Sunday, 6 December 2015

Jiran Dah Kawen

Assalamualaikum.

Hari nie penuhi undangan ke majlis perkahwinan jiran lak. Errr, selalu lak aku gi kenduri kawen tahun nie. Sebelum nie aku laa paling malas nak gi kenduri. Makan pun malas ke?

Morning view from my room yang tak berapa nak nice. Muntah.

Akad nikah dah selesai kelmarin. Hari nie makan makan, sanding sanding jer. Lepas gi makan, tolong laa gotong royong jap sementara pengantin belum sampai. Mak tolong cuci cuci, aku and Juha lak tolong lap lap. Pastu aku nampak bapak ulang alik bawak bekas berisi air. Tukang buat air laa tuu.


Pastu pengantin pun sampai. So, aku tinggalkan aktiviti mengelap pinggan, cawan, dan sudu. Fokus, fokus ! Aku rasa nie perkahwinan paling meriah pernah aku hadiri setakat nie. Yelah, orang kampung kan jarang buat majlis besar besaran. Nak ambik gambar bukan main payah. Nasib baik kecik sikit. Dapatlah menyelit bersama abang abang kamera.


Shanteknya T.T

Ada dua pelamin. Satu kat dalam rumah untuk sanding. Satu lagi kat luar untuk makan makan. Aku layan pelamin kat luar jer laa. Mana mungkin nak masuk dalam rumah. Sesak --'

Kompang dipalu ~

Tema putih biru

Suap jangan tak suap

K aku dah selesai menyelit sana sini

Tengah hari dijemput makan semula. Aku masih kenyang tapi mak paksa gak supaya makan. Makan jer laa. Ambik nasik hujung senduk jer. Haha Pastu balik rumah. Hujan renyai renyai mulai turun.

Aku punya warna pink dah dirampas kastam kecik

Balik

Semoga bahagia hingga ke akhir hayat. And cepat cepat dapat baby comel. Suka budak budak kan? Selalu angkut Sera bawak rumah.

Sunyi lak rumah malam nie. Sedara mara dah balik. And tadi CinaBingung call suruh aku gi tengok kontrak pagi esok. Aik, bukan hari tuu aku kena reject untuk yang ke sekian kali ke? Kalau aku okey dengan kontrak, boleh laa keja. Cuba jer laa.

See ya.

14 comments:

  1. Majlis kedak tok nang meriah...
    Baru gik sempat layan snap2..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meriah jak sepanjang hujung taun tuk, Cik Akak. Banyak urang nikah :)

      Delete
  2. ehehe ingatkan skarang org ketering yg basuh siap.. ada lagi eh rewang..
    memenuhi jemputan adalah wajib.. tapi adeh.. kalo pegi mesti orang tanya akak pulak bila

    mencik !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kehidupan kampung, biasalah :)
      Haha Jawab jer tahun depan :P

      Delete
  3. salam KTC , akak suka sangat rewang ni kat kampung akak pon still gotong royong,
    Blog KTC sekrang asyik update pasal org kawenn je, hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan yana....bulan dec banyak betul kerja kahwin.. ktc lambat lagi kan..ehem ehem...hiii :)

      Delete
  4. http://mawarberduri-piqa.blogspot.my/2015/12/kena-boom-tagging-questions.html
    piqa dah tag.. sudi-sudi lah join..

    ReplyDelete
  5. pic ktc selalu cantik2 la... guna camera sony kan. :)

    ReplyDelete
  6. kenduri memang best..
    bytheway, saya kalau tengah menolong kenduri tapi kala pengantin sampai, memang tinggal semua keje, g tengok pengantin dulu..
    huhuhuh

    ReplyDelete
  7. selalu KTC update pasal kawen.. tak lama lagi sampai seru KTC nii. hahaha

    ReplyDelete
  8. Selamat penganti baru kepada kedua mempelai....semoga berbahagia dan berkekalan hingga akhir hayat...musim ni ramai orang buat kenduri kahwin....Akak 12hb ni ada jemputan kahwin juga...

    ReplyDelete
  9. makan free! ya ajak pikey bila orang ajak ke majlis2... hehehhe
    ^_^

    ReplyDelete
  10. Kenduri kahwin kan. Alamak tak cita lagi kat blog pasal jadi pengapit. Huhu

    ReplyDelete