Saturday, 3 October 2015

Aktiviti Malam : Mengejar Mr Ramak

Assalamualaikum.

Pada 29 September yang lepas, aku telah merempit ke Pantai Alit bersama mami, dedi, dan dua orang adik lelaki aku. Baru update hari nie sebab line takde. Kuikui.

Hujan sikit sikit

Bertolak kira kira 6 petang and sampai jam 7 malam. Masa sampai keadaan dah gelap gulita dah. Nampak lembaga jer. Ditambah pulak dengan talipon kesayangan aku nie takde flash. So, gambar dalam entry kali nie kelihatan sungguh paranormal. Wahaha

Nie siang masa aku berjemur di tepi pantai tuu

Nie lak malam

Maka, bermulalah misi mengejar... Apa nama binatang nie kat tempat korang eyh? Dia macam ketam tapi kecik. Kat tempat aku, ianya dipanggil "ramak" or "glamak" or entah laa. Lain orang lain sebutan. Aku pun tak pasti.

Wahaha Sempat ambik gambar --'

Kalau siang susah nak tangkap sebab dia lari laju sangat. Takpun dia cepat cepat sembunyi dalam tanah. Kalau malam malam nie dia tak sedar pun kita nak tangkap dia. Hehe Just suluh guna lampu, so dia tak boleh nampak kita. Then, tangkap jer guna tangan. Wahaha Jangan lupa pakai sarung tangan. Kalau tak nanti kena sepit ~

Entiti mistik? Bukan. Cahaya lampu. Kihkih

Ada nampak bapak saya?

Done !

Jam 8 malam bertolak balik. Alhamdulillah, kira kira jam 9 malam sampai rumah. Seram? Kalau seram takut dikejar Syaiton tuu takde lagi. Alhamdulillah. Sebab lori besar, bas besar yang melintas sebelah moto kau tuu lagi seram. Berganda ganda seram. Allah jer paham perasaan aku yang hina dina ini T_T

Dah sampai !

Wuwu Banyak jugak ^^

Masak kicap

Errr sedap ke? Entah laa. Boleh laa. Aku tak berapa nak minat. Sebab kecik, isi dia sikit. Masa makan tuu macam tak puas hati jer. Tapi kalau bab kejar mengejar tuu aku suka. Seronok nak mampsss. 2 hari kaki aku sakit.

Kahkah !

30 comments:

  1. tak pernah makan ramak ni.... anak ketam ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish. Laju. Hehe
      Bapak saya cakap bukan anak ketam. Tak pasti spesies apa.
      Tapi rupa dia memang hampir hampir macam ketam.

      Delete
    2. hihihihi.. express kan... kih3x... Mr ramak ni keluar time malam kan???

      Delete
    3. Siang ada jugak. Cuma kalau siang dia lebih tangkas dan agresif. Kihkih. Kalau kita nak tangkap laju jer dia masuk dalam lubang balik.

      Delete
  2. hahahah.. rempit ke kedai mamak waktu malam xpe, jangan rempit kekedai mamak masa bulan ramadhan disiang hari...hehehehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rempit ke kedai mamak pulak dah. Nie ada baca tak nie. Ke sedut sedut jer? Hahahaha --'
      Tapi betul laa tuu. Kalau siang siang Ramadhan singgah lepak kedai mamak memang naya laa kan.

      Delete
  3. comel je. adik beradik ketam jugak eh? hehe. banyak betul tangkap :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Kecik comel jer. Hehe
      Bukan adik beradik. Mungkin sepupu sepapat. Tak pasti spesies apa tapi memang macam ketam.

      Delete
  4. Wah..mcm sedap jer..tp mkn mcm mana sebab kecik..kulit dia lembut ker??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lembut. Tapi disebabkan saiz dia kecik, so kunyah jer dengan kulit kulit sekali. Rangup :)

      Delete
  5. Hehehehe....kenapalah comel sangat? Kalau saya pun tak puas makan jugak sebab isinya sikit sangat. ^^

    ReplyDelete
  6. Tak tahu juga nama sebenar dia apa. Akak panggil ketam kecil-kecil. hahahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha Ketam kecil kecil pun okey jugak :P

      Delete
  7. Kalau tak silap kat Perlis dorang sebut ketam angin rasanya... Dia lari laju kaan ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ketam angin? A'ah, dia lari laju gillew. Hehe :)

      Delete
    2. Maybe family Zumal je sebut nama tu agaknya. Haha ^-^

      Delete
  8. Wahhh, banyak juga Mr. Ramak yg berjaya ditangkap. Akak pernah makan benda ni orang buat macam kerepek. Kunyah-kunyah tau2 dah habis :)

    ReplyDelete
  9. sangat paranormal.. hahaha.. tak pernah makan lak ketam kecik2 ni..

    ReplyDelete
  10. dah dekat dgn pantai grigat kat nyabor tu kann., hehe2

    Ketam angin atau nama saintifiknya Ocypode ceratophthalma merupakan sejenis ketam kecil yang sering terdapat di pantai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. Tak jauh dari situ. Mana wak tau nie :P
      Ohhh.. Ketam angin. Okey okey. Thanks info wak :)

      Delete
  11. oo.. baru tahu ini ramak.. ramak tu ketam ke umang-umang? kak aiza tak kenal sangat.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berdasarkan komen wak di atas, ianya merupakan ketam angin. Hehe
      Kalau umang umang tuu lain :)

      Delete
  12. wahhh ni nama dia ramak eh hihihi comel nya!!! <3
    huhuhu ok nak main kejor kejor jgk aaa nanti hihi

    ReplyDelete