Tuesday, 30 June 2015

Aku yang Masih Belasan Tahun

Assalamualaikum?

Hari nie last kau berada dalam lingkungan belasan tahun. Nampaknya, masa bergerak begitu pantas walau 24 jam 1 saat sekalipun. Umur "puluhan" yang akan kau lalui lepas nie tidak sama dengan umur se"puluh" tahun yang pernah kau lalui dulu. Apa apa pun, good luck and have a nice journey !

Dan semoga nanti kau jadi lebih baik dalam semua sudut. Baik sikit pun takpe. Janji baik. Tak buat jahat pun dah kira baik. Dan tabah. Dan ikhlas. Dan bersyukur. Dan dan dan... Jangan malas malas. Dan jangan nak diam sangat. Belajar laa berkomunikasi. Menyusahkan betul lah kau.


Bye bye, teen...

Daripada,
Aku yang masih belasan tahun.

Thursday, 25 June 2015

Off to Sarikei

Assalamualaikum.

Sepatutnya Juha yang ikut bapak pegi Sarikei. Sebab dia nak beli buku buku SPM. Mungkin sebab puasa and cuaca panas, dia berbelah bahagi nak ikut ke tak. So, aku offer biar aku jer ikut bapak XD Kekeke

Hari nie bapak yang ride. Kalau aku yang bawak moto pastu bapak bonceng, nampak macam buang tabiat laa pulak anak beranak XD Jom.

Area Bukit Sebangkoi.
Nie antara kawasan panas. Dan keras. Entah?

Ladang Kelulut di tepi jalan.
Madu kelulut mahal ke?
Banyak pulak pengusaha kelulut sekarang nie.

Bandar Sarikei di hadapan :)

Taman Tasik Sarikei.
Tak pernah lagi masuk sini.

Uhuuu, selamat datang ke Bandar Sarikei !

Kawan kawan, sila spot bapak nanas !
Mercu tanda Sarikei nie. Haha

Terminal Bas Sarikei.

Park here.
Moto tinggal. Kita jalan kaki.

Sampai jer kat Sarikei, terus pegi Anthonian. Aku tak pasti aa ada kedai buku lain ke kat Sarikei nie? Aku biasanya pegi sini kalau nak cari buku XD Takpun ke Sibu.

Anthonian (tingkat atas)
Aku suka bahagian nie sebab banyak barang DIY haha

Pastu pegi carik barang keperluan bapak pulak. Bekas spray apa ntah nama dia. Tak pasti.

Jalan punya jalan nampak tokey angkat ikan besa maa.

Jom mandi XD



Dah jumpa kedai, aku tunggu kat luar jer. Cuci mata. Tetiba nampak Souvenirs House kat sebelah.

 
 
Souvenirs House, Sarikei

Bapak cakap, kat kedai nie aa Sera selalu beli kura kura kecik tuu. Aku teringin nak masuk sementara tunggu bapak. Tapi cuaca panas aa. Kang ada pulak yang pengsan dalam tuu. Pfft. Lain kali aku mesti masuk ! [ Facebook : Souvenir House ]

Sebelum balik, carik buah buahan dulu. Kekeke XD Selesai apa semua, balik aa. Aku rasa macam nak pitam dah. Haha Dengan cuaca panasnya. Perit tekak. Fuh.

Kurma nie nampak macam manis gila.
Aku tak beli XD

Saratok ke Sarikei ambik masa lebih 1 jam. Saratok ke Sibu pulak dalam 2 jam macam tuu. Kalau pakai moto aa. Bergantung pada kelajuan. Bapak aku boleh tahan lajunya. Tuu yang gambar tuu senget senget mereng mereng jer aku snap. Kahkahkah XD

Good bye, Sarikei. Lain kali aku datang lagi. In shaa Allah.

Sunday, 21 June 2015

Makan Jer. Saya Pun Puasa Jugak !

Assalamualaikum.

Sera pulang semula ke rumah setelah menghabiskan RM1 di kedai. Tak jauh pun. Kedai belakang rumah jer. Dan di tangannya terdapat seplastik kecil makanan ringan.

Sera : Nah, Abang Nas *menghulurkan gula gula kepada Nas yang sedang tidur di sudut rumah

Nas : *tiada respon

Sera : Taknak tak payah !

Eri : Abang Nas tido laa, Sera.

Sera : Nah, bang *menghulurkan gula gula kepada Eri

Eri : Tak boleh laa. Abang puasa nie.

Sera : Takpe. Makan jer. Saya pun puasa jugak !

Big GULP ! -..-

Kahkahkah. Adik mithali. Tersengih sengih aku menyambung sesi menjahit baju raya. Otak pulak ligat berfikir apakah makna puasa bagi kanak kanak yang belum genap usianya 5 tahun.


Night XD

p/s : Buang tabiat hari nie. Tetiba join Segmen & GA. Kekeke Manalah tauuu :P

Thursday, 18 June 2015

Ramadhan Tiba

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Tahun nie Allah masih bagi peluang kepada aku untuk menyambut Ramadhan bersama keluarga. Bapak, mak, aku, Juha, Eri, Nas, and Sera. Perfect ! 

" Seronok puasa bersama macam nie. Kalau ada yang jauh, mesti terkenang kenang " - Mak

Sob sob T_T Aku kan dah habis sekolah. Lepas nie besar kemungkinan aku akan berjauhan daripada keluarga. Oh tidak. Taknak fikir :'(

- Updated : Sorry. Picture has been removed -

And alhamdulillah, dak abangs berjaya puasa penuh hari nie. Bagus bagus. Keep it up ye. Bak kata bapak, dah berkhatan takde alasan taknak puasa :P

Sempat jugak kami pegi bazaar petang tadi. Melayu, Iban, Cina, semua ada. Omputeh pun ada dua tiga orang aku tengok. Sesak. Panas. Hilang semangat aku nak ambik gambar pemandangan kat bazaar -..-

Mak pulak dah ingatkan aku supaya pegi jahit baju raya cepat cepat. Kang kalau lambat tokey Cina kat pasar taknak terima dah tempahan jahit sisi. Huhu. Mak, beli laa mesin jahit sisi sebuah. Wink wink ~

Salam Ramadhan.

Saturday, 13 June 2015

It's Been Said and Done

Assalamualaikum.

Setelah beberapa hari buat persediaan, surat jemputan pun dah hantar, akhirnya tibalah hari yang ditunggu tunggu. Dan hari yang ditunggu tunggu itu adalah sangat penat. Takpe. Yang penting meriah :)

Ngah Teh dari Sibu and family Yak Jiah dari kampung pun balik sini pagi tadi nak bantu masak masak apa semua. Sudah semestinya sedap. Family nie semua terer memasak. Tapi apasal ke-terer-an tuu tak turun kat aku eyh? lololololol




Rumah kami takdelah besar mana. Kalau tunggu rumah besar baru nak buat kenduri memang sampai bila bila aa takkan buat XD So, kena pakai tingkat atas jugak. Yang muda muda pegi atas. Yang dah tak larat naik tangga dok bawah laa ye. Yang pompuan dipersilakan berhimpit di dapur. Kekeke

Kantoi suka conteng dinding XD

Start jam 4.30 petang. Lepas baca baca apa semua, dah boleh menjamu selera. Dalam jam 5 petang macam tuu aa. Dengan menunya.. Air Sunquick, kari ayam (wajib ada), daging masak hitam (apa entah nama dia), sayur kacang hijau + daging ayam, sayur campur, acar (taktau aa nama dalam BM), dan menu paling panas... UDANG ! Haha Fresh lagi XD

Tak sanggup nak upload gambar udang.
Nanti korang teringin kang susah pulak XD
Upload gambar air mineral jer k.
Hahahambar !

Apa apa pun, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Keja pun dah beres (lah sangat). Esok sambung lap lap, susun susun, simpan simpan. In shaa Allah. Lepas tuu bersiap sedia menunggu kehadiran Ramadhan. Tak sabarnya. Tak sabarnyaaa :)

K lah. Nak rehat.

Thursday, 11 June 2015

Can't Wait XD

Assalamualaikum.

Emak dan bapak merancang nak buat kenduri hujung minggu nie. Pestime buat kenduri kat rumah sendiri. Alhamdulillah. Selalunya tumpang sekaki kenduri kat rumah maknek jer. So, kalau buat kenduri kat rumah sendiri nie sudah semestinya double triple eksited

(Uhuks, ekceli nie kali kedua. Pestime masa rumah siap dibina. Tapi masa tuu aku kecik lagi. Kekeke)

Nie nak buat kenduri sebab dak abangs dah berkhatan hari tuu. Kebetulan pulak dah nak masuk Ramadhan. Buat laa sempena Ramadhan jugak. In shaa Allah, semoga tiada aral melintang.

Hampir 3/4 barang keperluan dah beli.
Bakul moto tak muat XD

Padi pun dah jemur.
Dah masuk mesin.
Dah jadi beras :D

Surat jemputan pun dah.
Simple.

Updated : Sorry. Picture has been removed -

Tak sabarnyaaa. Kekeke Esok dah start potong potong, kemas kemas, apa semua. Semoga semuanya berjalan lancar. In shaa Allah, Amin :D

Pssst. Ada petua hilangkan sunburn tak? XD

Tuesday, 2 June 2015

Ya, sure. I do have ABANGs :P

Assalamualaikum !

Aku sebagai kakak sulung, entah mengapa dari dulu dulu lagi aku rasa macam naaaaak sangat ada ABANG :D Sorang pun jadi laa. Walaupun orang yang ada abang selalu cakap "Eh, ada abang tak best". And oh, mustahil emak mampu melahirkan seorang abang buat aku --'

Tapi hari ini dak abang dah jadi Abang Besar :D Kahkahkah. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Yokkkkk, berkhatan :P

Maka... Start laa bapak bapak, pakcik pakcik, serta jiran tetangga bukak cerita pasal kenangan diorang berkhatan pada zaman dahulu kala. Errghhhhhhhh.. Tut tut tuuuttt..?

Anyway, cepat cepat laa korang membesar dan menjadi tinggi lalu bertambah hengsem dengan suara yang macho OMG OMG OMG.

Penunggu kecik bawah meja.
Nak pastikan takde nyamuk gigit kaki abang katanya.
Seram jer akak tengok -..-

Uwuwuwu Mak just toooooooo worried. Same goes to me. Uhuk uhukkk. Semoga cepat sembuh ABANG ABANG ku :D

Night.