Wednesday, 29 July 2015

Thanks Blogger Sheila Inspire :)

Assalamualaikum.

Hari tuu dapat kad raya daripada Blogger Ejulz. Hehe Hari nie dapat kad raya daripada Blogger Sheila Adziz lak. Alhamdulillah #happy :)

Jeng jeng jeng !!

Kad raya yang cantik

And CD :)

Apa benda dalam CD tuu? Belum tengok lagi. Tapi, ofkos laa isinya penuh manfaat. Blog Kak Sheila sendiri pun dah terkandung seribu satu perkongsian. Nanti laa aku share okey. In shaa Allah. Apa apa pun, terima kasih, Kak Sheila. Really appreciate it ^^

Salam Syawal.

Monday, 27 July 2015

Ikan Labang 10 KG

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, rezeki Syawal 2015. Bapak dapat seekor ikan labang. For ur info, bentuk ikan labang hampir sama macam ikan patin. And Saratok sangat popular dengan ikan labang. Datang aa Saratok *promote XD

Fresh from Sungai Krian :)

Berat 10 kilo plus plus.

Serafina :)

Sera, tuu bukan bantal peluk --'

Daddy ku yang sekseyhhh.

Alhamdulillah. Dah jual dah. Hehe Tokey Cina yang beli. Sekarang nie, harga ikan labang mencecah RM60 sekilo. Kat tempat aku aa. Paling berat bapak aku pernah dapat 18 kilo plus plus. Tapi masa tuu harga dia murah lagi. Takdelah sampai RM60 sekilo. Kalau tak silap aku sekilo RM45 jer. Aku pun tak pasti apa yang menyebabkan ikan nie mahal. Maybe rasa dia sedap lemak lemak berkrim kot? Taktau aa.

K laa. Thanks for reading :)

Sunday, 26 July 2015

4 Ketagihan Utama di Internet

Assalamualaikum.

Tadi aku tengok TV, diorang share pasal ketagihan terhadap internet. Berikut adalah empat ketagihan utama...

Ketagihan Melayari Laman Sosial

Leka sangat chatting dengan kawan lama or tambah kawan baru sampai tak sedar masa berlalu. Pastu ada pulak yang sibuk menghadap laman sosial nak kumpul followers and likers ramai ramai. Pffft. Antara laman sosial yang paling hot sekarang nie adalah Facebook, Twitter, Instagram, WeChat, WhatsApp, and... Blog? *Sentap. Huhuhu Aku pun ketagihan melayari laman sosial. Haha Tapi aku ada blog dengan WhatsApp jer. Oh, adakah aku penagih blog? XD

Ketagihan Bermain Permainan dalam Talian (Online Games)

Biasanya, kita ambik masa yang lama untuk bermain games. Leka sangat menghadap games sampai tak dapat nak buat keja lain dah. So, masa terbuang macam tuu jer. Kualiti hidup pun boleh terjejas. Anyway, aku kurang sikit main games. Mungkin sebab line aku slow kot? XD

Ketagihan Membeli Belah secara Atas Talian (Online Purchase)

Sekarang nie dah popular sangat dengan online shopping. Tawaran pun hebat hebat sampai kita tak sedar duit mengalir keluar bak empangan pecah. Kachink ! Jangan sampai tertipu sudah. Aku pernah sekali online shopping. Tuu pun sebab free guna voucher. Kekeke Anyway, aku muntah hijau dengan orang jual pil... Tut tut tut. Rileks rileks jer jual secara terbuka kat internet. Dak dak kecik macam aku pun TER-baca dan TER-tengok benda yang tak sepatutnya... Iskh --'

Ketagihan Bahan Lucah atau Pornografi

Biasalah kan. Penggunaan internet adalah sangat meluas. Semua benda pun boleh search kat internet. Termasuklah bahan bahan yang tidak sepatutnya. Nie ketagihan paling serius dan kronik rasanya. Sampaikan blog aku pun turut terlibat sama.


Kuikuikui --'

Friday, 17 July 2015

Raya :)

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Duit raya? XD

Updated : Sorry. Picture has been removed -

Anyway, hari nie balik kampung sebelah bapak kejap. Tak jauh. Pakai moto ambik masa 1 jam jer. Aku bawak mak and Sera. Juha bawak Nas. Bapak bawak Eri. 3 buah moto. Cun. Sepanjang perjalanan dapat rasa suasana raya sebab ramai yang bawak moto, bawak keta pakai baju melayu or baju kurung. Uhuk. Tak sangka raya tahun nie ramai yang kaler ungu. Ungu biru ungu biru atau yang sewaktu dengannya XD

Dah sampai !

Tunggu perahu tambang nak gi seberang.

Nampak tak dia bawak apa? :)

Dalam perahu

Dah sampai :)

Pintu gerbang :)

Tengah hari balik semula ke Saratok. Takleh lama lama kat kampung sebab kek, biskut, air, apa semua belum sedia lagi kat rumah. Angkut Mijal dengan Haikal bawak balik Saratok XD Haha

Can ya spot Serafina? XD

Sepupu aku belah bapak semua kecik kecik. Sungguh bosan jadi cucu sulung. Asal balik kampung jer takde geng. Nak geng dengan makcik, aku rasa aku nie tak matang. Kalau tak matang, main aa ngan budak budak kan. Hurm, nak main ngan budak budak, aku rasa aku bukan budak budak. Tapi aku tak matang. Tapi aku bukan budak budak. Apa aku merepek nie.

" Sera, kita ambik gambar jom "

" Taknak ! "

" Kalau macam tuu, Sera ambik gambar akak boleh? "

" Sini ! "

" Tekan jer mana mana kat skrin tuu, okey "

*Snap...

" Dah ke? Sini akak tengok "

" Nah "
.
.
.
.
.
.
.


Okey --'

Wednesday, 15 July 2015

Resepi Kek Lapis Tembikai Madu - Mudah dan Sedap

Assalamualaikum.

Wah, tajuk bukan main komersial XD Kek Lapis Tembikai Madu merupakan salah satu kek yang wajib ada setiap kali menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sedap kek nie. Aku suka. Hehe So, aku nak share resepi yang entah dapat daripada siapa, aku dah lupa. Dapat daripada geng geng mak laa tuu.


Tahun bila entah aku tulis resepi nie XD Orang cakap kalau kertas resepi tuu nampak kotor kotor, tuu maksudnya kek tuu sodap. Kertas resepi aku bukan jer kotor, malah koyak rabak. Hahaha Uhuk. Sila imagine kesedapan kek ini.


Bahan bahan :

16 oz mentega
10 biji telur ayam
1 gelas gula halus
1 tin susu manis
1 tin seri kaya
1 botol kecil horlick
3 gelas tepung roti merry (roti merry yang telah dikisar)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh ovallete
3 sudu makan madu
1 sudu makan pandan paste
Pewarna hijau, kuning, merah - secukupnya
Bijan hitam - secukupnya (boleh digantikan dengan kismis)


Cara membuat :

#1 Pukul mentega dan gula sampai kembang.

#2 Masukkan telur satu persatu. Gaul rata. Masukkan susu,  seri kaya, horlick, dan madu. Gaul rata.

#3 Masukkan ovallete dan esen vanilla. Gaul rata.

#4 Masukkan tepung roti merry sampai habis. Gaul rata.

  

#5 Bahagikan adunan kepada 3 bahagian :

Bahagian A : Masukkan pewarna merah dan bijan hitam. Gaul rata.
Bahagian B : Masukkan pewarna hijau dan pandan paste. Gaul rata.
Bahagian C : Masukkan pewarna kuning. Gaul rata.


#6 Setiap bahagian dibahagikan lagi kepada empat bahagian.


#7 Bakar mengikut susunan warna di bawah :

Hijau - Hijau - Kuning - Kuning - Merah - Merah - Merah -
Merah - Kuning - Kuning - Hijau - Hijau


Nie kek ke empat dah siap untuk raya tahun nie. Lambat pulak buat kek dengan biskut untuk raya kali nie. Mak cakap esok dia nak buat Kek Evergreen pulak. Kek wajib jugak nie. Haha Aku pulak nak buat biskut lagi dan lagi. In shaa Allah.

K laa. Cuba jangan tak cuba. Sedap tau. Good luck ! :D

Updated :


Lupa nak upload gambar kek dah masak. Haha Yang merah tuu laa Kek Lapis Tembikai Madu. Hijau tuu Kek Evergreen. Kuning tuu Kek Dendy. Hitam tuu aku lupa laa. Sama ada Kek Belacan or Kek Hati Pari. Nie laa antara kek wajib ada kitorang setiap tahun :)

Sunday, 12 July 2015

Hitori Kakurenbo - Main Sembunyi Sembunyi dengan Anak Patung

Assalamualaikum.


Game Hitori Kakurenbo atau Hide and Seek Alone atau Hide and Go Seek Alone atau One Man Hide and Seek atau atau atau sangat popular di negara Jepun. Jepun lagi. Booo. Game nie kira macam kita main sembunyi sembunyi. Tapi kita main dengan patung. Maksudnya, kita cari patung and patung cari kita. Gittew. Biasanya guna patung binatang dua tangan dan kaki. As we can see, teddy bear?


TUJUAN :

1. Menyeru hantu dan setan. Yang nie ofkos laa kan.
2. Menyeru semangat bumi.
3. Menyeru semangat dendam seseorang terhadap kita.
4. Mencipta imej diri sendiri.
5. Dan sebagainya.

p/s : Semangat yang telah di seru inilah yang akan masuk ke dalam badan patung tersebut. Maksudnya, patung yang digunakan akan menjadi "badan" kepada semangat tersebut.


PERALATAN :

1. Patung
2. Beras
3. Gunting
4. Kuku
5. Jarum
6. Benang merah
7. Pisau
8. Besen, tab mandi, sinki, atau apa apa jer.
9. Segelas air garam


CARA PERMAINAN :

Belah perut patung. Keluarkan kapas dalam perut dan gantikan dengan beras. Masukkan kuku jugak. Jahit semula dengan benang merah. Lebihan benang digunakan untuk mengikat dan membelit patung. Benang merah ini mewakili salur darah dan ia juga bertujuan untuk mengikat semangat yang ada di dalam patung. Berikan nama pada patung. Cipta nama sendiri. Jangan guna nama orang lain. Pastikan kita sendirian di rumah. Bahaya kalau ada orang lain sebab berkemungkinan orang lain pulak kena.

There is the possibility that they will be “found” instead of you. And something terrible will happen to them. You must be alone in the house when you play.
- Horror News -

Tunggu hingga hari gelap. Ramai berpendapat jam 03:00 pagi merupakan waktu yang sesuai. Kalau dah ready, isi besen dengan air. Tutup segala lampu, tingkap, dan pintu. Biarkan TV terpasang tidak jauh dari tempat kita nak sembunyi nanti. Sebab kita boleh nampak apa yang patung tuu buat melalui TV. Katanya laa.

Berdiri berdekatan besen, pegang patung, dan sebut " (Nama kita sendiri), yang pertama " Sebut 3 kali. Pastu lepaskan patung ke dalam besen. Pegi ke bilik berlainan dan kira 1 sampai 10. Balik semula ke tempat besen tadi dan cakap " (Nama patung), aku menemukanmu " Tikam patung guna pisau dan cakap " Sekarang giliran (nama patung) " Ucap 3 kali. Lepaskan semula patung ke dalam besen bersama pisau. Cepat cepat sembunyi sambil bawak air garam.

Closets make excellent hiding places. So let’s say you’re in the closet.
You remain there waiting and listening. All sorts of strange things are said to happen.
Apart from sounds (footsteps and things being moved around) people have reported horrible smells, changes in temperature, and having the TV suddenly switch off or the volume change dramaticallySome reported the sensation of being touched or pulled on, others said that their household pets freaked out (cowered or cried out).
Whatever happens, stay hidden for as long as you can or until sunrise.
- Horror News -

Jika kita merasakan kehadiran patung semakin dekat, masukkan separuh air garam ke dalam mulut. Tapi jangan telan. Pastu carik laa kat mana patung tuu. Biasanya patung tuu dah takde kat tempat kita letak tadi. Kalau dah jumpa, tuang lebihan air garam ke atasnya pastu sembur dengan air garam dalam mulut kita tadi. Katakan " Aku menang " sebanyak 3 kali. Lepas tuu cepat cepat buang benang, jahitan, dan belitan pada patung. Keringkan patung dan bakar dengan segera. Bakar sampai takde sisa. Kalau tak bakar betul betul, patung tuu mungkin tak kacau kita dah. Tapi, semangat itu masih ada.


VIDEO :

1/ So... I Played Hide and Seek Alone
2/ Hitori Kakurenbo
3/ Malas nak cari lagi. Booo.

p/s : Berdasarkan kepada beberapa komen yang aku baca, sampai sekarang pun masih ada antara mereka yang main game nie tak jumpa semula patung tuu. Kalau laa betul, ofkos laa rasa tak senang duduk kan?


MOVIE :

Hitori Kakurenbo Gekijo - Ban atau Hide Go Kill arahan Yasafumi Yamada. Dikeluarkan pada tahun 2009 dan telah menjadi fenomena. Kalau movie nie tahun 2009, maksudnya game nie dah lama wujud.


KESIMPULAN :

Betul ke tidak, wallahualam. Dalam Islam, menyimpan patung di dalam rumah memang sudah tidak digalakkan. Apatah lagi untuk tujuan tujuan sebegini. Dan yang paling penting, jangan sesekali khurafat, syirik menyekutukan Allah. Nauzubillah.

There is really no way to know.
That’s why so many people would advise you not to play Hitori Kakurenbo
Black Cat Loki -

Kalau nak main sembunyi sembunyi, lebih baik ajak adik beradik atau isteri atau suami atau kawan atau jiran atau atau atau. Ofkos laa feel dia tak sama kan. Tapi okey laa, boleh mengeratkan ukhwah sesama manusia. Hidup ini tidak sunyi pun. Ramai manusia di sekeliling kita. Dan menyayangi kita. Raya dah dekat. Ingatlah orang tersayang. Eheh.


DISCLAIMER :

1/ Entry ini bukan berdasarkan pengalaman aku. Kesahihan game ini tidak dapat dipastikan sebab aku dapat maklumat melalui bahan bacaan dan tontonan semata mata. Takde secara live or crystal clear. Sekadar pengetahuan. Jangan ambil risiko.

2/ Aku takkan bertanggungjawab atas kerosakan patung korang yang mahal tuu. Dan aku jugak taknak bertanggungjawab kalau korang tengok muka patung korang tetiba berubah malam nie. Ngeeehihihihihihi ~~~ Takut tak takut tak XD


CREDIT :

Tuesday, 7 July 2015

Thanks Blogger Ejulz XD

Assalamualaikum.

Yeay yeay. Aku lupa tahun bila last aku dapat kad raya and bagi kad raya. Kekeke Tadi posmen datang rumah membawa berita gembira. Alhamdulillah.

Tadaaa !!
Pfft. Gambar blur --'

Thank you Bro Ejulz. Kreatif. Anyway, big thanks and Selamat Hari Raya ! (sik lamak gik) :D

Night.

Friday, 3 July 2015

Dia Belum Sampai

p/s : Entry ini sedikit berhantu. Baca jer walau anda penakut. Sebab bulan Ramadhan nie hantu takde. Kena ikat. Hahahambar Lepas puasa nanti tanggung sendiri XD

Assalamualaikum.

Updated : Sorry. Picture has been removed -

Straight to the point. Kisah masa aku Form 3. Tahun 2010. Masa tuu aku pegi sekolah pakai basikal lagi. Hehe Kelas aku Tingkatan 3 Dedikasi, kat tingkat paling atas iaitu tingkat tiga and paling hujung.

Pada suatu pagi yang sangat suram sampai masuk World Book of Records, aku pegi sekolah macam biasa. Suasana kat sekolah pun masih sunyi sebab belum ramai pelajar datang. Kira kira jam 6 pagi ++ macam tuu. Biasalah, budak baik macam aku selalu datang awal. Ahaks. Masa aku jalan kat ground floor tuu, aku dengar macam suara Farah sayup sayup panggil nama aku dari belakang.

" Elina... "

Aku toleh belakang. Takde sapa sapa. Aku tak fikir apa laa. Sebab perkara macam tuu selalu berlaku. Mainan perasaan jer kot. Aku pun terus naik tingkat atas. Masa sampai depan kelas, aku nampak Tracy sedang menyapu sampah depan pintu. Aku senyum and tegur dia.

" Hai, Tracy "

Oh, peramah jugak aku nie walaupun pemalu. Kekeke Aku tengok dalam kelas, memang belum ramai pelajar yang datang. Masa aku nak melangkah masuk, aku nampak Farah buat muka eksaited sambil angkat kedua dua belah tangan.

" Elina... Elina dah sampai ! "

Tersengih sengih aku masuk dan pegi ke tempat duduk aku. Keadaan dalam kelas masa tuu...

Memang meja dalam kelas tuu berterabur.
Bukan aku yang tak pandai melukis.
*cover*

Kisahnya... Masa aku melintas tempat duduk Erisa, aku nampak dia tengah pandang papan putih. Mata dia tak berkelip sikit pun. Riak muka dia macam tak puas hati. Pastu dia langsung tak tegur aku. Pandang pun tak. Aik, apasal pulak nie? Takkan bertikam lidah dengan Farah lagi kot? Pfft.

So, aku berbelah bahagi nak tegur ke tak, nak tegur ke tak. Last last aku buat taktau jer laa. Aku pegi tempat duduk aku. Aku sempat tegur Adha. Oh ye, meja sebelah aku tuu meja Jeyna. Adha duduk situ sebab nak ambik angin kejap. Biasalah chuolls, tempat duduk aku mesti ada kipas. Haha

Aku letak buku yang aku bawak atas meja. Pastu aku letak beg and terus duduk. Farah pulak segera menukar posisi. Dia duduk menghadap aku. Kami pun borak borak. Tak lama pastu Farah keluarkan roti dan share dengan aku. Aku ambik aa.

" Adha, nak? "

Adha menggeleng. Seketika, mata aku tertumpu pada Erisa. Dia masih leka memandang papan putih. Kenapa Farah tak share roti dengan Erisa jugak eyh? Nampaknya memang betul laa diorang bergaduh. Tapi aku tak berani nak persoalkan. Kang ada pulak yang mengamuk awal pagi.

Aku ambik buku atas meja pastu aku tundukkan kepala sikit sebab nak letak buku dalam laci. Masa aku angkat kepala aku semula, aku nampak Erisa dah takde. Beg pun takde. Kerusi dia kemas jer bawah meja. Aku diam jap. Laju pulak dia menghilang eyh? Aku letak buku dalam laci tak sampai 1 minit pun rasanya. Pelik. Aku tanya aa kat Farah.

" Kau dengan Erisa bergaduh ke? "

Farah buat muka blur. Aku tanya lagi.

" Erisa pegi mana? "

" Dia belum sampai laa "

Aku terdiam. Main main ke apa Farah nie. Bukan yang kat situ tadi Erisa ke? Aku pun bagitau laa yang aku ada nampak Erisa. Memang aku nampak pun. Farah pulak mati mati cakap Erisa belum sampai. Berbalah jap. Aku cakap ada, Farah dan Adha pulak cakap takde.

OMG.

Beberapa minit pastu aku nampak Erisa melangkah masuk dengan senyuman. Siap bawak beg sekolah lagi. Memang sah Erisa baru sampai. Bila aku ingat ingat balik, bukankah masa Farah tegur aku sambil angkat tangan tuu takde sapa sapa kat sebelah dia?

Big gulp.

Masa tuu betapa meremangnya segala bulu takyah cita aa. Lebih lebih lagi masa aku bagitau aku nampak "Erisa" tuu, takde sapa nak percaya cerita aku sebab ingat aku saja nak prank diorang. Wuwuwu Ke aku yang kena prank nie? Huhu So, tiap hari laa aku ungkit pasal tuu sampailah diorang percaya akhirnya.

Disebabkan aku minat layan kisah seram, inilah antara kenangan paling best zaman persekolahan selain beberapa kali melihat budak histeria. Bila alami sendiri memang padan muka --' Pfft. Kalaulah aku tegur "Erisa" masa tuu... Anyway, Erisa dah kawen and dah ada anak dah pun. Comel macam mak dia jugak. Alhamdulillah.

Apa apa pun, aku cuma harap itu bukan petanda iman ku semakin goyah.

Thanks for reading.