Thursday, 17 December 2015

Staff, Supervisor, dan Lagu

Assalamualaikum.

Hey ! Hari nie mesin saya bersih, takde resit salah. Hehe Alhamdulillah. Then hari nie basah lagi gi keja, balik keja. Hujan pagi pagi sampai sekarang nie haa. Takde cara nak elak.

Berbalik kepada kisah lagu di supermarket. Dulu, supervisor (SP) pakai CD mainkan lagu entah pape. Macam yang aku penah bagitau, dia hanya bukak lagu Cina and instrumental. Sapa tak gila? Huffft. So, asal dia takde jer terus staff suruh tukar CD lain. Aku laa tukang tukar. Hahaha

Disebabkan dia dah bosan CD asyik ditukar (maybe), so dia guna pendrive lak. Grrr. Beberapa hari nie dah dia guna pendrive. So, tak dapat laa kitorang nak tukar tukar CD macam dulu. Tadi ada staff bawak pendrive sendiri. Diorang suruh aku tukar masa SP takde.

So, aku tukarlah. Masa SP sampai, dia tak perasan pasal lagu. Last last perasan gak masa dia suruh aku kuatkan volume. Dia cakap "Saya tengok". Aku pun terpaksa laa bagi ruang untuk dia tengok bawah kaunter. Alamak. Masa tuu laa dia tau tuu bukan pendrive dia. Huffft. Kantoi. Aku dah start risau, habislah. Hahaha

Then dia chaw gi mana entah. Tetiba dia datang balik. Masa tuu aku sorang kat kaunter. Yang lain jaga belakang. Ada gak yang gi ikat telur. Dia macam marah jer bagi isyarat suruh aku keluar dari kaunter. See, dia selalu guna isyarat tangan berbanding suara. Apakah. Tak sporting langsung.

Aku pun keluar dari kaunter. Dia lak masuk and tukar balik pendrive dia. Hahahahaha Nasib baik dia tak cakap pape. Cuma muka jer laa masam. Then masa dia chaw, staff suruh tukar balik. SP sampai, SP lak suruh aku tukar balik. Haih. Aku jugak laa yang jadi mangsa korang nie.

Tadi ada dua orang dak laki gi kaunter. Tanya masih ada keja kosong ke tak. Aku suruh laa jumpa SP. Dulu pun ada dua orang dak pompuan tanya benda sama. Hurm. Setakat nie staff ada 8 pompuan, 3 lelaki. Semua gila gila, kepala bertanduk. Btw, siapakah yang bakal menjadi mangsa SP seterusnya.

Wakaka.

p/s : Tengah ada pesta kat sini. Orang cakap meriah. Banyak stall jual barang. Aku taktau pape sebab guna jalan belakang. Lagipun, siang malam aku kat supermarket. Belum ada masa nak buat liputan langsung. Haha T.T

16 comments:

  1. Salam KTC , faham sangat kalau kerja supermarket ni memang tak de life , supermaket siang malam ...

    ReplyDelete
  2. terpaksa jadi orang tengah nih susah..tapi kenapa SP tuh poyo sangat..haha

    ReplyDelete
  3. Hahhaa SP dah biasa life macam tuu.. Hihi

    ReplyDelete
  4. Hahhaa SP dah biasa life macam tuu.. Hihi

    ReplyDelete
  5. huhu...sabo je lah yee dapat sp gitu

    ReplyDelete
  6. memang jadi org tengah susah. serba salah. hahaha

    ReplyDelete
  7. saboooooo jelah... btw selamat bekerja KTC.. :D

    ReplyDelete
  8. haha..kmk paham prasaan ktk,sbb pernah kerja dgn orang kdk SP ktk ya..seteresss sikit..

    ReplyDelete
  9. hahahaha kita baca pula geram dengan SP tu.. bhahaha

    ReplyDelete
  10. hahhahaha....supermarket kt dgn pej pos yo kah?? mek do g sio rio...ndak alah2 lagu cino...

    ReplyDelete
  11. bagus kene sumpit aje SP tuuh., hehe2

    ReplyDelete