Sunday, 12 July 2015

Hitori Kakurenbo - Main Sembunyi Sembunyi dengan Anak Patung

Assalamualaikum.


Game Hitori Kakurenbo atau Hide and Seek Alone atau Hide and Go Seek Alone atau One Man Hide and Seek atau atau atau sangat popular di negara Jepun. Jepun lagi. Booo. Game nie kira macam kita main sembunyi sembunyi. Tapi kita main dengan patung. Maksudnya, kita cari patung and patung cari kita. Gittew. Biasanya guna patung binatang dua tangan dan kaki. As we can see, teddy bear?


TUJUAN :

1. Menyeru hantu dan setan. Yang nie ofkos laa kan.
2. Menyeru semangat bumi.
3. Menyeru semangat dendam seseorang terhadap kita.
4. Mencipta imej diri sendiri.
5. Dan sebagainya.

p/s : Semangat yang telah di seru inilah yang akan masuk ke dalam badan patung tersebut. Maksudnya, patung yang digunakan akan menjadi "badan" kepada semangat tersebut.


PERALATAN :

1. Patung
2. Beras
3. Gunting
4. Kuku
5. Jarum
6. Benang merah
7. Pisau
8. Besen, tab mandi, sinki, atau apa apa jer.
9. Segelas air garam


CARA PERMAINAN :

Belah perut patung. Keluarkan kapas dalam perut dan gantikan dengan beras. Masukkan kuku jugak. Jahit semula dengan benang merah. Lebihan benang digunakan untuk mengikat dan membelit patung. Benang merah ini mewakili salur darah dan ia juga bertujuan untuk mengikat semangat yang ada di dalam patung. Berikan nama pada patung. Cipta nama sendiri. Jangan guna nama orang lain. Pastikan kita sendirian di rumah. Bahaya kalau ada orang lain sebab berkemungkinan orang lain pulak kena.

There is the possibility that they will be “found” instead of you. And something terrible will happen to them. You must be alone in the house when you play.
- Horror News -

Tunggu hingga hari gelap. Ramai berpendapat jam 03:00 pagi merupakan waktu yang sesuai. Kalau dah ready, isi besen dengan air. Tutup segala lampu, tingkap, dan pintu. Biarkan TV terpasang tidak jauh dari tempat kita nak sembunyi nanti. Sebab kita boleh nampak apa yang patung tuu buat melalui TV. Katanya laa.

Berdiri berdekatan besen, pegang patung, dan sebut " (Nama kita sendiri), yang pertama " Sebut 3 kali. Pastu lepaskan patung ke dalam besen. Pegi ke bilik berlainan dan kira 1 sampai 10. Balik semula ke tempat besen tadi dan cakap " (Nama patung), aku menemukanmu " Tikam patung guna pisau dan cakap " Sekarang giliran (nama patung) " Ucap 3 kali. Lepaskan semula patung ke dalam besen bersama pisau. Cepat cepat sembunyi sambil bawak air garam.

Closets make excellent hiding places. So let’s say you’re in the closet.
You remain there waiting and listening. All sorts of strange things are said to happen.
Apart from sounds (footsteps and things being moved around) people have reported horrible smells, changes in temperature, and having the TV suddenly switch off or the volume change dramaticallySome reported the sensation of being touched or pulled on, others said that their household pets freaked out (cowered or cried out).
Whatever happens, stay hidden for as long as you can or until sunrise.
- Horror News -

Jika kita merasakan kehadiran patung semakin dekat, masukkan separuh air garam ke dalam mulut. Tapi jangan telan. Pastu carik laa kat mana patung tuu. Biasanya patung tuu dah takde kat tempat kita letak tadi. Kalau dah jumpa, tuang lebihan air garam ke atasnya pastu sembur dengan air garam dalam mulut kita tadi. Katakan " Aku menang " sebanyak 3 kali. Lepas tuu cepat cepat buang benang, jahitan, dan belitan pada patung. Keringkan patung dan bakar dengan segera. Bakar sampai takde sisa. Kalau tak bakar betul betul, patung tuu mungkin tak kacau kita dah. Tapi, semangat itu masih ada.


VIDEO :

1/ So... I Played Hide and Seek Alone
2/ Hitori Kakurenbo
3/ Malas nak cari lagi. Booo.

p/s : Berdasarkan kepada beberapa komen yang aku baca, sampai sekarang pun masih ada antara mereka yang main game nie tak jumpa semula patung tuu. Kalau laa betul, ofkos laa rasa tak senang duduk kan?


MOVIE :

Hitori Kakurenbo Gekijo - Ban atau Hide Go Kill arahan Yasafumi Yamada. Dikeluarkan pada tahun 2009 dan telah menjadi fenomena. Kalau movie nie tahun 2009, maksudnya game nie dah lama wujud.


KESIMPULAN :

Betul ke tidak, wallahualam. Dalam Islam, menyimpan patung di dalam rumah memang sudah tidak digalakkan. Apatah lagi untuk tujuan tujuan sebegini. Dan yang paling penting, jangan sesekali khurafat, syirik menyekutukan Allah. Nauzubillah.

There is really no way to know.
That’s why so many people would advise you not to play Hitori Kakurenbo
Black Cat Loki -

Kalau nak main sembunyi sembunyi, lebih baik ajak adik beradik atau isteri atau suami atau kawan atau jiran atau atau atau. Ofkos laa feel dia tak sama kan. Tapi okey laa, boleh mengeratkan ukhwah sesama manusia. Hidup ini tidak sunyi pun. Ramai manusia di sekeliling kita. Dan menyayangi kita. Raya dah dekat. Ingatlah orang tersayang. Eheh.


DISCLAIMER :

1/ Entry ini bukan berdasarkan pengalaman aku. Kesahihan game ini tidak dapat dipastikan sebab aku dapat maklumat melalui bahan bacaan dan tontonan semata mata. Takde secara live or crystal clear. Sekadar pengetahuan. Jangan ambil risiko.

2/ Aku takkan bertanggungjawab atas kerosakan patung korang yang mahal tuu. Dan aku jugak taknak bertanggungjawab kalau korang tengok muka patung korang tetiba berubah malam nie. Ngeeehihihihihihi ~~~ Takut tak takut tak XD


CREDIT :

46 comments:

  1. Seramnya. Akak kalau tengok patung pun dah takut dah. Huhu. Lebih-lebih patung dalam movie Annabelle tu. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. Patung berbentuk manusia. Chucky also. Hehe

      Delete
  2. Auchh mcm seram ja . ada ke yang sanggup main gini dkt msia ni .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah laa. KTC rasa belum ada lagi kot? :)

      Delete
  3. Scary dia boleh tahan. Hm hm hm

    ReplyDelete
  4. ekkkkk. seramnyaaa. nasib baik dah tak simpan sgt patung dlm rumah. xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Haha Kebetulan rumah akak ada sekor teddy bear biru takde mata. Kuikuikui

      Delete
  5. Hehehe, ni yang rasa macam nak try. tapi rasa takut pun ada gak.huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak try? Hehe KTC pun terfikir jugak. Tapi kalau dia jadi betul betul, bahaya sangat game nie --'

      Delete
  6. Seram sejuk gak akak membacanya. Scarylah,..

    ReplyDelete
  7. macam dah takde game lain nak main... main ler polis sentri ke... galah panjang ke... mengumpul setem pon ok juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Ankel kan. Mereka nie tak cuba lagi game Malaysia. Sekali cuba gerenti ketagih diorang nie XD

      Delete
  8. nice sharing sis. saya memang suka baca something yg horror macam ni. #kipidap

    ReplyDelete
  9. peh. kenapalah terbaca waktu tengah malam? 0w0

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah malam laa best. Feel dia lagi gempak XD

      Delete
  10. Fuhhh meremang kite bace! Nasib baik laaa mak dah sedekahkan semua anak anak patung teddy bear kat jiran. Kahhkahhh. Ini yg mcm dalam chucky tu ke? Vodoo kot nama dia. Sy pun taktauu sangat pasal benda2 ni. Btw, nice sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha Okey laa tu dah sedekah. Dapat pahala XD
      Hurm, tak pastilah pulak --'
      Yups, and thanks for dropping by :)

      Delete
  11. fuh..meremang bulu roma baca entry ni.. minta2 anak yong tak minta lah patung rupa mcm manusia ni..seram bebenor.

    ReplyDelete
  12. Jangan berani2 try ye. hahah.

    ReplyDelete
  13. seramnya... berani betul diorng buat game2 yg mcmni T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yups, betul tuu. Game nie seram + bahaya --'

      Delete
  14. anas tunggu kak jira rock kita dtg komen membina. mana tau dia nak guna patung autobot dia tu ke, hmm. menarik kan? Jira, komen sini komen sini.

    btw Elina, gila tak seram? baca pkul 2.57, nak plak terbaca cakap pukul 3 waktu terbaik. pergh meremang bulu roma.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahkahkah. Mana Kak Long Jira kita nie. Sila tampil memberikan penjelasan paling rock XD

      Haa, boleh laa cuba Anas. Waktu terbaik tuu :P Kekeke

      Delete
  15. mak aiiii... ingat salah masuk blog tadi.. seram betul datang sini tadi, baca entry ko ni... dasyat! aku tak pernah tahu pun ade game dasyat macm tu... mmg aku tak amik tau pun.. walaupun bear tu cute2, tapi isshhh dasyat kot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak salah masuk pun. Haha XD
      KTC pun baru tau pasal game nie :D
      Yups. Bergantung pada tuan bear tuu jugak aa kan. Kalau gunakan untuk tujuan salah, nie laa jadi nya --'

      Delete
  16. Takutlah nk main mcm tu.. trgt spirit if the coins. Berkaitan smgt jgk.. biasanya budak2 hostellah yg rajin main..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. Spirit of the coins pun sama. Seram dan bahaya --'

      Delete
  17. wuauauauau ada sesetengah patung yg sedia ada fizikalnya pun dah buat gua takut =_+
    err orang Islam boleh ke buat menda2 ni semua?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yups. Betul tuu. Sempurna macam mana pun tetap ada part "pelik".
      Ofkos laa tak boleh buat kan. Pffft --'

      Delete
  18. baca pun dah seram dah. apatah lagi nak buat.

    ReplyDelete
  19. huish. macam-macam la manusia ni. elok-elok xde nak panggil dia muncul pulak, haha,

    ReplyDelete