Friday, 21 August 2015

Tentang IC dan Bermukun

Assalamualaikum.

Hari nie birthday dak abang. Genap 12 tahun. So, pegi laa kittew ke pejabat pendaftaran buat IC. And done ! Hehe

Anyway, dah dekat dekat nak Merdeka nie, banyak jer aktiviti kat daerah aku. Tadi adik adik aku ajak mak aku pegi tengok orang menyanyi kat Arena Petanque. Aku tak ikut pun. Tapi, tak sampai hati laa pulak biar mak sorang sorang bawak bebudak nie. So, aku ikut jer laa.

Ekceli, diorang nie salah time laa ajak keluar. Malam nie cuma ada pertandingan menyanyi lagu lagu asli and bermukun. Hahaha Ofkos laa bebudak nie cepat bosan and ajak balik. Btw, aku ada nampak beberapa orang staff RTM tadi. Masuk TV eyh?

Pentas nun jauh di sana.

Aku spot makanan jer k.

Balik rumah makan nasik. Kehkehkeh

Oh ye. Korang tau apa itu bermukun? Bermukun atau lebih dikenali sebagai bertandak merupakan salah satu aktiviti tradisional yang masih diamalkan oleh masyarakat Sarawak terutamanya di kawasan kampung.

Aku tak pasti asal usul bermukun nie. Lagipun Melayu, Melanau, Iban, dan lain lain semua layan aktiviti nie. Yang aku tau, bermukun merupakan aktiviti berbalas balas pantun antara si penari dengan si tukang gendang. Kalau aku balik Matu selalu sangat tengok mak cik aku layan orang bermukun dalam radio. Hehehe

Walaupun aku tak berapa nak minat dengan seni bermukun, tapi aku harap ia tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. In shaa Allah :)

K laa. Thanks for dropping by.

29 comments:

  1. bermukun atau bertandak..erm..bertandak tu apa pula hehe

    ReplyDelete
  2. banyak ya aktiviti kg.... bermukun sebelum ni pernah dngr tapi xthu maksud... skrg baru thu..

    ReplyDelete
  3. mukun...gempak jgk ayat ni

    ReplyDelete
  4. bertandak..hehe..aktiviti kg mek di serian tiap kali ada majlis2..bertandak sampai pgi..rinduu kg suda...huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok. Nang sampei ke pagi bertandak. Hahaha XD

      Delete
  5. dapat tawu word baru mlm ni. bertandak. bermukun. hehe

    ReplyDelete
  6. hahah,,, setiap negeri ada adat dan aktiviti seni masing-masing .

    Semoga generasi muda kini tahu menghargainya walaupun tidak mengamalkannya. :D

    ReplyDelete
  7. owh, baru tau apa benda bermukun tu. sebenarnya baru dengar pasal benda ni..hehehe

    ReplyDelete
  8. mase belajar dekat Sarawak tak pernah pn dengar kwn2 sebut bermukun tu.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muda mudi tak berapa minat dengan seni bermukun nie. Tuu yang jarang dengar tuu. Hehe

      Delete
  9. Bermukun dan bertandak memang famous di Sarawak. Kalau pergi ke kampung-kampung baru ada bermukun ni.

    ReplyDelete
  10. First time dengar pasal bermukun ni. Orang Sarawak ni banyak sangat budaya yang menarik eh. Tapi, sayang sebab ramai yang tak tahu. Termasuklah akak. lol

    ReplyDelete
  11. Baru tahu mengenai bermukun dan bertandak :)

    ReplyDelete
  12. klu tak cerita , sis pun x tau bermukun tu apa ... seronok tau berpantun ni ... selalu gak layan klu ada kat tv ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau macam tuu, you should try dengar orang bermukun, sis. Meriah diorang berbalas balas pantun. Hehehe :)

      Delete
  13. Elina dah boleh buat slot baru, mengenali budaya Sarawak, bg pendidikan percuma kat kitorang yg terlalu pemalas nak google ni. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira macam jadi Cikgu Pendidikan Budaya laa nie eyh? Haha In shaa Allah, kalau rajin :P

      Delete