak nak kawen dah :')

Kepada semua bakal pengantin, aku doakan urusan kalian dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Semoga yang terbaik untuk korang semua. Amin, in shaa Allah :)

Who's next?

Sunday, 8 November 2015

TERRRjatuhkan Phone di Sawah

Assalamualaikum.

Nampaknya, hujung tahun nie aku asyik cerita pasal sawah, sawah, dan sawah. Erm, sukati aku laa #senyumsenget. Dan tajuk kali ini sangat laa kasihan. Wakaka

Hari nie gi sawah terpaksa bawak Sera. Dah laa panas ya ampun. Pengsan. Sampai sawah aku tinggalkan dia dalam pondok. Pastu aku tangkap beberapa ekor anak ramak and bagi kat dia buat main. Tapi dipicit, dicabut kaki, dipatah sepit, dan dibunuhnya satu persatu.

"Wah, keluar taik !"
"Hah, keluar air kencing !"
--'

Aku pun gi tolong mak tanam padi. Toleh jer kat pondok, aku nampak Sera tengah main phone. Ambik gambar itu ini. Aku tegur suruh simpan, dia wat taktau. Nak ambik gambar aku tanam padi katanya. Erk. Habislah kalau phone aku jatuh T_T

Pandai jugak ko ambik gambar, Sera. Keep it up.

Dan seperti yang aku jangka, Sera TERRRjatuhkan phone aku. Ya Rabbi. Haha Kebetulan masa tuu bapak dah sampai and ada dalam pondok. Cepat cepat ambik. Penuh tanah kat bahagian kamera and speaker. Nasib baik ada cover T_T Belum sempat pape dia dah menangis dah. Nak pasang niat untuk jeling dia pun aku tak sempat. Haha Tau takut.

Memang win ~

Alhamdulillah laa phone okey. Hope takde masalah susulan lepas nie. In shaa Allah. Huhu Petang petang cuaca mula redup dan nyaman. So, ajak laa dia main kat sawah. Kebetulan Nas pun ada lepas ikut Pak Wi jenguk kambing kat kebun.

Sesuatu yang akan dirindui

Maaf

Ketibaan budak semangat

Dah kenapa letak semua sekali dalam satu lubang?
Pengsan aku gelak.

Esok nak kena teman mak gi majlis graduasi Sera pulak. Jangan menangis macam tahun lepas sudah laa. Tengok Sera nangis, sepupunya si Faiz pun nangis jugak. Kemain penat aku pujuk dua orang sekali. Haha --' Agak agak, Sera jumpa tak entry nie suatu hari nanti? Erm.

K lah. Sangat sakit segala sendi aku nie. Zzz.

Saturday, 7 November 2015

Bertemu Jodoh Ketika Menanam Padi

Assalamualaikum.

Pada suatu hari yang damai, satu soalan cepu lemas diajukan oleh bakal pengantin kepada ku.

"Kau takde boyfriend ke?"

"Kat mana aku nak dapat boyfriend, Fini?"

Soalan dibalas soalan.

"Alaaa, kalau dah namanya jodoh, kat sawah ke, tinggal kat gua ke, tetap bertemu jugak"

"Eyh. A'ah laa. Aku kan tanam padi"

"Haaa, mana laa tau tengah syok tertunduk tunduk masukkan padi dalam lubang, tetiba kepala terhantuk sesama sendiri. Benjol kepala akibat bertemu jodoh"

HAHAHAHAHAHAHA Sangat lawak. Bagi aku laa. HAHAHAHAHAHA #mudahterhibur

Btw, jodoh tuu datang dari mana. Pesal tetiba masuk kawasan sawah kitorang pulak?

Erk. Back to reality.

Alhamdulillah, hari nie dah start tanam padi dah. Petang tadi aku ikut mak bapak gi sawah. Sekurang kurangnya, ada laa jugak fungsi aku kan. Hujan. Aku suka hujan. Tak panas and tak terasa sangat letihnya.

Bapak buat lubang banyak banyak. Aku and mak pulak just masukkan anak padi hasil nikam cemei hari tuu ke dalam lubang. Tanam padi ketika hujan sambil berborak sakan tak henti henti. Heaven sangat.





Sekarang pun masih hujan. Lena tido. Zzz

Thursday, 5 November 2015

Pergi ke Sibu Nak Ambik Barang Lupa, Barang Lupa Balik

Assalamualaikum.

Yeay, Sibu lagi !

Family Ngah dah pindah rumah sewa. Tak tinggal kat sawmill dah sebab tempat tuu dah ditutup. Sama macam sawmill kitorang dulu. Pestime singgah rumah sewa diorang. Sedih lak. Takde lagi dah sawmill. Takde lagi dah naik feri. Huhu Banyak kenangan zaman kecik kat sana T_T

Budak tuu takut kucing haha

Cuba menyeberang tapi tak dapat Hikhokhikhok

Lepas selesai apa semua urusan, bergerak balik. Sebelum balik kita pusing pusing Sibu cuci mata kejap. Paling bosan tunggu traffic light --'


Macam mana laa diorang nie keja tinggi sangat

Wisma Sanyan penuh nostalgia





Isi minyak

Perjalanan balik pun diteruskan. Tetiba Yak aku tanya dia ada simpan tak barang yang dia nak ambik tadi. Aku cakap taktau. Berhenti tepi jalan and cek. Grrr. Takde. Benda tuu yang nak diambil, benda tuu jugak yang tertinggal. Terpaksa laa berpatah balik.

Guna jalan bawah Jambatan Lanang for da festaim

Tapi best jugak patah balik. Boleh sambung cuci mata sekali lagi. Eheh. Pas ambik barang, terus balik Saratok.

Jambatan Lanang, Sibu :)

Hashtag kubur Cina

Apa apa pun, selamat pergi selamat kembali. Alhamdulillah. Sampai Saratok tetiba langit gelap and kilat sabung menyabung. Nasib baik dah sampai ke destinasi. Nanti ada rezeki boleh laa gi Sibu lagi. Singgah Bukit Aub ke, lepak tengah bandar ke, apa ke. Haha

Ngantok.