Tuesday, 15 December 2015

Hari Hari "Hari Masalah"

Assalamualaikum.

Rehat jam 11 pagi tadi takde sapa ambik aku. Sob sob sob. Bapak kat kebun, dia ingat Juha ambik. Mak kat pasar, dia ingat bapak yang ambik, Juha kat rumah, dia ingat ada orang ambik. Nak stay kat supermarket, takde pekdah sama sekali. Nak beli makanan takde duit. So, aku balik jalan kaki dong. Pakai jalan belakang ambik masa 10 minit plus plus jalan kaki. Kalau jalan depan, jauh sikit. Dah laa jalan belakang tuu ada ramai men at work. Paham paham jer laa apa yang berlaku sepanjang perjalanan.

Rehat jam 4 petang pulak, timbul satu lagi masalah. Sampai kat rumah, aku rileks jap pastu gi makan. Tengah makan tuu, tetiba supervisor call. Alamak. Dah kenapa nie. Dia tanya mana cop company. Gulp. Aku bagitau laa dalam almari bla bla bla. Dia cakap takde. Pastu dia tanya tanya tanya. Aku cakap cakap cakap. Then aku tanya, ada tak? Tut tut tut. Dia matikan talian. Kwajaq. So, aku sambung makan.

Beberapa minit pastu, dia call lagi. Cakap tak jumpa. Dia suruh aku gitau mana aku letak. Aduhhh. Mana ada aku letak kat tempat lain. Dalam laci laa. Takkan bawak balik pulak. Ada pekdah ke bawak balik. Kalau tak caya gi laa bukak rakaman CCTV. Menyampah pulak aku. Hilang segala napsu makan. Tapi licin gak nasik sepinggan. Hahahaha

Aku gi kerja semula jam 5 petang. Aku gi kaunter tanya geng staff, ada jumpa tak cop tadi. Dia cakap takde. Merata dah carik T.T Lepas aku kunci beg staff dalam almari, aku terus gi carik memang takde T.T Ko gi mana haa. Ko gi manaaa.

"Mana? Mana kamu letak itu cop?"

"Taktau? Awal pagi tadi saya guna untuk buat bil. Pastu saya letak dalam almari bla bla bla"

Tetiba customer datang ramai ramai nak bayar. Aku pun ambik peluang tuu untuk larikan diri. Hahaha Aku kira kira harga barang apa semua. Supervisor lak masih mencari. Tetiba dia cakap "Ada. Masuk lubang. Sini aa, ada lubang belakang". Oh, belakang laci ada lubang. Cop terjatuh. Aku angguk then minta maaf. Salah aku ke? Hurm. Asyik ucap sorry jer aku. Takpe. Alhamdulillah laa, dah jumpa.

Hari nie mesin aku clear. Takde resit salah. Tapi, tuu laa. Hurmmmmmmmmmmmmm.

Night.

11 comments:

  1. mohon tabah ktc!
    pengalaman ya kelak lah yang akan kita ingat...
    ^_^

    ReplyDelete
  2. Hahah. Biasalah tu KTC. Sabar banyak dehh (^~^)(^~^)

    ReplyDelete
  3. Hahah. Biasalah tu KTC. Sabar banyak dehh (^~^)(^~^)

    ReplyDelete
  4. Dugaan dugaan time rehat pon kena kacau jgk..sabor jer la..huhu

    ReplyDelete
  5. mesti sentap kan.. tengah makan lagi ...heheh
    sekurang2 nya dah tau lain kali kalau cop hilang kena cari kat situ kan..heheh

    ReplyDelete
  6. Salam singgah sini dik KTC....sabar dik...semua tu dugaan dan cobaan....

    ReplyDelete
  7. takpe ktc, patience is virtue! <3333333

    ReplyDelete
  8. Sabar yaa KTC.. biasalahtuuu.. kerja 'kuli-kuli' ni memang selalu kena cakap 'sorry' walaupun tak salah.. hek.

    ReplyDelete
  9. uish mesti gelabah time tak jumpa cop tu kan, dahla cust tgh ramai

    ReplyDelete
  10. Asalam KTC, pengalaman akan mematang kan ! semoga dipermudah

    ReplyDelete