Thursday, 29 October 2015

Tentang Jalan dan Mata

Assalamualaikum.

Hari nie bertolak ke Sarikei. Nak jenguk paknek. Dah beberapa hari nie dia berada di wad. Ekceli aku patut dreba sendiri moto. Tapi kebetulan Yak balik petang kelmarin. So, aku bonceng Yak. Eri bonceng Usu. Mak bonceng bapak.

Dalam perjalanan tetiba sebuah kereta hon. Lelaki yang duduk sebelah pemandu bagi isyarat. Ingatkan purse lesen dalam poket aku jatuh. Haha So, berhenti tepi jalan. Tengok tengok tayar moto wat hal --' Grrr. Usu laa yang terpaksa patah balik semula ke Saratok beli apa yang patut. Dah laa dah jauh gillew perjalanan. Aku, Eri, and Yak menuju ke sebuah pondok kecik di tepi jalan berdekatan rumah panjang.



Yak aku keja Sibu. Dia selalu ulang alik balik kampung sorang sorang pakai moto. Ambik masa 2 jam macam tuu aa. Masa tengah tunggu Usu sampai, dia pun bukak cerita.

"Kat kawasan nie laa Yak nampak api terbang dulu. Kan hari tuu Yak pernah balik malam. Berhenti kat tepi jalan depan sana kejap sebab nak bukak baju hujan. Masa tuu tetiba nampak api. Taktau apa benda. Ada dua. Yang satu tuu macam ekor. Mula mula ingatkan bunga api. Tapi, takkan bunga api masih menyala dalam hujan? Buat taktau jer laa masa tuu"

Errr. Adakah ia polong? Teringat kisah aku nampak polong depan mata. Hufft. Dah laa tak jauh dari pondok tuu ada kes pompuan Iban yang tinggal kat rumah panjang dekat dekat situ pakai moto kena rempuh dengan treller (orang cakap kena rempuh treller). Siap terseret lagi. Taktau sapa salah.

Yak time tuu balik pagi so sempat tengok serpihan moto dengan darah atas jalan. Grrr. Putus. Apa benda yang putus aku tak pasti. Banyak sangat versi. Ada yang cakap putus kaki. Ada yang cakap putus kepala. Yang pasti, pompuan tuu memang putus nyawa (seram pulak aku taip benda nie malam malam T_T) Akhirnya, hampir satu jam menunggu, Usu pun sampai and baiki apa yang patut.


Dah selesai, perjalanan diteruskan. Alhamdulillah, semua okey. Selamat sampai Hospital Sarikei. Besar jugak. Rasa macam kat U laa pulaks. Ahaks (Berangan). Sampai sana paknek dah selamat dibedah. Dah makan dah pun :)

Welcome

Parking

Nie baru separuh

Dalam sana

Ada TV tapi takde kipas siling

Tandas

Sempat gak ikut Ngah singgah rumah sedara dia. Diorang nie laa. Sedare mare bersepah sana sini. Haha Kebetulan sedara Ngah jual kuih. Sempat aa beli sikit bawak balik. Pas borak borak kejap tanya khabar berita, kitorang gi hospital balik.

Kuih kuih beli beli

Depan rumah ada pasar. Haha Best best.

Mata paknek belah kanan memang dah lama buta. Kebelakangan nie mata dia bernanah. Pastu mata hitam memang dah takde. Bawak hospital daerah pastu disuruh ke Hospital Sarikei. Disebabkan aku sedar aku macam takde fungsi dalam dunia nie, maka aku volunteer nak jaga paknek kat sana. Tapi, tak diizinkan. K.


Ekceli nak bedah semalam. Tapi paknek takut sebab dia masih boleh nampak apa semua dalam bilik bedah tuu. Sapa tak takut oi. Alhamdulillah pagi tadi dah bedah. Keluarkan mata dia. Mata tuu dah hancur dah sebenarnya. Tinggal sisa sisa jer lagi. Dalam dua tiga empat bulan kalau dah sembuh sepenuhnya, doktor akan letak "mata batu" sebagai ganti. Entah laa. Aku pun tak pasti.

Tengah hari tuu kami pun balik. Kesian tengok paknek. Sentiasa gelisah dan tak tenang sebab tahan sakit kepala. Mata dooo yang dikeluarkan. Bijik mata okey. Berpuluh puluh tahun pakai mata tuu. Tetiba buta dan harus dikeluarkan T_T

p/s : Moga Allah cepat cepat sembuhkan paknek and moga Allah merahmati dua orang lelaki yang tegur tayar moto kitorang tadi walau dimana mereka berada sekarang.

Good night.

22 comments:

  1. Polong tu penanggal kan? Ke bukan HAHAHA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. Ramai cakap polong ada kaitan dengan penanggal. Taktau betul ke tak :)

      Delete
  2. kim slm pak nek. semoga cepat sembuh.. :)

    ReplyDelete
  3. aishh.. ngerinyaa ceritaa. hee T_T

    ReplyDelete
  4. semoga cepat sembuh paknek :)

    pernah tinggal di sarawak 2010-2012. rindu jalan sarawak yang tenang takde jam hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih :)
      Oh? Buat apa jer kat Sarawak masa tuu? Heee :)

      Delete
  5. assalamualaikum KTC...semoga cpt sembuh paknek yer...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. In shaa Allah. Amin. Thanks, kak :)

      Delete
  6. kalau pakai mata batu tu sama function mcm mata sebenar ke? kesiannya.. T_T semoga paknek cepat sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa rasanya tak kot. Tak pasti jugak. Tuu laa. Amin, in shaa Allah. Thanks, dear :)

      Delete
  7. Semoga paknek KTC cepat sembuh.
    Yana singgah kembali ke sini ^^

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, mujurlah ketika ada problem dgn motor KTC tak sorang2. Moga paknek dikurniakan kesembuhan dgn segera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Alhamdulillah :)
      In shaa Allah, amin. Thanks, kak Farrah :D

      Delete
  9. Semoga paknek sembuh cepat.

    ReplyDelete