Saturday, 31 October 2015

Menjejak Spesies Ng Go Wang

Assalamualaikum.

Jika dieja, ejaannya mungkin G O A N G = Goang. Tapi jika didengar dengan teliti, penduduk sekitar daerah menyebutnya dengan sebutan Ng-Go-Wang. "Siapakah" Ng Go Wang? Atau "Apakah" Ng Go Wang? Mari kita sama sama menjejakinya XD

Biasalah hujung hujung tahun nie. Musim tengkujuh dan fenomena air pasang besar sering berlaku. Bapak cakap, berdasarkan kedudukan geografi, daerah kitorang tidak sepatutnya mengalami banjir. In shaa Allah. Yang ada hanya fenomena air pasang besar jer. Besarnya bukan sahaja sampai naik atas jalan. Malah sampai masuk ke dalam rumah jika rumah tersebut berada pada kedudukan yang rendah.

Seperti sawah kami ini.
Ekceli belah kiri tuu ada anak padi gak. Tenggelam.

Awal pagi tadi Yak Jiah contact Juha and bagitau ada orang ambik Goang. So, kitorang pun apa lagi. Merempit laa balik kampung. Bapak bawak Sera and mak. Aku bawak Eri. Macam biasa, ambik masa hampir satu jam untuk sampai.

Masa sampai kat jalan Sungai Baloh, aku nampak banyak ramak berlari berkejaran di atas jalan. Ramak nie naik ke darat sebab air pasang laa tuu kot. Berlari bukan apa, nak menyelamatkan diri sebenarnya. Paling best, sepitnya berwarna merah, tidak seperti ramak yang aku kejar malam malam tuu.

Baiklah, aku mengaku salah. Dua ekor ramak mati sebab kena pijak dengan tayar moto. Siap ada bunyi krek kruk. Penyek. Huuft, tak sengaja. Heh. Akibat tak menahan tengok si kerdil berlari lari di atas jalan, maka kitorang pun berhenti jap and tangkap masuk plastik. Ahaks.

Kat atas jalan nie laa diorang bertempiaran lari.
Sila bayangkan.

Tangan Eri ye. Heee
Tengok sepit dia merah menyala.
And tengok buih yang dia hasilkan :)

Ada laa dapat dalam lima enam ekor. Ada seekor tuu paling besar. Sepit pun besar. Bapak yang tangkap. Lupa lak nak ambik gambar. Heee. Lepas parking moto elok elok, kena menyeberang ke seberang pulak untuk sampai ke kampung.

Perahu tambang :)

Sampai sampai jer kat sana, takde lagi dah orang ambik Goang. Keadaan air sudah berubah. So, rugilah sebab tak dapat join sekali. Belum rezeki laa tuu kot. Tengok dan makan hasil tangkapan orang jer laa gamaknya. Huhuhu

Dah sampai :)

Inilah dia Goang yang aku maksudkan.
Gambar blur sebab benda nie payah nak dok diam --'

Adakah benar ini adik beradik lobster?

Maaf, tak pasti nama saintifik dia. Kat tempat korang pulak macam mana panggil benda nie? Dulu masa aku kecik kecik dulu kan, banyak gillew Goang. Sekarang dah semakin berkurangan. Ditambah pulak dengan arus kemodenan yang semakin menular kat kampung tuu. Nie pun setelah bertahun tahun tak makan, baru hari nie dapat merasa semula kelazatan benda nie. Hope Goang kat kampung tuu nanti tak pupus. Boleh laa makan free. Wakaka

Thanks for reading.

31 comments:

  1. Ohhh...sejenis lobster gak rupanya. Best la dpt makan mahal camni. Kat tempat aku x dpt la nk kutip2/tangkap benda camni. Duk bandar. Nak makan lobster mahal. Haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe?
      Haha Tuu laa. Sekarang pun dah susah sangat nak dapat benda nie.

      Delete
  2. gambar ktc lawa lawa and jelas pulak tu

    ReplyDelete
  3. untung bleyh makan lobsterrrr tuu haha

    ReplyDelete
  4. nampak gambar yang last tu macam besar je...??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan. Tapi takdelah besar sangat :)

      Delete
  5. Adik beradik lobster tuu, emmm, saya macam tak pernah tengok dgn mata kasar lagi. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, kalau ada rezeki boleh tengok live :)

      Delete
  6. wow mcm lobster je tu. untunglah dpt makan makanan mewah hehehe :p

    ReplyDelete
  7. Goang? 1st time dengar nama tu.. nice share..;)

    ReplyDelete
  8. bestnya layan post ni KTC..pic pun cantik sgt..:)

    ReplyDelete
  9. ohh.. itu namanya Goang tu.. hee baru saya tau. haha
    adik berdaik lobster lah tu rasanya.. macam miri-mirip ja sikit. haha

    ReplyDelete
  10. ehhh... macam dokumentari pulak.. hihihih... yg last picture tu spupu lobster kot KTC.. hihihih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi betul tu, Ikhwan. Seronok akak baca :)

      Delete
    2. Dokumentari? Pun boleh XD

      Kak Farrah & IY terima kasih singgah :)

      Delete
  11. Beruntungnya KTC merasa kutip ramak, kutip goang. Kat tempat akak kutip sampah yg orang buang merata-rata je,..,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama jer kak. Kat sini selain goang & ramak, sampah pun banyak gak untuk dikutip --'

      Delete
  12. Akak tak pernah dengar dan nampak semua benda ni pun sebelum ni. Rasa noob pula tetiba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha Yeke. Takpe, sekarang dah tau sikit kan :)

      Delete
  13. Salam kenal... follow sini.
    Syok baca entry KTC. banyak ilmu kak rose dapat ni.. tak pernah tahu pun pasal Goang sebelum ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal jugak. Terima kasih, Kak Ros :)
      Heee Yeke. Alhamdulillah :D

      Delete
  14. woaaah menariknya !! bestlaa dapat exposure kehidupan macam ni.. nampak macam ketam pun ada eh.. ehehe.. tak penah makan le.. first time dngr ni..

    ReplyDelete