Wednesday, 9 December 2015

Kalutnya Pertama Kali Jadi Cashier

Assalamualaikum.

Pagi tadi lepas angkut barang, susun susun, aku disuruh menyapu. Ternampak sorang staff baru masuk. Lepas sain kontrak, dia dekati aku dengan muka gelisah. Haha Aku paham. Gelisah lepas berdepan dengan supervisor laa tuu.

Aku : Hey, takpe.
Dia : Baru masuk jugak?
Aku : Saya dah tiga hari, termasuk hari nie.
Dia : Oh, betul tak pakaian saya nie?
Aku : Betul jer. Tapi lepas nie pakai kasut tau.
Dia : Saya taktau.
Aku : Takpe. Saya dulu pun pakai selipar.
Dia : Saya kena buat apa?
Aku : Takpe. Nanti dia bagitau k.

Supervisor tuu pun tetiba arahkan aku gi superstore lama. Training cashier. Sorry, kawan baru. Saya pegi dulu. Aku pun gerak sana pakai moto. Dup dap dup dap.

Wahahaha Sepanjang hari nie aku jadi cashier kat superstore lama tuu. Staff kat sana pun semua baik baik. Ada tiga orang akak. Sorang lak lelaki. Satu unit beruniform dengan aku masa aku Pra U. Tak sangka dia keja situ. Budak kedekut nak pinjamkan baju t shirt. Bluerk !

Ada dua kesalahan aku buat tadi. First, tak tekan butang darab betul betul. Naya aku bagi duit baki terlebih kat customer. Nasib baik akak tuu baik, pulangkan balik. Kemain lagi dak kedekut baju t shirt bagitau "Sorry, dia pelatih baru. Dia belum biasa" Perghhh. Ayat back up laa sangat. Akak tuu okey jer "Eyh takpe, takpe. Benda biasa". Moga dimurahkan rezeki selalu, kak :)

Kesalahan kedua, aku tertekan clear... Erm... Clear. Entah. Aku pun tak paham apa benda. Yang penting, aku happy sebab kat superstore tuu takde si supervisor. Dia kan jaga supermarket. Jiran jiran yang pernah nampak aku kat supermarket sebelum nie pun macam "Eyh? Kat sini pun ada jugak? Memang pindah pindah ke apa?" Kihkihkih

Masa nak tutup superstore tadi, salah sorang akak situ ternampak satu lukisan kat kertas tempat mencuba pen. Rambut punk, ada cermin mata, perut boroi sikit, memang 99% macam supervisor. 1% tak sama sebab rambut supervisor tak panggg. Siapa yang lukis tuu haa. Takkan laa customer pulak. Hahahahahahahahahahahahahahahaha !!

Lepas selesai simpan barang and tutup superstore, kitorang jalan kaki gi supermarket. Tolong staff simpan barang kat sana lak. Aku pun cepat cepat gi jumpa budak baru tuu. Tanya dia okey ke tak. Dia pun tunjuk jari dia berdarah. Aku pun tunjuk jari aku yang berbalut jugak. Pastu sama sama gelak. Huffft. Sampai sekarang jari aku masih pedih.

Semoga masa aku pindah balik kat supermarket tuu nanti, jangan laa selalu sangat buat salah. Sebab kat situ customer lagi ramai. Kalau salah, habislah kena soal siasat macam lepas bunuh orang.

Hurm.

p/s : Senyum baca komen korang. Terima kasih, ye. In shaa Allah, nanti ada masa aku balas k. Hutang soalan tagging pun belum dibayar. Keja pagi sampai malam. Takde masa sangat.

14 comments:

  1. Hihii dulu tak biasa juga angkat buah2 yang mcm nanas.. Serai ke.. Mesty ada jugak luka2. Pernah juga luka sebab kena mesin parut kelapa tu. Huhu. Memang sadis gilakk

    ReplyDelete
  2. salam KTC dulu lepas abis diploma akak sempat kerja kat DM Desa Murni. masa tu kedai tak bukak lagi so memang angkat mengangkat tu makanan la , sasa jap hahaha.
    then dipakai untuk training , semua pekerja kena training cashier lepas tu baru dia pilih.


    akak ni mati mati tak nak sebab tak suka takut la macam macam, sekali list keluar akak terplih cashier. Masa opening memula tu, akak shift petang , so terlepas la time ramai orang berebut talam 5 sen tu, dgr cite macam nak pecah ke dah pecah lupa dah. escalator memang tak gerak.
    esoknya akak pagi, kita orang beratus kono nak sambut cust , sekali depa seua meluru masuk kami berlari la pi kaunter, serius keadaan amat menakutkan, tiga hari promosi 5 sen , memang orang cakap pengalaman la kan, lama lama terbiasa.

    baru je rasa best jadi cashier akak pun berhenti nak sambung degree hehehhe

    sory terpanjang pulak ngomennye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam.
      Haha Mesti rasa terpaksa kan mula mula tuu.
      Errr seramnya. Nasib baik saya masuk lepas supermarket tuu dah selesai offer hari tuu. Lepas nie kalau ada offer lagi, habislah T.T
      Eyh takpe. Komen panjang tuu laa best. Hihi

      Delete
  3. tahniah ktc dah 3 hari mula kerja eh. pengalaman semua tu. lama2 semua ok. berdepan orang ramai tu nak tak nak kene senyum selalu.. hihihi..:)

    ReplyDelete
  4. Salam singgah sini dik KTC.....Alhamdulillah dah 3 hari adik di alam pekerjaan dan dalam 3 hari juga adik dapat menghargai dan mengharungi segala dugaan dan cabaran....Semoga sentiasa tabah dan sabar menghadapinya yer dik KTC...

    ReplyDelete
  5. hihihihihih takkan customer conteng rambut punk tu adoi hahahha
    kalut kalut nnt mesti lama lama prooo wuhuw!
    chaiyuk!

    ReplyDelete
  6. asha pun penah kja cashier bila orang mula beratuq ramai mula la gelabah biawak...

    ReplyDelete
  7. kenapa jari berdarah? huhu mcm berat je kerja2 akak.
    jadi cashier ni mmng kena berhati-hati. apapun all the best kerja :D nanti lama2 prolah tu. hehe

    ReplyDelete
  8. nervous denga. ahahaha mana tahu satu hari nanti terkena jugak kat diri sendiri -.-

    ReplyDelete
  9. saya dulu pun msa kerja part time neves gak heheks.

    btw goodluck ktc ^^

    ReplyDelete
  10. pengalaman yg amat bermakna tuuh., kipidap ;p

    ReplyDelete
  11. akak pon ada pengalaman kerja part time cashier dekat Parkson Subang Parade..tapi akak jg bahagian perfume..best sangat wangi sepanjang masa..customer pon friendly jer sebab kalau beli perfume mesti dapat free gift..depa seronok laa

    ReplyDelete