Saturday, 8 August 2015

Apa Benda Terbang Tadi? Api.

Assalamualaikum.

Aku lupa benda nie berlaku tahun bila. Tapi masa tuu aku masih belajar kat sekolah menengah. Malam tuu, Farah lepak kat rumah aku. Pastu, tiba laa masa untuk dia balik. Kalau tak silap aku lebih kurang jam 8 malam. Maaf kalau aku silap. Farah pun keluar and pakai selipar. Aku turut berdiri kat depan pintu rumah.

Kira macam nie laa.

Masa berdiri depan pintu tuu, masih sempat jugak borak borak kosong. Tengah syok berborak, tetiba aku terpandang something melintas dengan lajunya.

Bersyukur laa korang lukisan aku sikit pun tak seram --'

Api. Yups. Api tuu melintas betul betul kat depan aku and Farah. Aku seolah olah terpegun. Mata aku dok tengok api tuu jer. Bulat. Lebih kurang sebesar lampu kereta. Api dia terpercik percik.

Disebabkan terkejut, aku dan Farah saling berpandangan. Masa kami tengok api tuu semula, api tuu dah takde. Zuuup, hilang sekelip mata. Taktau pegi mana. Nak baca alip ba ta pun tak sempat. Like... Seriously?

" Farah, kau nampak tak? "

" Nampak. Api "

Gila tak seram. Kalau langgar muka aku tadi macam mana? Cis. Lepas tuu aku nampak kelibat bapak aku datang dari arah sungai. Bapak aku kan nelayan. Sekali sekala kena laa jenguk keadaan perahu dia kat sungai tuu. Cepat cepat aku tanya bapak.

" Daddy, what is the fire fly fly haa? "

Erk. Tipu.

" Pak, apa benda terbang tadi? Api "

" Api? "

" A'ah. Api terbang melintas "

" Sebesar lampu kereta ke? Bulat kan? "

" A'ah. Nak kata bulat tak bulat sangat sebab api dia terpercik percik "

" Polong "

" Polong? "

Farah jadi serba salah nak balik ke tak, nak balik ke tak. Hahaha Kalau dalam perjalanan balik tetiba ada api suluh macam mana? Kusss semangat. Habislah kau, Farah. Last last terpaksa beranikan diri untuk balik jalan kaki sorang sorang. Dah laa gelap. Kekeke Nasib baik takde pape.

Kat tempat aku nama benda tuu polong. Kat tempat korang aku taktau laa. Aku cuba search Google tapi benda lain pulak keluar. Bapak aku cakap, polong diperbuat daripada telur. Ia digunakan untuk melihat sejauh mana kekuatan sihir seseorang. Terutamanya bagi yang baru belajar. And sudah tentu laa digunakan untuk menyihir orang lain.

Ada jugak orang cakap, kalau kita tunjuk benda tuu guna jari, benda tuu akan jatuh. Apabila jatuh ia kembali kepada bentuk asal, iaitu telur. Entah laa. Aku pun tak berapa pasti. Yang pasti, ianya dibenci oleh Allah swt. Mintak dijauhkan laa ye.

Anyway, korang pernah nampak tak?

28 comments:

  1. Seramnya. Akak pun taktahu kalau kat tempat akak benda tu dipanggil apa. Banyakkan berdoa moga dilindungi daripada benda yang tak elok ye.

    ReplyDelete
  2. benda apa tu? mercun roket ke? Patutnya happy la dapat tgk mercun roket. hahaha... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu kali pertama saya tengok mercun roket. Tuu yang gentar sikit tuu XD

      Delete
  3. alhamdulillah tak pernah lagi nampak benda2 camtu. Tapi tak sangka kan zaman sekarang ni sebenarnya ramai je yang amalkan sihir.

    ReplyDelete
  4. pernah dengar gak orang cakap, tapi ada yang cakap tu penanggal. so x sure yang mana. hehehe, kalau jumpa telur kat tengah jalan, jangan lah amik ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yups. Ada jugak yang berpendapat ia ada kaitan dengan penanggal. Entah laa.
      A'ah. Betul tuu. Jangan nak ambik sembarangan. Hahaha

      Delete
  5. pergh... gua pernah dengar jugak pasal bebola api terbang ni, zaman dulu2 ada la dengar cerita makhluk ni. Nama dia Tengelong (kalo tak silap la), kononnya dia ni makan ikan dan serangga kat sawah padi... ntah la sejauh mana kebenarannya, mungkin juga ianya Polong, sepertimana yang ayah lu cakapkan. isk... minta jauh laaa benda2 khurafat mcm tu, hishhh sape la hamba Allah yang nak testing power dia tuuu nauzubillah, semoga dia bertaubat dan kembali ke pangkal jalan sebelum ajal mengundang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengelong tuu hantu penanggal kan?
      Ramai jugak yang berpendapat polong ada kaitan dengan penanggal. Tapi yang wa tengok tuu bebola jer.
      Yang makan ikan or serangga tuu takde pulak bapak wa cakap. Entah laa.
      A'ah. Betul tuu. Bawak bawak laa bertaubat --'

      Delete
  6. Seramnya.. Dahla malam2. Alhamdulillah saya x pernah lgi jumpa bende2 camtu. Masih ramai lgi org yg amalkan sihir zaman skrng ni :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. Masih ramai lagi amalkan benda benda karut macam nie --'

      Delete
  7. hi dear, fara tak pernah tengok benda tu, tapi selalu dengar perkataan polong bila tengok video youtuber lawak dari Singapore. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yeke? Tak pernah tau laa pulak. Hehe :)

      Delete
  8. Seram gak kan , nk try google la polong tu mcm mana bentuknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. KTC dah try search Google jugak. Tapi benda lain jer keluar. Kalau ada api terbang pun tak sama macam yang KTC nampak. Huhu

      Delete
  9. 1st time tau polong tu bntuk dr api ye..

    ReplyDelete
  10. bunga api atau mercun sesat kot... ehhh.. tp.. mmg seram laaa

    ReplyDelete
  11. polong..? bukan kot.. mungkin ufo nk mendarat kat situ.. tp die transparent. tp kebetulan mase die bg signal terlupa nk teka suis transparent maka ternampak la mcm bebola api tu..

    think positive ok.. jgn nak melalut sgt.. ahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha Mr Korn kap kun kap. Sapa yang melalut sebenarnya nie XD

      Delete
  12. Errrrr, dah lama tak baca pasal benda-benda macam ni.

    ReplyDelete
  13. Aduhai tadi baca pukul 3 pagi. Baca baca perkatan polong terus mcm emm ok. bye. Bukak utube tngok benda lawak. Hahahahhaah skarang dah lepas solat subuh baru sambung baca balik. Hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laa. Hahaha Kemain takut baca perkataan polong XD

      Delete