Saturday, 10 October 2015

Selamat Melahirkan

Assalamualaikum.

Kelmarin birthday dak Sera. Genap umur 5 tahun. Ada laa beli kek dengan hadiah sikit. Untuk menggembirakan hatinya yang tak habis habis ungkit pasal birthday dia. Dia paham ke tidak maksud " hari jadi " tuu aku tak pasti. Yang pasti, kemain terkejut dia tengok aku bawak kek sampai taknak tiup lilin. Phewww macam macam ~

Last last Nas yang tolong tiupkan XD

Pagi tadi pulak Ibuk Chik selamat melahirkan baby boy. Hehe Alhamdulillah. Suka jer Faiz dapat adik laki. Bertambah laa sepupu aku. So, apa lagi. Bergegas laa kitorang gi hospital.


Sampai sana dapat tengok baby kejap jer sebab masa melawat dah nak tamat. Jam 12.30 tengah hari baru laa boleh masuk balik. So, terpaksa laa aku, Juha, and Sera pegi luar. Mak pulak taknak keluar sebab Ibuk macam sakit semacam jer. Berpeluh peluh tahan sakit. Kesian pulak aku tengok.

Tunggu punya tunggu, mak tak jugak keluar keluar. Apa jadi kat dalam aku taktau. Nak masuk kang kena halau dengan singa. So, terpaksa laa cuci mata tengok orang lalu lalang kat luar tuu.





Jam 12.30 tengah hari, kitorang masuk balik. Ekceli mak aku tak keluar sebab Ibuk ada masalah sikit. Nasib baik mak aku belum keluar lagi masa tuu. Takpelah. Nak taip panjang panjang kang aku pulak yang kena saman. Taknak taknak. Yang penting Ibuk tak pape. Alhamdulillah.

Ya Allah, comel sangat sangat T_T

Lepas semua dah okey, kitorang pun balik. Hope Ibuk and baby dapat keluar hospital cepat cepat. Amin, in shaa Allah :)

Ibuk = Mak Cik

23 comments:

  1. tahniah dapat sepupu baru! tengok kaki pun dah comel, hehe <3 <3

    ReplyDelete
  2. Happy birthday to Sera!
    And tahniah dapat sepupu baru. :D

    ReplyDelete
  3. Alolo cute sungguh kaki baby ni..
    Hopefully ibuk dan sepupu Kakak Tiri Cinderella sihat.. :-)

    ReplyDelete
  4. happy belated birthday sera!
    cute kek dia dapat

    ReplyDelete
  5. hepy belated befday sera..")

    syoknya dapat baby..")

    ReplyDelete
  6. Happy belated birthday, Sera!
    Tahniah juga sebab dapat ahli keluarga baru :)

    ReplyDelete
  7. Apy belated besday Sera... sweet 5th..

    Sama baya la dgn anak cik ruby ni ...

    Tahniah dpt baby a.k.a sepupu baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih :)
      Wah. Sama baya. Hehe Ada geng :P - KTC

      Delete
  8. Tahniah dapat sepupu baru ! :D
    Alahai, comelnya kaki baby tu. kaki saja dah comel. mesti muka lagi comel+++ ni <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Kak FL :)
      Alhamdulillah. A'ah. In shaa Allah lagi comel. Hahaha :P - KTC

      Delete
  9. Comelnya kak baby tu. Tahniah ya :)

    ReplyDelete
  10. Aloo..tengok kaki bby rase tak sabar pulak nak tunggu baby lam perut nih kua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sama hokey. Mesti comel macam mak dia gak kan. Tetiba eksaited nie. Hehehe - KTC

      Delete