Tuesday, 8 December 2015

Kisah Lawak Supermarket

Assalamualaikum.

Seronok keja supermarket sebab staff sangat baik and sporting. And seronok dapat berinteraksi dengan pelanggan. Tanya itu ini. Tapi, supervisor tuu laa masalahya. Segenap ruang aku pegi, ada jer staff kecik hati dengan dia. Aku pun dah mula kecik hati nie.

Lupakan. Hari nie ada kisah lawak sikit. Lawak bagi aku laa. Bagi korang belum tentu lawak. Aku kan seorang yang #mudahterhibur.

Kisah 1

Aku staff biasa jer. Keja aku angkut, susun, sapu, and tengok tengok pelanggan. Supermarket kan besar. Nama pun super-market. Masa tuu aku dok sorang sorang jaga bahagian belakang. Staff lain gi rehat. Kejap ramai, kejap sunyi. Masa orang ramai laa best. Aku paling suka ada budak kecik. Hahaha Semua sebut "Wauuuuuuuuuuuuu" bila tengok mainan. Mata lak bersinar sinar. Haha Damn kiut.

Aku lak jenis mengantuk 24 jam. Ada jer staff tegur cakap aku nie ngantuk ngantuk ngantuk. Huffft. Tengah aku mengantuk tuu, tetiba aku ditegur oleh StaffMataMerah (aku taktau lagi nama dia, malas tanya sebab dia lelaki haha pilih kasih aku nie).

StaffMataMerah: Tak rehat ke? Rehat jam berapa?
Aku : 6 petang nie rehat laa.
StaffMataMerah : Oh, tadi? Tadi rehat pukul berapa?
Aku : Tadi pukul 1 saya rehat.
StaffMataMerah : Oh, okey.

Dia pun blah gi mana entah. Lalu datang seorang pelanggan lelaki berperut boroi sikit, rambut pendek bergulung gulung, kulit cerah, bawak beg belakang. Aku dah start seriau sebab dia tengok barang barang sambil tepuk tangan. Siyesly, dia pusing satu supermarket tengok barang sambil tepuk sekali.

Pastu dia dok menari tarian tangan tuu aku taktau nama tarian tuu. Pastu dia urut urut perut boroi dia. Pastu garu garu kepala dengan kedua dua belah tangan. Kutu ke, bang? Hehe Sempat lak aku bahan dia dalam hati.

Aku dok perhati jer perlakuan dia. Dia nie dah kenapa? Habislah aku. Dah laa aku sorang sorang kat belakang. So, aku pun eksyen tengok mainan kat tepi untuk menghilangkan gusar di hati.

AbangRambutGulung : Harga dia?
Aku : *terkejut
AbangRambutGulung : *hulur kotak, tunjuk tanda harga
Aku : Enam puluh sembilan, sembilan posen *aku jawab laa macam tuu sebab ramai jer makcik pakcik taktau baca harga, so maybe dia pun taktau baca harga.
AbangRambutGulung : Tak, nie harga dia ke?
Aku : Ohhh, a'ah. Harga dia.

Dia pun simpan balik kotak tuu. Aku pun fikir, dah kenapa lelaki nie? Tak tengok ke RM kat situ? Mencurigakan. Pastu dia pun gi depan balik. Sikap dia masih macam tadi. Fuh. Seram.

Lepas dia chaw, aku pun terfikir. Takde tulis RM ke kat tanda harga tuu tadi? Kenapa dia tanya pulak? And kotak tadi tuu kotak apa eyh? Aku pun gerak gi tempat kotak tuu. Tau tak tuu kotak apa?

Kotak berisi alat meluruskan rambut. Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha Erk.

...

Kisah 2

Tadi supervisor panggil aku suruh gi kaunter. Training jadi cashier katanya. Laaa, sedihnya kena tinggalkan Helena kat belakang. Uwaaa !! Aku tolong masukkan barang dalam plastik jer tadi. Maka...

Aku : Hey... Nak panggil awak apa eyh?
Vanes : Panggil Vanes jer. Awak?
Aku : Saya bla bla bla. Panggil jer bla bla bla, okey.
Vanes : Oh, okey. Berapa umur?
Aku : Saya 20. Awak lak?
Vanes : Samalah kita.

Alamak. Dummmmmmmmmmmmmm !! Kilat memancar, guruh sabung menyabung. Ah tidak ! Sepanjang dua hari nie aku panggil dia KAKAK ! Hahahahahahahahahahahahahahahaha Aku sewel. Hahahahahahahahahahahahahahahaha

Aku : Oh ? * muka terkejut dan malu Hahahahahahahahaha
Vanes : Baguslah sama umur. Tak payah laa susah nak berkakak kakak apa semua *sambil toleh ke arah lain

Hahahahahahahahahahahahahahahaha Ko perli aku kan? Hahahahahahahahahaha Aku malu wei. Hahahahahahahahahahahaha

Setakat nie tiga orang dah staff situ aku sangka pangkat "kakak". Tapi rupanya sama umur and ada gak yang lebih muda. Haih, matang betul muka korang nie.

...

Kisah 3

Supervisor dan peraturan sangat teruk. Keja lebih masa takde gaji lebih. Kalau lambat walau seminit, gaji dipotong dua kali ganda. Barang lak semua kena kunci dalam almari. Balik mesti spotcheck poket. Betapa dia tidak mempercayai pekerjanya.

Pasang lagu tak boleh lagu lain selain lagu Cina. Tapi dak situ mana tahan. Diorang pasang lagu Iban. Pastu lagu Siti Nurhaliza. Lagu sedih sedih lak tuu. Merana aku.

Kalau duduk kejap pun supervisor tuu akan laung nama kau. Dia memang tak bercakap / senyum / pandang wajah staff. Hanya bercakap apabila ada benda dia nak suruh / ungkit supaya kita tak senang duduk. Aku taktau laa berapa kali dia laung nama aku yang kuat mengantuk nie. Haha

Menakutkan laa keja kat situ. Semua rancang nak berhenti. Masuk hari nie, dah tiga orang tanya "Napa awak pilih keja sini? Lebih baik awak cari keja tempat lain". Pffft. Aku disuruh keja pun sebab nak gantikan sorang akak yang berhenti keja tak bagitau. Terus lari macam tuu jer sebab tak tahan.

And budak baru yang sama masuk dengan aku kelmarin pun tak turun keja hari nie. Berhenti laa tuu. Hurm. Dia baik. Sayang perkenalan hanya sementara. Semalam sempat dia jumpa aku nak luah perasaan. Dia cakap dia penat. Keja situ susah. Rasa macam nak berhenti. Aku cakap laa, takpe. Awak okey lagi. Awak tunggu result STPM. Saya? Tiada pilihan.

Then tadi, depan mata aku nampak supervisor berbalah dengan sorang lagi akak cashier. Salah punya laa sikit. Dia punya kajian bukan main panjang. Terus akak tuu merajuk.

Apa aku nak buat nie? Korang. Jangan laa tinggalkan aku...........................................

K. Ini kisah paling lawak T.T

Bye.

p/s : Jari luka sebab angkut barang. Lembik.

10 comments:

  1. ok part abg gulung rambut tu seriously paling lawak hahahaa
    hmmm take care n stay strong ok kak ktc! hehe u cn do it!
    be mentally strong n phyysically jgk la since jari terluka tu huhu
    <333

    ReplyDelete
  2. Heheheh macam2 kan,..nway KTC kerja rajin2.
    Selamat berdepan dengan ragam manusia :)

    ReplyDelete
  3. Salam singgah sini KTC....semua tu cabaran bila kerja yang menghadapi ragam² manusia ni....akak pun pernah mengalaminya....tapi part abg gulung rambut tu memang kelakar lah...hihi

    ReplyDelete
  4. Hahaha sian abiang rambut gulung.

    Woah sadis betul supervisor tu? Dh mcm Hitler. Anyway, dia owner supermarket tu ke? Kalau bukan, pekerja kena bawak ke pihak atasan, mungkin dia salah guna kuasa. Supervisor mmg cenggitu..

    ReplyDelete
  5. HAHA RAMBUT GULUNG PALING WIN! XD
    Lissa pernah kerja jadi promoter maxis. damn tak tahan dengan boss.. bayangkan hari-hari dia suruh mesti ada sorang beli broadband/daftar pakej. dia ingat semua orang kaya macam dia ka? orang kaya pun tak macam tu. -_- *ehh ehh. emosi pulak kita* hahaha

    apapun KTC bertabah okay.. pengalaman tu :D

    ReplyDelete
  6. salam ktc , tang panggil kakak tu serius rasa macam tak best je bila tersalah panggil ------

    ReplyDelete
  7. susah jugak yer keje kt supermarket. huhuhu. potong gaji tu mencekik darah la

    ReplyDelete
  8. Haha. Sbnrnya keje kat supermarket mng best. Tapi kene tahan la. Wardah paling tak suka dengan supervisor gak. Pilih kasih. Haha. Ase nak cerita juga je kisah jadi cashier lagi. Hihi

    ReplyDelete
  9. lembik xper sbb kaktiri kan pompuan., hehe2

    ReplyDelete
  10. ooohhh..jaik ati ngga tedah nk beli alat k melurus rambut kohhh....hihihiihih

    ReplyDelete