Saturday, 7 November 2015

Bertemu Jodoh Ketika Menanam Padi

Assalamualaikum.

Pada suatu hari yang damai, satu soalan cepu lemas diajukan oleh bakal pengantin kepada ku.

"Kau takde boyfriend ke?"

"Kat mana aku nak dapat boyfriend, Fini?"

Soalan dibalas soalan.

"Alaaa, kalau dah namanya jodoh, kat sawah ke, tinggal kat gua ke, tetap bertemu jugak"

"Eyh. A'ah laa. Aku kan tanam padi"

"Haaa, mana laa tau tengah syok tertunduk tunduk masukkan padi dalam lubang, tetiba kepala terhantuk sesama sendiri. Benjol kepala akibat bertemu jodoh"

HAHAHAHAHAHAHA Sangat lawak. Bagi aku laa. HAHAHAHAHAHA #mudahterhibur

Btw, jodoh tuu datang dari mana. Pesal tetiba masuk kawasan sawah kitorang pulak?

Erk. Back to reality.

Alhamdulillah, hari nie dah start tanam padi dah. Petang tadi aku ikut mak bapak gi sawah. Sekurang kurangnya, ada laa jugak fungsi aku kan. Hujan. Aku suka hujan. Tak panas and tak terasa sangat letihnya.

Bapak buat lubang banyak banyak. Aku and mak pulak just masukkan anak padi hasil nikam cemei hari tuu ke dalam lubang. Tanam padi ketika hujan sambil berborak sakan tak henti henti. Heaven sangat.





Sekarang pun masih hujan. Lena tido. Zzz

30 comments:

  1. Seronoknya ada pengalaman2 macam ni. Cemburu T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah :)
      Alaaa jangan cemburu cemburu :P

      Delete
  2. uiiiiiiiii bestnyaaaaaaaa padiiii hm qila nak sangat tengok padi T_T

    psss!
    piwit :pppp hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti akak bagi Qila tengok gambar padi ye :P
      Apa piwit piwit XD

      Delete
  3. Tak pernah masuk dalam bendang nikan pulak nak tanam padi 😭 hhmmm

    ReplyDelete
  4. Ms kecik2 selalu jg main2 kat sawah..dah besar loni xda peluang dah

    ReplyDelete
  5. Bestnya ada pengalaman tanam padi sawah...kamek pernah tanam padi bukit jak...mun gugok dalam bendang ya pernahlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Heee :)
      Haha Best sik jatuh bendang? :P

      Delete
  6. tak pernah ada pengalaman tanam padi. btw, gambar KTC amek memang cantik lah, guna hp ape tuu?

    ReplyDelete
  7. fuhhhh.. bestnyeee.. saya pun suka hujan + tgk pagi menghijau.. pernah jugak lah berangan mat jenin nak buat rumah betul2 tengah2 sawah pagi tu.. hihihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha Kalau macam tuu kenalah bersawah. Boleh laa buat rumah tengah sawah :P

      Delete
  8. Baguih menanam padi ni, buat la kolam kecik bela ikan keli sekali kat tepi sawah tu, syok oh~ *thumbs up* ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha In shaa Allah. Menanam padi pun dah tak berapa nak larat. Inikan pula membela ikan :P

      Delete
  9. KTC, seronoknya duk bendang.
    terkenang zaman kanak kanak ngan arwah tok ngan tokki dulu, arwah selalu ajak. sekarang xde dah, semua dah jadi rumah orang .

    ReplyDelete
  10. sweet sungguh. Cinta Bertemu Di Sawah Padi. boleh buat boxoffice ni. hahaha

    ReplyDelete
  11. mesti seronok ada pengalaman di sawah padi begini.. di tempat kak aiza susah nak jumpa sawah padi sekarang ni..

    mungkin betul bertemu jodoh di sana.. hehe.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok, alhamdulillah. Yeke, kak. Biasalah laa tuu semua dah membangun kan :)
      Alahai, loyar buruk jer tuu kak. Haha

      Delete
  12. Lamak dah sik main tanah nie..berkubang bagai..hahahah
    Paling best isik padi tok nak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Situk susah sikit nak berkubang, Cik Akak. Tepi jalan asan sawah. Hahaha

      Delete
  13. Nampak sawah padi ni teringat pula dekat kampung halaman.....

    ReplyDelete
  14. Hahahah pagi2 akak dah senyum lebar baca entri KTC ni :)

    ReplyDelete
  15. Tak pernah jemu tengok gambar padi2 yg KTC kongsi :)

    ReplyDelete