Saturday, 24 October 2015

Charlie Charlie... Boleh Kita Main?

Assalamualaikum.

Al kisah, pada suatu hari...

"Ambik kertas kosong" arah Ronan kepada adik adik aku.

" Kalau sebelah kosong, sebelah dah conteng boleh tak?"

"Tak boleh. Mesti kosong."

"Siap kau kalau kau tipu"

Aku yang berada di bahagian dapur tertarik untuk mengikuti perbualan diorang. Masa tuu aku tengok diorang dok geledah almari carik kertas kosong. Dah jumpa, Ronan mengambil pensel dan menulis sesuatu di atas kertas.


"Yang sini tulis Yes. Yang sini tulis No"

"Siap kau eyh kalau benda nie tak betul"

"Betuuul. Hari tuu Keri ada buat. Tak caya tanya Keri. Memang bergerak pensel tuu"

Aku semakin tertarik. Nak buat apa budak nie. Nak main spiritual ke. Kecik kecik dah main benda macam nie. Tak boleh jadi nie. Kang rumah aku pulak yang berhantu kang. Cis.

"Haaa kurafat haaa" tegur ku dari ruang dapur.

Diorang buat endah tak endah. Ronan pulak masih menulis sesuatu lalu mengatur kedudukan pensel yang diletakkan di atas kertas (seperti gambar di atas). Ruang tamu sepi seketika. Yang ada hanya bunyi ikan digoreng di dalam kuali.

"Charlie Charlie, you can play" tiga kali dia ulang ayat yang sama.

"Mana? Tak bergerak pun? Penipu"

"Eyh. Betuuul. Masa Keri main tuu banyak tau orang tengok. Sampai Ali (bukan nama sebenar sebab aku lupa nama dia haha) menangis sebab terkena pensel tuu"

Dia mencuba semula.

"Charlie Charlie, you can play"
"Charlie Charlie, you can play"
"Charlie Charlie, you can play"

"Woi kurafat. Haa Ronan kurafat. Kurafat. Syirik."

Aku yang masih di ruang dapur terus menegur. Tapi, dalam hati teringin gak nak tau betul ke tak. Oh manusia.

Percubaan kali kedua masih tidak berlaku apa apa. Adik adik aku pun dah malas nak layan si Ronan yang dianggap penipu. Aku tergelak sendiri. Takde benda lain ke nak main. Hish. Aku rasa diorang jumpa game nie kat Youtube kot. Yelaa, kalau main kat Pusat Internet 1 Malaysia tuu mesti diorang bukak Youtube. See? Salah satu keburukan Internet.

Ada laa dalam beberapa kali dia cuba. Tapi memang takde sebarang respon. Pensel tuu bergerak pun sebab kertas terbalik ditiup angin dari luar. Tuu jer.

" ...gravity cause the movement, not some evil spirit,
but the game still has caused injury to participants,
some claming to have been attacked but most just from the fright. "
- Fox News Latino

Ting ! Tiba tiba lampu dan kipas terpasang dengan sendirinya. Kenapa tiba tiba terpasang? Terpasang sebab tadi takde elektrik okey. Kahkah. Suspen tak suspen tak :P

"Eyh, Ronan. Cuba kau buat lagi. Maybe tadi Charlie taknak main sebab takde karan kot" perli ku. Kehkeh

"Charlie Charlie, you can play"
"Charlie Charlie, you can play"
"Charlie Charlie, you can play"

Eyh eyh budak nie. Dia baca lagi mantera dia tuu. Tak paham bahasa sarkastik ke apa budak nie. Apa apa pun, memang takde pape berlaku. Sangat mengecewakan. Lololololol XD

Maka, aku pun segera mengeluarkan mantera ku.

"Ronan Ronan, you can go back home now"
"Ronan Ronan, please go back now"
"Ronan Ronan, get lose now"

Hahahahahahahahahahahaha Sungguh kasihan kerana mantera aku juga tidak memberi sebarang kesan. Mungkin aku patut membaca mantera tersebut dalam Bahasa Melayu agar Ronan paham? --'

Ekceli Ronan cuba main CHARLIE CHARLIE : THE PENCIL GAME atau CHARLIE CHARLIE CHALLENGE yang tak pasti mana asal usulnya. Tapi ramai yang cakap game nie berasal daripada Mexico dan sangat popular dalam kalangan budak budak. Yang aku tau, game nie tersebar dengan pesatnya melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Ianya masih lagi fresh dan sangat baru.

Sesetengah mengatakan bahawa Charlie merujuk kepada pelesit atau syaitan yang berasal dari Mexico (Mexican Demon). Tapi ada jugak yang mengatakan bahawa Charlie merupakan seorang budak yang mati bunuh diri sebab bosan asyik kena dera, ada yang kata mati didera, ada yang kata mati kemalangan kereta. Alaa, kalau nak tau gi tanya dia sendiri.

Semangat Charlie akan menggerakkan pensel untuk menjawab soalan yang kita tanya. Contohnya macam tadi "Charlie Charlie, you can play". So, kalau setuju dia akan gerakkan pensel ke arah Yes. Kalau dia dah jawab Yes tuu, boleh laa tanya soalan soalan lain pulak.

Kalau dah bosan, ucapkan "Charlie Charlie, can we stop?" Kalau dia gerakkan pensel ke arah Yes, maka boleh berhenti dan ucapkan selamat tinggal. Kalau No, teruskan bermain sampai dia menjawab Yes jika kita ajak berhenti. Kalau salah cara berhenti, ia akan menghantui anda. Wahaha

"You're asking children to pray to a demon,
for a demon to give you directions.
That could be pretty damaging..."
- Tim Rolen, ABC13

Tak pasti game nie menjadi betul betul ke tidak. Wallahualam. Seboleh bolehnya elakkan kerana ia boleh membawa kepada syirik dan khurafat. Banyak lagi benda lain yang kita boleh buat ye adik adik ku. Contohnya, menonton Detektif Ronan Conan bersama family. Dan menurut apa yang aku kumpul kumpul, ayat sebenar yang digunakan adalah "Charlie Charlie, can we play?" dan bukannya "Charlie Charlie, you can play". So... Korang rasa?

Tapi pada aku, game Hitori Kakurenbo yang Main Sembunyi Sembunyi dengan Anak Patung tuu lagi seram dan menakutkan kot? Muehehe Muehehe Muehehe

Credit : 1 2 3 4 5 6 7

46 comments:

  1. Singgah malam , selamt berhujung minggu

    ReplyDelete
  2. wow 1st time dgr info cmni. tak sangka bebudak pun ada game yg cmni. tapi yg hitori kakurenbo tu tetap yg paling seramlah. hahaha ;_;

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Budak budak pun berani try. Haha A'ah. Hitori Kakurenbo lebih seram daripada Charlie Charlie :P - KTC

      Delete
  3. Wah menarik lah. First time dengar pasal game ni XD

    ReplyDelete
  4. Eeee, takut nak main permainan macam ni. Sebab melibatkan spirit spirit kan.. Haa jangan memain, takut hidup nanti dihantui oleh benda tu. huhu

    ReplyDelete
  5. Hahaha menarik post KTC kali ni :) Baca post ni teringat pulak budak kelas sebelah main game ni pastu pensel tu bergerak. Tapi Nad tak pasti pensel tu bergerak betul betul ke tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahaha Selama nie tak menarik ke :P
      Heee. Kan? Tuu laa... KTC pun tak pasti benda nie memang betul betul menjadi or tak --' - KTC

      Delete
  6. Hahahaha. comel ja. tapi tak baik pula mainan macam tu kan.
    payah budak-budak sekarang ni terdedah dengan benda-benda yang ntahpapa.. -__-

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. Tuu laa. Kita kena alert dengan aktiviti diorang - KTC

      Delete
  7. Tak pernah dengar pula game ni. Tapi, bak kata Elina, bahaya jugalah game macam ni. Takut syirik kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun pestime tau pasal game nie. Hehe
      A'ah. Tuu laa. Sebab dok seru seru nama Charlie - KTC

      Delete
    2. Syirik tu satu hal. Akak dok fikir kalau bila dah panggil tu dia tak nak balik,..sampai pukul berapa asyik nak tanya soalan kat dia ;)

      Delete
  8. i was like "eee apa ni? cerita apa ni? seram nya" hahaha k seram -.-

    ReplyDelete
  9. Hahaha.. comel je..dulu2 akak pun ade main - bila baca entry KTC ni gelihati tau ingat balik..kikikih

    ReplyDelete
  10. Erkk! Game baru? Haaha..tak pernah tau pun ade main menatang nih. Ala2 macam spirit the coin jugak la kan? Hehe..sorry yunk baru singgah belog awak. ^__^ tq selalu usha belog ana. Hik3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru tau. Heee A'ah. Macam Ouija Board pun ada jugak.
      Takpe. No hal :) - KTC

      Delete
  11. baca sekerat jee sebab sekarang tengah bergelap dalam bilik.. seramm.. mwahahaha.. esok mai datang lagi baca sampai abez ! :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha Mana da seram. Kalau seram Charlie boleh temankan :P - KTC

      Delete
  12. Yoh, cun jwak tengah malam kamek baca entry tok. Dahlah bok lepas nangga Rathree Revenge 2 3 ari lepas. Nasib baitlah sik tauk cam ney upa muka si Charlie ya. Mun sik ada ngigo gik kamek.

    http://angellovesoldier.blogspot.my/

    ReplyDelete
  13. asal rase charlie ni mcm menyeramkan ? hehehehehe...lariiiiiiikkk !!

    ReplyDelete
  14. Betul. Budak2 skrg sibuk main game ni. Macam dah tak de kerja dah,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heee Tuu laa. Harap adik adik tak terjebak :)

      Delete
  15. Sis ada respon ke lepas main ni? cam scary jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa dia main tuu takde respon. Taktau aa memang takde respon or takde respon sebab ayat yang dia guna tuu salah. Heee :)

      Delete
  16. mcm men spirit coin jer....
    internet 1 malaysia tu free ker... kat mana.. x pernah tahu lak
    tapi youtube ada benda yang bagus gak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. Free. Pusat Internet 1 Malaysia. Kalau tak silap khas untuk kawasan kampung / pedalaman.
      Betul tuu. Setiap benda ada kebaikan dan keburukan tersendiri. Kena pandai pilih dan jangan salah guna :)

      Delete
  17. Tulah. Game macam tu macam khurafatlaa. Nasib budak2 yg main, kalau bapak budak dah kena cepukk. Haha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha Kalau bapak budak yang main memang betul betul takde keja aa XD

      Delete
  18. dik...accept x offer belajar aritu?

    ReplyDelete
  19. hmmm... tak berani game2 macam ni..

    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #19 dan blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2015/10/senarai-url-blog-19.html

    ReplyDelete
  20. kenapa mesti charlie? mnegingatkan aku kep charlie and the chocolate factory je,..huhuhu :3

    ReplyDelete
  21. HAHAHA macam-macam budak zaman sekarang.

    ReplyDelete