Tuesday, 13 October 2015

Peringatan Melalui Nikam Cemei

Assalamualaikum.

Hari tuu dah nikam cemei kat hujung kampung. Kelmarin dengan hari nie lak teman mak nikam cemei kat kampung sebelah. Rasa macam pelik jer tanam padi kat kampung orang. Semua tuu tanah sewa. Tanah sendiri jauh. Kena pakai perahu. Plus sunyi. Hurm. Lama tak gi sana.

Hasil petang kelmarin

Hari nie lak bertiga sebab ada abang Eri. Nak pasang jaring tangkap burung katanya. Sementara menunggu jerat mengena, dia tolong nikam cemei. Hujan mana ada burung. Belum rezeki laa tuu kot.

Hasil kami bertiga hari nie

Tiap petang hujan. Alhamdulillah. Takde laa penat sangat. Pastu boleh mandi hujan. Haha Cuma tuu laa. Bayangkan kau kat tanah lapang. Pastu guruh berdentam dentum atas kepala. Plus cahaya kilat sabung menyabung. Sungguh bergetar jiwa ku ini. Takpe. Yang penting dah selesai. Alhamdulillah.

Sejak nikam cemei nie, aku rasa macam baru tersedar dari lamunan jap. Macam macam benda aku jumpa kat tanah. Semut laa, ulat laa, ramak laa, benda macam cicak laa, lipas laa, katak laa, semua ada k. Nasib baik aku bukan jenis gedik sikit sikit menjerit. Ahaks.

Ia menyedarkan aku bahawa aku masih hidup. Dan di sekeliling aku sudah cukup segala galanya. Alhamdulillah. Nampak ulat apa semua boleh elak. Kalau mati tanam dalam tanah macam mana nak elak? Kebetulan tanah sewa kat kampung sebelah nie berdekatan dengan tanah perkuburan. Lagi laa aku kena sedar diri. Oh, tolonglah sedar.

Selamat malam.

p/s : Masa aku sibuk menaip nie, sayup sayup aku dengar Sera cakap " Kalau ba, takde mata. Kalau ba, takde mata " Hahahahaha Sera oi. Tido pun nak mengaji ke. Ba ada matalah. Satu jer mata dia k XD

26 comments:

  1. pertama kali dengar perkataan tu..

    seronok je nampak pemandangan... )

    ReplyDelete
  2. nice blog..follow sini..tak sangka cinderella punyer kakak tiri ade blog..haha

    ReplyDelete
  3. bestnya, dah lama xpi sawah,,hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heee Nanti ada masa boleh gi sawah cuci mata :)

      Delete
  4. itu padi huma ke? dulu masa kecik pernah jgk nyibuk nk 'tolong' emak tanah padi, hahaha main air je lebih. sekarang tggl memri jela sbb famili dh tak buat bendang dah, huhu :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Padi huma kot? Rasanya laa. "Tolong" ye. Haha :P

      Delete
  5. Bestnyaaa.. Lissa x pernah rasa pergi sawah.. hee

    ReplyDelete
  6. Bestnyooo.
    Sera tu comel betul mengigau gituu. Hehe :D

    ReplyDelete
  7. lamaaa kmk xgi sawah.dlok2 rajin ngekot mendiang nenek kmk nanam padi..syokkkk main air d sawah padi...

    ReplyDelete
  8. Bestnya pengalaman nikam cemei. Akak tak pernah merasa semua tu :)
    Oh,..sera mengigau sangat comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik ada rezeki baca entri2 KTC. Celiklah sikit mata,..dapat pengalaman maya :)

      Delete
    2. Alhamdulillah ada jugak yang sudi baca. Moga bermanfaat :)

      Delete
  9. unik keindahan panorama desa..Asalam selamat follow blog ini, dari laman Mialiana ya, follow me back

    ReplyDelete
  10. Teringat zaman gik bujang marek. Sikda orang ngintu kamek duak adik beradik di rumah alu diembak mak bapak pegi uma. Pegi makey perauk. Heaven lie jak. Nangga utan tepi sungge. Nangga boyak tengah bersantai. Sampe, bukan nak nulong urang beruma. Sampe alu terus berekot masuk dalam dango. Takut kenak gigit temetak ngan lintah. Hahah

    http://angellovesoldier.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok. Dolok makei perauk. Sik tauk ti takut nangga boyak terangak tepi pantei XD
      Serupo jak olah. Dah laa sik maok nolong. Hahaha Lawak lawak XD

      Delete
  11. benda-benda yg rare macam tu la perkara yg seronok tau sebenarnya!

    ReplyDelete
  12. Hahaha.."ba takde mata." >< Adoi lawak part last.
    Kalau ana ajar ngaji kat bebudak, ba titik satu dibawah. ^_^

    ReplyDelete