Wednesday, 27 May 2015

Sembilan Minit Temuduga

Assalamualaikum !

Ini kisah temuduga yang paling menyayat hati di dunia --'

Masa sampai kat tangga terakhir, aku nampak sorang dak laki jalan mundar mandir depan pintu. Nampak macam nerves. Kekekeke Anyway, smart + tinggi = sungguh kacak dan bergaya. Seketika, kami saling berpandangan. Aku senyum, dia pun senyum. Dup dap dup dap. Inikah yang dinamakan...

Dia : Interviu ke?
Aku : A'ah.
Dia : Interviu kat dalam.
Aku : (Angguk kepala dan masuk ke dalam)

Dan, ya ! Inilah yang dinamakan... INTERVIEW. Hahahaha T_T Ramai pulak calon kali nie. Masa aku sampai, calon ada 3 lelaki 4 pompuan termasuk aku. Semuanya nampak macam sebaya aku jer. Atau mungkin juga lebih muda. Ditambah pulak dengan kehadiran mak, bapak, pakcik, makcik, gelpren, boipren, etc. Makin meriah aa. Tak macam tahun lepas.

Updated : Sorry. Picture has been removed -

Sorang demi sorang masuk. Aku kira berapa minit diorang kat dalam tuu. Ada yang 10 minit. Ada yang 11 minit. Aku heran aa. Apasal cepat sangat diorang nie interviu. Pastu semua keluar dengan muka tersengih sengih macam kerang busuk. Kena reject ke apa nie? Habislahhhhhhhhhhhhhhhhh aku...

Bilik C menunggu... Huhu

Ting !! No 21 terpapar kat skrin. Giliran aku ~ Aku ketuk pintu dan masuk dengan senyuman. Aku nampak sorang laki, sorang pompuan. Then aku ucap selamat petang. Dua dua ramah. Alhamdulillah :) Aku pun tutup pintu, bagi fail dan resume kat diorang, dan tunggu diorang suruh duduk.

Cik ke Puan?
Cik :)

Perkenalkan diri?
Okey, terima kasih. Saya bla bla bla. Saya berumur 20 tahun dan berasal dari Saratok. Saya datang sini tadi pakai motosikal dengan mak saya (Sebut pasal moto pulak dah. Memang loyar buruk aku nie)


Saratok ke Sibu berapa jam?
(Okey, mereka tertarik dengan loyar buruk aku kekeke) Dalam dua jam macam tuu aa. Tadi pun ada masalah sikit. Saya terpaksa masuk bahagian Sarikei carik bengkel sebab moto rosak dalam perjalanan.

Tersadai tepi jalan
Betul betul kat traffic light persimpangan Sarikei - Sibu --'

Moto dah okey?
Dah, alhamdulillah. Rosak sikit jer.

Dak dak bengkel nie baiki.
Diorang tak kenakan bayaran sebab rosak sikit jer katanya.

Apa yang rosak?
Maaf, tak pasti. Tapi takdelah teruk sangat.

Teruskan...
Saya anak sulung daripada lima orang adik beradik. Adik saya bla bla bla. Updated ! Banyak sangat info peribadi pasal aku kat sini. Sorry.

Tinggi berapa?
Aku jawab 156 cm. Dia pun cakap... Bukan apa. Saya tanya nie sebab kelasakan awak. Awak nie lasak tau. Sebab awak boleh bawak moto kat jalan trafik. Kalau tengok dalam peta, Saratok ke Sibu bukannya dekat. Sebab tuu saya tanya. Kalau awak cukup tinggi, awak boleh mintak jadi polis... (Ofkos laa saya tak layak, encik --' Huhu Anyway, apasal tetiba sebut pasal polis nie? Nie mesti sebab dalam sijil saya berlambak perkataan Kadet Polis kan? Kekeke #gelaksopan)

Pakai moto apa?
Masa nie aku taktau laa anak syaitoon mana sekat ingatan aku sampai aku boleh lupa nama moto yang aku pakai. Aku cuma ingat Honda jer. Haha Dia tanya lagi... Pakai Honda EX ke? Apa nama dia eyh? EX... EX... EX5 kan? Haa, Honda EX5 ! Awak pakai Honda EX5 ke? Sebab budak rempit selalu pakai EX5 (Amboiiiiiiiiii. Saya tak merempit, encik. Saya datang nie dengan niat yang baik baik saja)

Bapak keja apa?
Bapak saya nelayan. Mak suri rumah.

Ada lesen?
Ada. Alhamdulillah (Muahaha)

Habis sekolah memang banyak masa lapang. Buat apa?
Habis jer sekolah saya pegi cari keja. Tapi takde keja. Jadi saya dok umah buat apa yang patut. Kalau memang masa tuu terluang sangat, saya bukak laptop. Saya nie suka menulis. Sekarang dah moden kan. Jadi, taip taip jer laa. Hehe

Tulis apa? Sajak? Cerita?
Kira macam tuu laa. Tapi, tuu pun kalau saya betul betul ada masa lapang.

Betul ke awak ada adik nak UPSR dan SPM nie?
Ya. Betul, betul. (Muka aku nie muka tak jujur ke?)

Pandai masak?
Masak? Boleh laaaaaa. Hehehehe (Tersengih sengih diorang dengar jawapan aku)

Nie kali ke berapa temuduga?
Kali kedua. Tahun lepas ada jugak. Kat sini jugak untuk jawatan yang sama - bila difikir fikir balik, jawapan aku yang nie macam membunuh sikit.

Updated : Sorry. Picture has been removed -

Skop kerja?
Pada pengetahuan saya, pembantu tadbir nie... Dia menjalankan tugas perkeranian dan operasi. Seperti pengurusan pejabat, fail fail, buat dokumen rasmi, dan sebagainya. (Nampaknya mereka tidak gembira dengan jawapan sayaaaaaaaaaa. Saya sendiri juga malu dengan jawapan sendiri. Kbye)

Ada buat research sendiri?
Alamakkkkkkkkkkk aiii. Apasal aku tak terfikir eyh? OMG ! Kalau aku jawab 'ada' kang dia tanya soalan bukan bukan pulak. So, aku jawab laa 'takde'. Dia pun... Takde? Awak tau tak, tuu maksudnya awak tak ambik berat pasal nie. Awak tak bersedia. Betul tak? (Dummmmmmm !! Perkataan TAK AMBIK BERAT dan TAK BERSEDIA itu membuatkan aku rasa seperti dipijak, disepak, ditendang, diterajang, dan sebagainya yang berkaitan dengan kaki) Awak sepatutnya pegi buat research kat balai polis ke, pejabat daerah ke, sekolah ke, hospital ke, kat mana mana jer laa. Awak tanya laa kerani kat sana, macam mana keja seorang kerani. Awak nie membaca kat internet jer kan? Nie mesti Google jer. Tahun lepas pun saya rasa mesti awak bagi jawapan sama jugak kan? Kalau boleh pegi buat research sendiri. Tanya. Bagitau yang awak nak temuduga. Mintak tolong diorang. Kelmarin hari apa eyh? Selasa kan? Haa, awak boleh jer pegi balai ke, hospital ke, sekolah ke, untuk bertanya. Keja nie perlukan komunikasi. Jangan percaya sangat dengan Google tuu. Menipu tuu. Awak tau tak. Dulu saya cari satu bangunan. Saya search Google. Bangunan tuu kat lain, tapi Google cakap kat lain. Akhirnya saya sesat.

Encik itu meneruskan tegurannya dan menyatakan bahawa aku nie tak bersedia. Alamak, sedihnyaaaaaaaaaaaaaaaa !! Encik, jangan laa cakap saya tak bersedia :'( Maksudnya persediaan aku sebelum nie tak cukup laa?? Sia sia laa?? Tapi sepanjang dia tegur tuu aku senyum jer. Sambil angguk angguk kepala tanda paham dan menerima teguran itu dengan hati terbuka. Hahaha :'(

Lepas tuu temuduga pun selesai. Wuwuuuuuuuuuuuuuuuu. Cepatnya T_T Soalan lain mana. Tentang isu semasa ke, nama menteri ke, kelebihan ke, kelemahan ke, peranan SPA ke, apa ke... Takde ke? So, aku kena reject ke apa nie?

Ada apa apa soalan?
Aku yang sudah lemah longlai mengatakan bahawa aku takde soalan. Hahaha Tak tak tak. Aku tak marah or kecik hati ke apa. Hehehe (Yelah tuu)

Aku pun bangun, ambik semula fail, then ucap terima kasih. Puan tuu sempat pesan bawak moto jangan laju laju. Hehe In shaa Allah, puan. And, aku pun keluar dengan tertib. Tengok jam... Sembilan minit berlalu.

What !?

Pssst. Jadi, POINT UTAMA nya di sini adalah, SILA BUAT RESEARCH SENDIRI. (Aku search Google takde sapa pun bagitau pasal nie and aku sendiri pun apasal laa tak terfikir? T_T). Sebagai contoh, kalau dapat interbiu kerja kerani, sila jumpa mana mana kerani and tanya apa apa jer yang patut ditanya.

Okey?

Tuesday, 26 May 2015

Persiapan Temuduga

Assalamualaikum !

Petang kelmarin dapat berita moyang dah meninggal. So, pepagi lagi aku rempit balik kampung untuk ziarah. Cuaca hujan + petir. Pening laa macam nie. Kbye.


Setakat nie persediaan untuk temuduga esok, semuanya okey. Alhamdulillah. Cuma... Persediaan mental nie tak berapa nak cukup. Wuhuhu. Scaryyy.

  • Resume
  • Segala sijil original + potostet
  • Surat panggilan temuduga
  • Baju kurung + tudung + kasut

Pastu... Mental collapse kejap. Jalan licin + masalah teknikal. Aku excident lepas potostet apa semua petang tadi. Lololololol. Habis lebam laa tapak tangan dengan lutut akibat terseret beberapa sentimeter -..- Ehehe ~ Lutut lebam teruk. Nasib baik tapak tangan lebam sikit jer T_T

Can ya see --'

Entah laa. Aku rasa peluang aku untuk berjaya adalah sangat tipis. Tapi... Tiap hari aku suruh mak cium dahi and doakan aku berjaya. Kahkahkah. Adakah aku seorang yang mengadew ngadew?? Maybe.


Uhuhu Nak rehat. Esok rempit lagi. Harap esok lutut dah tak sakit sangat. Aku hanya mampu berdoa supaya ada hikmah di sebalik semua nie. Amin, in shaa Allah.

Goodluck !!

Sunday, 24 May 2015

Permudahkanlah

Assalamualaikum !

Yeayy, hari nie merempit pakai jaket baru. RM15 jer beli kat Sibu hari tuu. Haha Sungguh murah, selesa, dan bergaya :P

Anyway, ini bukanlah masa untuk bergembira. Sebab tadi balik kampung sebelah bapak. Ziarah emak kepada paknek = moyang? Moyang laa kot? Moyang laa eyh. Dia tenat dah T_T

Jalan kat Sungai Baloh dah cantik.
Takde jalan batu batu dah.
Kalau masih batu batu takde nya aku nak pakai jalan nie.
Trauma jatuh moto elak lopak besar kat sini :P

Pegi kampung paknek kena menyeberang sungai.
Pakai perahu tambang laa.
Apa kau expect aku berenang pakai cawat?

Sampai sampai jer kat rumah, rumah penuh dengan jiran tetangga dan sanak saudara. Aku tengok moyang terbaring kat satu sudut. Mata pejam sepanjang masa. Nafas jer turun naik. Ya Allah. Taktau nak cakap pe. Entah aa. Dia tak menghidap pape penyakit pun. So, memang sakit tua laa kot.

Lepas buat apa apa yang patut, kami bergerak balik ke Saratok semula. Aku kena cepat. Nak siapkan stuff untuk interviu. Kuikuikui

Tunggu perahu tambang ~

Aku tak mampu buat pape. Aku cuma mampu berdoa supaya Allah kurangkan ujian buat dia. Kalau dah tiba masanya, ambillah semula. Permudahkanlah. Amin.

Sempat gak singgah beli jajan kat Roban :)

K lah. Lepas nie nak fokus untuk temuduga. Hari nie 24 Mei birthday mak tercinta muah muah, eheks. Esok 25, 26, 27. Tak lama lagi laa --' Dup dap dup dap. Nerves ada, teruja pun ada. Semoga urusan aku juga dipermudahkan. Amin, in shaa Allah :D

Aik, mana sijil SPM aku nie !!

Tuesday, 19 May 2015

Panggilan Temuduga SPA :D

Assalamualaikum !

Lulus jer exam online bulan lepas, aku sentiasa tertunggu tunggu panggilan daripada pihak SPA. Ahaha -..-



Alhamdulillah. Entah kenapa rasa teruja :D Hikhikhik ~

Ke Sibu lagi kekiter :P

Monday, 18 May 2015

Taklimat - Program IBI Dana Pendidikan Dr Hamzaid

Assalamualaikum.

Vrooommmm vroommmm. Kelmarin merempit ke Sibu bersama emak, bapak, Sera, dan Farah :) Dan cuaca sangatlah panas. Marilah kita bersama sama memanggang kulit -..-

Tak lama lagi tol akan dimansuhkan :)

Jambatan Lanang, Sibu.

Wisma Sanyan

MDS Mart - Tak pernah masuk sini

Rimbunan Hijau - 40 Years !

Kesan kebakaran besar besaran tuu

Pegi seberang kena naik feri :)

Macam biasa, kami bermalam kat rumah Ngah Teh kat sawmill. Kalau gi Sibu memang rumah Ngah Teh laa satu satunya tempat persinggahan kami. Huhu

Kilang kayu :)

Jam 0900 pagi tadi kami terus ke Hotel Tanah Mas. Pestime aku guna lif. Tak best langsung. Tetiba aku imagine pasal ghost prank. Kbye.

Updated : Sorry. Picture has been removed -

Nama encik yang bagi taklimat tuu, Cikgu Hashim. Dr Hamzaid pulak kat Sabah katanya. Oh, baru jer nak tengok macam mana muka Dr Hamzaid. Takpelah. Kittew search Google jer laa. Kekeke

Dalam surat cakap ada temuduga. Tapi Cikgu Hashim cakap dia bagi taklimat jer laa. Takyah temuduga apa semua. Dan kalau aku terpilih? Nampak macam best. Memang best pun. Tapi, entah aa. Huhu --'

Website : DrHamzaid | Program IBI
Facebook : Dana Pendidikan DrHamzaid

Pastu sempat gak singgah kat Pekan Sibu and aku TERbeli jaket. Ahaks. Merempit pakai jaket baru kekiter :P

Kbye.

Sunday, 10 May 2015

Farewell

Hai, saya dah balik !

Tamat sudah pengembaraan 23 hari kat Matu. Eh, pengembaraan? Melakukan aktiviti yang jarang dapat dilakukan bersama Aini merupakan sebuah anugerah (lah sangat) :P

Masih seperti dahulu :')

1) Layan Running Man + cita omputeh sampai lewat malam sambil melahap kuaci + masakan Aini

Novel seram memang santapan aku. Wahaha

2) Lepak and BBQ kat bengkel

Andak tukang buat api XD

Layan suasana senja depan bengkel

Malam :)

3) Berbasikal

Terbiasa pakai moto rasa macam bahaya lak takde side mirror --'

4) Merempit sekitar Matu


Best gillowww

Vrooom

Pestime rasanya masuk Kampung Sok :)

Pasar Matu :)

5) Lepak kat Pantai Kuala Matu



6) Memerahkan kuku malam malam + layan bola sepak

Tak rata --'

7) Jogging pepagi

Tudung haruslah Hello Kitty ye kawan kawan. Oh, kasut pinjam XD

Suasana pagi yang UMPHHHHH !! Such a nice view laa :)

8) Pegi Pesta Kaul, Mukah

Bersih jugak Mukah nie :)

Pestime jejak kaki kat Mukah. Mekah bila lagi? Kekeke

Jom ke tapak pesta :)

Babun termenung.

Sesak -..-

Bergayut pulak dah --'

9) Jalan jalan kat Daro

Cantik, kan ^^

10) Singgah Kolej Vokasional Sibu

Masa nak balik Saratok semula, sempat singgah kat Kolej Vokasional Sibu. Nak hantar kari ayam untuk Aida. Hehehe Tapi aku tunggu dalam kereta jer laa.

Pestime singgah sini :)

Nice view :)

Hope lain kali dapat balik Matu lagi. Alhamdulillah, Allah menjaga setiap langkah aku di sana. Family Wo sangatlah baik and pemurah. Dulu, kini, dan selamanya T_T Terima kasih. So, sudah tiba masanya untuk aku kembali ke pangkuan family tercinta !!


Farewell.
Allah knows when we shall meet again :'D
In shaa Allah.