Saturday, 12 December 2015

Day 5 | Day 6

Assalamualaikum

Taktau nak bagi tajuk apa.

DAY 5

Lepas angkut angkut, susun susun, sapu sapu supermarket, aku tanya supervisor aku kena gi superstore lagi ke? Bila aku nak pindah supermarket balik? Eyh, dia suruh aku pindah terus. Hahaha Good, good. Orang lain training 3 hari, aku 2 hari jer.

Masa aku rehat pun diubah from 1 tengah hari and 6 petang menjadi 11 pagi and 4 petang. Aku dah okey gak guna mesin baru tuu. Dua kaunter. Kaunter sebelah mesin lama. Sebelah lak baru. Dua dua aku boleh handle. Hehe Jadi ko bangga laa ~ Satu jer salah aku kelmarin. Supervisor tolong betulkan. Tengkiu tengkiu.

Malam lak aku and supervisor jaga kaunter. Aku perasaan dia ada salah satu. Hahaha Kemain lebar aku senyum. Baguslah. Tuu tandanya dia tak boleh marah aku kalau aku ada salah. Sebab dia sendiri pun buat salah gak. Hiks.

Kalau ada salah, resit salah kena simpan untuk disemak. Tuu laa aku takut kalau TERRRsalah. Fuh. Jangan laa selalu sangat TERRRsalah. Tolonglah, tolonglah T.T

DAY 6

Ya Rabbi. Jumpa dua lagi kerenah customer hari nie. Memang memenatkan. OMG korang tolong laa jangan buat macam nie.

TAK PERCAYA

Ada satu family. Ayah, mak, dan anak anak lelaki pompuan. Ambik barang, letak atas kaunter. Ambik letak ambik letak ambik letak. Kemain banyak. Dah selesai, aku pun kira aa. Tekan punya tekan, jumlah RM70 ++. Terkejut si ayah. Dah laa muka masam pandang aku.

Kat tangan dia ada duit RM100 tapi nak taknak jer bagi. Aku tanya laa kenapa. Dia pun cakap "Takdelah. Banyak sangat nie kenapa? Sampai lebih 70 ringgit?" Haih. Buat aku gelabah jer. Aku malas nak jawab. So, aku pun hulur tangan mintak duit. Dia bagi dengan muka masam. Then aku bagi baki and resit kat dia suruh dia tengok sendiri. Puas hati, pakcik? Lain kali kalau taknak sampai RM70, jangan bawak anak bini, ye.

TAK JADI

Sorang customer, dia ambik lima pack Maggi. Then aku kira laa. Dah selesai apa semua, eyh eyh, dia tak jadi beli 2 pack. Beli 3 pack jer. Naya benda dah masuk resit. Haih. Then aku kira balik, termasuk dalam resit first. Then aku tertekan butang apa entah.

Mampus aku menjawab dengan supervisor tadi. Lama gak aku terangkan. Pastu dia tanya salah aku ada berapa. Aku sendiri pun taktau. Aku belasah jer laa cakap ada tiga. Hahahaha Penat. Nasib baik laa Vanes ku sayang datang tepat pada masanya. Dia tolong aku terangkan. Kalau tak, mau pengsan aku.

Lepas dikaji kaji, supervisor pun cakap, "Ini aa. Kamu salah satu saja. Ini saja kamu salah." Ohhh. Hehehe Gila tak aku? Tadi aku cakap ada tiga salah. Haha Sorry, bos.

And tadi aku terkantoi masa nak balik rehat. Hahahaha Aku beli keropok ikan 2 bungkus. Lepas bayar, aku toleh kiri. Alamak! Matilah, supervisor nampak. Hahahahahaha Dia pun panggil aku.

"Kamu ta boley bawa duit dalam poket. Kena simpan dalam sana jugak. Sepuloh sen pun ta boley dalam poket kamu"

"Okey, sorry!"

Aku pun chaw balik rehat terus. Hahahaha Makin lama aku tunggu makin panjang laa ceramah dia nanti. Nasib baik aku budak baru. Hiks!

Pssst. Keropok ikan from Ganu and Klate. Hihi Sedap aa keropok korang. Harga sebenar RM2.70 jer sebungkus. Tapi sampai kat tempat aku dia jadi RM3.20 sebungkus. Naik 50 sen. Ko mampu?

Tokeyyy, bila saya nak ada t shirt nie!

10 comments:

  1. salam ...ktc akak terkekek2 gelak baca, ingat balik masa kerja ritu

    ReplyDelete
  2. ermm terbuat muka masam tu memang lawak.. hehe

    ReplyDelete
  3. Senyum lebar akak baca entri KTC pagi ni. Tak pe,.. semua tu pengalaman kan..

    ReplyDelete
  4. cabaran jadi cashier. ada2 je kerenah pelanggan. adoi yg part 1 family tu agak kelakar jugaklah. nasib baik duit dia cukup

    ReplyDelete
  5. sabar tau ktc.
    kerja ni memang banyak kena hadap, lebih2 lagi kena layan macam2 perangai.
    tapi ni semua pengalaman berharga

    ReplyDelete
  6. Dah kerja ye, KTC? Sabar yer....
    kerja ngadap customer memang macam tu..^^

    ReplyDelete
  7. Salam singgah sini dik KTC...banyakkan bersabar jer dik...semua tu dugaan dan pengalaman..

    ReplyDelete
  8. Ktc ada tak org complain psl beg plastik? Hari tanpa plastik hihi

    ReplyDelete
  9. Ktc ada tak org complain psl beg plastik? Hari tanpa plastik hihi

    ReplyDelete