Thursday, 6 August 2015

Sebelum Aku Berburuk Sangka

Assalamualaikum.

Pada suatu hari, Eri dengan gembiranya mengatakan bahawa

" Ketiga tiga puyuh kita dah bertelur ! "

Aku bingung. Bukankah puyuh kami hanya ada tiga ekor? Kalau ketiga tiganya bertelur? Gulp. Siapakah yang menghamili mereka? Adakah mereka berkelakuan songsang? Erk. Apa aku merepek nie. Maka sebelum aku berburuk sangka, aku segera menemui bapak lalu aku pun bertanya.

" Daddy, why is the three birds born egg egg haa? "

Takdelah.

" Pak, macam mana ketiga tiga puyuh tuu boleh bertelur? "

" Dah dia betina. Dia bertelur laa "

" Memang laa. Tapi bukankah telur terhasil melalui proses... Erm... Jantan... Betina... "

Aku terbatuk batuk. Selepas itu bersin. Lalu menguap. Lalu...

" Oh. Tuu puyuh baja. Bukan yang original. Sudah kacukan. Telur tuu terhasil melalui baja. Macam ayam baja jugak "

" Puyuh dengan ayam baja sama ke? "

" A'ah. Kalau dia mengeram telur tuu pun, telur tuu takkan menetas. Sebab terhasil melalui baja yang dia makan "

Krik krik krik.

Entah laa. Yang penting telur puyuh sedap. Tiap hari puyuh bertelur. Makan. Bertelur. Tidur. Makan. Bertelur. Tidur. Tiap hari jugak family aku kutip telur dia. Pastu simpan dalam balang. Kalau dah banyak, boleh laa rebus. Sekarang puyuh kami sudah berjumlah lapan ekor. Dan semuanya adalah betina ! Phewww ~

Seciput telur puyuh goreng.
Ekceli nie pestime goreng telur puyuh.
Eri yang goreng nie. Teliti sungguh --'

34 comments:

  1. Hahaha. Gelak terbahak-bahak baca entry akak. Puyuh dan ayam baja sama pun boleh..
    Meh la baca entry baru kite pulak.. jangan lupa komen ye kak :)

    ReplyDelete
  2. hehehe kelakar sampai nak tergelak dah baca entri adik ni :D telur puyuh memang sedap :)

    ReplyDelete
  3. sedapnye telur puyuh!! buat masak merah best ni... lapar la pulak!

    ReplyDelete
  4. adoi.. cenggitu pulak.. hahaha... ingatkan, puyuh dah songsang.. kikiki

    ReplyDelete
  5. ahahahahaa~ sampai ke situ fikiran eri..

    telur puyuh bestttt.. nak-nak masak sambal merah.. nyum2~ ^_^

    ReplyDelete
  6. kita pun ingat puyuh tu songsang. hahaha

    ReplyDelete
  7. bila sebut ayam baja..eh xtaw..puyuh bertelur sbb baja eh xtaw jugak.. kat kampung pahang pernah bela dulu la.. mmg best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Tiap hari boleh kutip telur dia. Hehe :)

      Delete
  8. hahaha lawakla entry ni! xD saya pun suka telur puyuh, kecik comel je. slalu makan telur puyuh rebus, tk pernah mkn puyuh goreng cmtu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe. In shaa Allah nanti kalau ada lagi, boleh laa cuba goreng. Hehe ^^

      Delete
  9. org yg baca pon konfius,,, hiihiihihi... telur puyuh rebus best,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama laa kita konfius XD
      Yups. Best :)

      Delete
  10. ..comel2 jk telur puyuh dh digoreng mata hehe..kmk biasa mkn nk yg drebus jk,terus ngap2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok. Biasa nang kamek rebus jak. Tetiba jak adik kamek goreng hari yaa XD

      Delete
  11. tak pernah goreng telur puyuh, selalu rebus telur puyuh. pun sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pun pestime saya makan telur puyuh goreng. Haha Biasanya rebus jer :)

      Delete
  12. perghhh menggoda betul tengok ,, telur puyuh bukan kecik je ke.. tapi bila dah goreng nampak macam besar je.. oh ye, btw wan maybe dah berkecik hati dengan industri blogging hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. Memang kecik pun kalau tengok live. Dia nampak besar sebab efek kamera kot :P
      Haha Kecik hati pulak dah XD

      Delete
  13. nampak sedap..lebih kurang telur ayam kg je...kecik dan molek..

    ReplyDelete
  14. Apa beza telur ayam dengan puyuh? Nampak lebih kurang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telur ayam lebih besar berbanding telur puyuh.
      Dalam gambar nampak besar maybe efek kamera.
      Ekceli kalau tengok live kecik jer :)

      Delete