Monday, 7 December 2015

Drama Bermula

Assalamualaikum.

Hai, hari nie saya mula bekerja. Hehe Keja supermarket jer. Takde pilihan lain. Dalam banyak banyak keja yang aku mohon, yang nie jer ada rezeki aku. Alhamdulillah.

Setakat nie, staff kat situ okey. Boleh diajak berborak. Tak macam staff Sugarbun yang #$%^&*. Tapi, supervisor sangat tegas. 24 jam muka monyok. Hurm. Aku senyum bukannya nak balas pun. Laung nama aku jer dia tau.

Pastu barang (beg, dompet, phone, etc) kena bagi kat supervisor. Dia akan simpan dalam almari lalu dikunci. Aduh. So, aku malas nak bawak pape termasuk phone. Sebab tuu laa entry nie takde gambar.

Paling takleh blah, sebelum balik kena spotcheck poket. Kalau lulus, baru boleh ambik barang yang telah dikunci tadi. Apakah ! Dah laa balik tadi aku paling last sebab tunggu bapak tak kunjung tiba. Gelap. Siap ada kilat. Kus semangat.

Masa keja tuu, ada gak aa jiran dua tiga orang singgah. Buat muka terkejut bila nampak aku keja kat situ. Tanya napa keja kat situ laa. Napa tak mintak keja lain yang lagi baik laa. Napa tak sambung belajar laa.

Krik krik krik.

Penatnya angkut angkut barang. Berat sungguh. Sakit segala sendi. Ngantuknyaaa lahai. Doakan aku mampu bertahan dengan segala drama ini.

Zzz.

10 comments:

  1. wah, nanti dapat duit gaji, boleh beli buku :) semoga tabah hidup dalam alam pekerjaan

    ReplyDelete
  2. takpe xpe..perlahan lahann.rezeki kat situ kan..nanti lepas ini dapatlah tuh kerja kat tempat lain yang lagi ok..chaiyok2.

    ReplyDelete
  3. Wah dah dapat kerja. bestnyaaa. semoga kuat menghadap org. hehe.

    ReplyDelete
  4. Salam singgah petang dik...Alhamdulillah adik dah dapat kerja...semoga sentiasa tabah menghadapi dugaan di alam pekerjaan ini....

    ReplyDelete
  5. Dulu akak lepas jer alam persekolahan akak pun terus cari kerja dan akak pun pernah kerja kat supermarket jer..penat juga lah dik angkat barang susun barang...selain tu akak pernah juga kerja kedai pakaian...Maklumlah dim akak tak sekolah tinggi...hihi....Tak lama lepas tu baru akak dapat kerja sebagai kerani di syarikat perladangan sampailah sekarang ni....

    ReplyDelete
  6. Selmat bekerja, KTC. Selamat mengumpul pengalaman :)

    ReplyDelete
  7. Dulu samalah tak biasa angkat barang berat. Sekali dah lama kerja beras2 pun boleh pulun angkat sekali haha

    ReplyDelete
  8. Dulu samalah tak biasa angkat barang berat. Sekali dah lama kerja beras2 pun boleh pulun angkat sekali haha

    ReplyDelete
  9. bertabahlah kaktiri kuu ituu ., ;p

    ReplyDelete