Wednesday, 15 July 2015

Resepi Kek Lapis Tembikai Madu - Mudah dan Sedap

Assalamualaikum.

Wah, tajuk bukan main komersial XD Kek Lapis Tembikai Madu merupakan salah satu kek yang wajib ada setiap kali menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sedap kek nie. Aku suka. Hehe So, aku nak share resepi yang entah dapat daripada siapa, aku dah lupa. Dapat daripada geng geng mak laa tuu.


Tahun bila entah aku tulis resepi nie XD Orang cakap kalau kertas resepi tuu nampak kotor kotor, tuu maksudnya kek tuu sodap. Kertas resepi aku bukan jer kotor, malah koyak rabak. Hahaha Uhuk. Sila imagine kesedapan kek ini.


Bahan bahan :

16 oz mentega
10 biji telur ayam
1 gelas gula halus
1 tin susu manis
1 tin seri kaya
1 botol kecil horlick
3 gelas tepung roti merry (roti merry yang telah dikisar)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh ovallete
3 sudu makan madu
1 sudu makan pandan paste
Pewarna hijau, kuning, merah - secukupnya
Bijan hitam - secukupnya (boleh digantikan dengan kismis)


Cara membuat :

#1 Pukul mentega dan gula sampai kembang.

#2 Masukkan telur satu persatu. Gaul rata. Masukkan susu,  seri kaya, horlick, dan madu. Gaul rata.

#3 Masukkan ovallete dan esen vanilla. Gaul rata.

#4 Masukkan tepung roti merry sampai habis. Gaul rata.

  

#5 Bahagikan adunan kepada 3 bahagian :

Bahagian A : Masukkan pewarna merah dan bijan hitam. Gaul rata.
Bahagian B : Masukkan pewarna hijau dan pandan paste. Gaul rata.
Bahagian C : Masukkan pewarna kuning. Gaul rata.


#6 Setiap bahagian dibahagikan lagi kepada empat bahagian.


#7 Bakar mengikut susunan warna di bawah :

Hijau - Hijau - Kuning - Kuning - Merah - Merah - Merah -
Merah - Kuning - Kuning - Hijau - Hijau


Nie kek ke empat dah siap untuk raya tahun nie. Lambat pulak buat kek dengan biskut untuk raya kali nie. Mak cakap esok dia nak buat Kek Evergreen pulak. Kek wajib jugak nie. Haha Aku pulak nak buat biskut lagi dan lagi. In shaa Allah.

K laa. Cuba jangan tak cuba. Sedap tau. Good luck ! :D

Updated :


Lupa nak upload gambar kek dah masak. Haha Yang merah tuu laa Kek Lapis Tembikai Madu. Hijau tuu Kek Evergreen. Kuning tuu Kek Dendy. Hitam tuu aku lupa laa. Sama ada Kek Belacan or Kek Hati Pari. Nie laa antara kek wajib ada kitorang setiap tahun :)

18 comments:

  1. wah, sedapnya. nanti boleh mintak mak buat kan..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah. Buat jangan tak buat. Hehe

      Delete
  2. wah ! menarik. kaler lampu isyarat sangat. hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye. Apasal saya baru perasan nie. Haha XD

      Delete
  3. Update setiap kek dengan biskut please.. cepat! dah nak raya. haha nampak cam sedap.. hmm tapi rumah saya takde ketuhar. Sedeyh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya update setiap kek dengan biskut, tak raya laa saya Anas --'
      Takde ketuhar? Pakai kuali pon boleh. Kekeke XD

      Delete
    2. kuali? hmm ok nnt cek kat umah Kak Jira Roxx kalau2 dia ada kuali lebih

      Delete
    3. Aik. Kuali pun takde jugak? A'ah, pegi laa cek XD

      Delete
  4. NAk Try buat jugak lah. Boleh makan nanti raya.. yayyyy

    Akak Tiri... Jemput la bace entry bawang putih jugak yeee. Jangan lupa komen.. haha *dengan muka tak malu*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat cepat. Dah nak raya dah nie bawang oi :P
      In shaa Allah. Pasti singgah baca komen apa semua laa :)

      Delete
  5. menarik ni. kaler pun kaler traffic light kat jalan tu. hehe :D

    ReplyDelete
  6. Wah~ macam sedap je! Nak try buatlah tapi takde masa. Good job geng! Lepas nie, try to update resipi kek dengan biskut bebanyak okay? Have fun and selamat hari raya, maaf zahir dan batin! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, In shaa Allah ada rezeki nanti boleh cuba okey :)
      Update bebanyak? In shaa Allah. Kalau rajin XD
      A'ah. You too, gang. Salam Aidilfitri and maaf zahir batin ^^

      Delete
  7. Rajinnya buat kek lapis warna-warni :)

    ReplyDelete
  8. woaaah orang sarawak sejati ni.. akak penah sampai kuching n paling jauh sarikin je =P
    teringin nak explore semua tempat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha Sejati laa sangat XD
      Oh yeke. Takpe. Nanti ada rezeki boleh aa explore satu Sarawak. Ekceli saya sendiri pun tak habis explore lagi. Kuikuikui XD

      Delete