Friday, 3 July 2015

Dia Belum Sampai

p/s : Entry ini sedikit berhantu. Baca jer walau anda penakut. Sebab bulan Ramadhan nie hantu takde. Kena ikat. Hahahambar Lepas puasa nanti tanggung sendiri XD

Assalamualaikum.

Updated : Sorry. Picture has been removed -

Straight to the point. Kisah masa aku Form 3. Tahun 2010. Masa tuu aku pegi sekolah pakai basikal lagi. Hehe Kelas aku Tingkatan 3 Dedikasi, kat tingkat paling atas iaitu tingkat tiga and paling hujung.

Pada suatu pagi yang sangat suram sampai masuk World Book of Records, aku pegi sekolah macam biasa. Suasana kat sekolah pun masih sunyi sebab belum ramai pelajar datang. Kira kira jam 6 pagi ++ macam tuu. Biasalah, budak baik macam aku selalu datang awal. Ahaks. Masa aku jalan kat ground floor tuu, aku dengar macam suara Farah sayup sayup panggil nama aku dari belakang.

" Elina... "

Aku toleh belakang. Takde sapa sapa. Aku tak fikir apa laa. Sebab perkara macam tuu selalu berlaku. Mainan perasaan jer kot. Aku pun terus naik tingkat atas. Masa sampai depan kelas, aku nampak Tracy sedang menyapu sampah depan pintu. Aku senyum and tegur dia.

" Hai, Tracy "

Oh, peramah jugak aku nie walaupun pemalu. Kekeke Aku tengok dalam kelas, memang belum ramai pelajar yang datang. Masa aku nak melangkah masuk, aku nampak Farah buat muka eksaited sambil angkat kedua dua belah tangan.

" Elina... Elina dah sampai ! "

Tersengih sengih aku masuk dan pegi ke tempat duduk aku. Keadaan dalam kelas masa tuu...

Memang meja dalam kelas tuu berterabur.
Bukan aku yang tak pandai melukis.
*cover*

Kisahnya... Masa aku melintas tempat duduk Erisa, aku nampak dia tengah pandang papan putih. Mata dia tak berkelip sikit pun. Riak muka dia macam tak puas hati. Pastu dia langsung tak tegur aku. Pandang pun tak. Aik, apasal pulak nie? Takkan bertikam lidah dengan Farah lagi kot? Pfft.

So, aku berbelah bahagi nak tegur ke tak, nak tegur ke tak. Last last aku buat taktau jer laa. Aku pegi tempat duduk aku. Aku sempat tegur Adha. Oh ye, meja sebelah aku tuu meja Jeyna. Adha duduk situ sebab nak ambik angin kejap. Biasalah chuolls, tempat duduk aku mesti ada kipas. Haha

Aku letak buku yang aku bawak atas meja. Pastu aku letak beg and terus duduk. Farah pulak segera menukar posisi. Dia duduk menghadap aku. Kami pun borak borak. Tak lama pastu Farah keluarkan roti dan share dengan aku. Aku ambik aa.

" Adha, nak? "

Adha menggeleng. Seketika, mata aku tertumpu pada Erisa. Dia masih leka memandang papan putih. Kenapa Farah tak share roti dengan Erisa jugak eyh? Nampaknya memang betul laa diorang bergaduh. Tapi aku tak berani nak persoalkan. Kang ada pulak yang mengamuk awal pagi.

Aku ambik buku atas meja pastu aku tundukkan kepala sikit sebab nak letak buku dalam laci. Masa aku angkat kepala aku semula, aku nampak Erisa dah takde. Beg pun takde. Kerusi dia kemas jer bawah meja. Aku diam jap. Laju pulak dia menghilang eyh? Aku letak buku dalam laci tak sampai 1 minit pun rasanya. Pelik. Aku tanya aa kat Farah.

" Kau dengan Erisa bergaduh ke? "

Farah buat muka blur. Aku tanya lagi.

" Erisa pegi mana? "

" Dia belum sampai laa "

Aku terdiam. Main main ke apa Farah nie. Bukan yang kat situ tadi Erisa ke? Aku pun bagitau laa yang aku ada nampak Erisa. Memang aku nampak pun. Farah pulak mati mati cakap Erisa belum sampai. Berbalah jap. Aku cakap ada, Farah dan Adha pulak cakap takde.

OMG.

Beberapa minit pastu aku nampak Erisa melangkah masuk dengan senyuman. Siap bawak beg sekolah lagi. Memang sah Erisa baru sampai. Bila aku ingat ingat balik, bukankah masa Farah tegur aku sambil angkat tangan tuu takde sapa sapa kat sebelah dia?

Big gulp.

Masa tuu betapa meremangnya segala bulu takyah cita aa. Lebih lebih lagi masa aku bagitau aku nampak "Erisa" tuu, takde sapa nak percaya cerita aku sebab ingat aku saja nak prank diorang. Wuwuwu Ke aku yang kena prank nie? Huhu So, tiap hari laa aku ungkit pasal tuu sampailah diorang percaya akhirnya.

Disebabkan aku minat layan kisah seram, inilah antara kenangan paling best zaman persekolahan selain beberapa kali melihat budak histeria. Bila alami sendiri memang padan muka --' Pfft. Kalaulah aku tegur "Erisa" masa tuu... Anyway, Erisa dah kawen and dah ada anak dah pun. Comel macam mak dia jugak. Alhamdulillah.

Apa apa pun, aku cuma harap itu bukan petanda iman ku semakin goyah.

Thanks for reading.

42 comments:

  1. seramnyaaaa!!! nasib baik bulan puasa. ehek

    ReplyDelete
  2. ruginya tak tegur erisa tu erm erm .. kalau tak dapat kenal 2 erisa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha Entah macam mana laa cara dia berkenalan :P

      Delete
  3. Kalau miza orang termenung memang miza sergah terus. "Hah !" hahahahaha XD

    Laaa dah kawen dah dia?? kuikuikui

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, kalau laa saya sergah dia, mesti orang ingat saya gila sebab sergah kerusi kosong. Hahaha
      Dah dah. Alhamdulillah :)

      Delete
  4. eh seramnya.. kalau jauh xpe ni dekat jer.. skrg ada nampak apa2 lg x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuu laa. Depan mata tuu. Hehe
      Alhamdulillah. Takde :)

      Delete
  5. serammmm pulakkk. dalam kelas pulak tu. siang2 pulak tu. haishhh~

    ReplyDelete
  6. mungkin ada yang saja saja kacau kot :) hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau betul saja saja nak kacau, memang diorang nie tangkas cepat dan tepat aa. Haha --'

      Delete
  7. suspen habes time baca..

    Saya ada buat segmen. Jemput join http://akukaudansesuatu.blogspot.com/2015/07/segmen-blogwalking-by-ms-kejupenyet.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks reading. In shaa Allah nanti singgah ye :)

      Delete
  8. uishh.. seram2! nasib tak tegur.. hehe
    jemputlah singgah blog saya yg tak seberapa ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuu laa :)
      In shaa Allah, nanti saya singgah :)

      Delete
  9. meremang..hihihihih.. tak pernah alami bnda mcm ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah. Suatu hari nanti. Haha :P

      Delete
  10. tak seram lahh. mana ada serammm. meremang bulu roma >.<

    ReplyDelete
  11. serammmm... nasib baik bulan puasa.. ahaks.. btw, saya singgah :)

    ReplyDelete
  12. brrrrr! meremang bulu dada gua baca weh :O so far gua tak pernah lgi kena 'tegur' apatah lg nk nampak benda bukan2. harap kekal begitu. selamanya :|

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pfft. Bulu dada ye. Hahaha
      Baguslah kalau lu belum pernah kena :P Wa doakan lu takkan kena. Amin. Kekeke

      Delete
    2. Tak senonoh sih jira, nak ke mana bulu dada kau. haha

      Delete
  13. Ahahahaha! Meremang habis bulu roma saya. Nasib baik bulan puasa tau? XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa Tak lama lagi bulan puasa habis :P

      Delete
  14. aiyokkkkk....seram kmk..tringat kmk time g skul awl pg duluk2..gulap gulita agik(biasala semanjung kul6lbh pagi msh gelap)..sorang dua jk dlm kelas..harap2 semuanya manusia dlm klas time ya..gulpss..

    ReplyDelete
  15. halamak dik, best kut citer kali ni. lpas ni buat citer seram lg. buat segmen khas. haha. terbaik. kalaulah masa Elina pandang atas balik, tengok Erisa ada kat sebelah plak, ha! acaner tu. haha. good job dik! buat abg serem tetengah malam ni. *tghmlm dh ke? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramadhan nie susah sikit XD
      Pfft. Tak terfikir pulak "Erisa" tuu nak pindah sebelah. Haha Mintak dijauhkan, Ya Allah.
      Kira tengah malam jugak aa. Dah dekat nak jam 12 nie :P

      Delete
  16. seramnyaaa T__T tak pernah lagi berlaku bende2 cmni kat saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah tuu kalau tak pernah lagi berlaku :)

      Delete
  17. uyoooo. kalau sis tegur best jugak. macam drama pon ade. akak bile nak kawen? xDDDD

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. Tuu laa kan. Mesti lebih dramatik dan fantastik. Hahaha
      Kawen? Fikir jap XD

      Delete
  18. huhuhu, seramnya lah kalau jadi betul2 kat saya..

    ReplyDelete
  19. Ni kalau ditegur masa tu,, silap silap, harapan untuk dirasuk tu sangat tinggi hahaha. Untung selama sekolah tak pernah kena macam ni walaupun blok kelas di hujung dunia dan boleh dikatakan keras.

    Semoga dijauhkan dari perkara sebegini. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pfft. Tuu laa. Nasib baik tak tegur :/
      Yups. Mintak dijauhkan :) In shaa Allah.

      Delete