Wednesday, 21 October 2015

Off Jerebu, Nikam Cemei, and Still Waiting

Assalamualaikum.

Makin lama makin teruk jerebu kat tempat aku nie. Matahari lak semacam jer kuningnya. Dak dak sekolah tadi pun disuruh balik ke rumah semula. Esok rasa rasanya sekolah ditutup kot. Hurm. Tunggu dan lihat.

TV pun jerebu kemain. Cer teka nie TV apa?
TV3? Salah... Ini TV Singer. Hahahambar

Apa apa pun, nikam cemei harus diteruskan. Pffft. Nikam cemei lagi. Korang bosan? Aku TAK. Wahaha Kembali ke hujung kampung semula. Panas nak mampsss. Tanah jadi keras. Tapi happy laa tengok hasil nikam cemei kitorang hari tuu dah tumbuh subur mewangi :')

Tadaaa !!

Alhamdulillah ^^

Syok syok nikam cemei, bapak call cakap nak gi keja tapi Sera taknak tinggal kat rumah maknek. Latar belakang lak siap ada suara budak menangis. Hahaha Terpaksa laa kitorang angkut Sera gi sawah. Sampai sampai jer kemain dia nak tolong sekali. Dah laa cuaca tak elok. Orang cakap jangan, dia sembunyi sembunyi ambik anak padi. Nekad nak tolong jugak XD

Budak semangat

Ambik yang kat sini

Then letak kat sini. Ada paham?

Alhamdulillah, dah selesai. Esok boleh rileks. Loya tekak aku gara gara jerebu. Apa boleh buat. Semoga masalah jerebu dapat diselesaikan dengan segera. Amin, In shaa Allah. Nak keluar rumah pun serba salah jadinya. And moga tak bagi effect kepada pertumbuhan padi.

By the way, mana laa pegi semua mua permohonan keja aku sampai sekarang takde khabar berita nie. Wahaha Sabar sabar. Waiting waiting waiting. I'm waiting ~

Night.

22 comments:

  1. nanti adelah berita tuuuu. Mana taw esok ke. Hehe. Nyte dear :)

    ReplyDelete
  2. jerebu kat sini pun teruk jugak. nk keluar rumah pun takut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Nak gi mana mana pun jadi serba salah.

      Delete
  3. wakk berbudi pada bumi., chantek menghijau padi ituuu., ;p

    ReplyDelete
  4. mesti best kan... Lissa suka pergi tempat-tempat macam nii.. hehe
    tapi belum pernah lagi sampai sawah yang betul. tengok dalam gambar ja. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah. Nanti ada rezeki boleh laa rasa pengalaman macam nie :)

      Delete
  5. Tahan kitak berjemur. Mun kamek alu demam pulang dari uma.

    http://angellovesoldier.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nikam cemei sik lamak. Mun lamak sah sah alu demam XD

      Delete
  6. Dekat Sarawak lagi teruk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama jer kak. Kejap tak sihat. Kejap sangat tak sihat. Kejap sederhana. Tapi alhamdulillah, sekarang dah okey sikit :) - KTC

      Delete
  7. Tak tahu nikam cemei tu apa sampai la baca entry ni haha. Thank you!

    ReplyDelete
  8. Teruk kan jerebu minggu lepas. Hari ni ana keluar rumah, mnghela nafas lega dpt hirup udara segar. Sekian lamaaa negara kita dilanda jerebu. Alhamdulillah..segalanye ujiann dari Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. Betul tuu. Alhamdulillah laa permulaan minggu nie jerebu dah berkurangan.
      Yups, alhamdulillah. Semua nie ujian tanda Allah masih ingat kita. In shaa Allah ^^ - KTC

      Delete
  9. Seronok tengok gambar pertama tu. Hijau cantik tersusun. Puas hati kan tengok hasilnya tumbuh subur.

    ReplyDelete