Sunday, 21 June 2015

Makan Jer. Saya Pun Puasa Jugak !

Assalamualaikum.

Sera pulang semula ke rumah setelah menghabiskan RM1 di kedai. Tak jauh pun. Kedai belakang rumah jer. Dan di tangannya terdapat seplastik kecil makanan ringan.

Sera : Nah, Abang Nas *menghulurkan gula gula kepada Nas yang sedang tidur di sudut rumah

Nas : *tiada respon

Sera : Taknak tak payah !

Eri : Abang Nas tido laa, Sera.

Sera : Nah, bang *menghulurkan gula gula kepada Eri

Eri : Tak boleh laa. Abang puasa nie.

Sera : Takpe. Makan jer. Saya pun puasa jugak !

Big GULP ! -..-

Kahkahkah. Adik mithali. Tersengih sengih aku menyambung sesi menjahit baju raya. Otak pulak ligat berfikir apakah makna puasa bagi kanak kanak yang belum genap usianya 5 tahun.


Night XD

p/s : Buang tabiat hari nie. Tetiba join Segmen & GA. Kekeke Manalah tauuu :P

12 comments:

  1. wow. jahit baju raya sendiri ? dasyat. saya jahit lencana pon fail. kahkah.

    ReplyDelete
  2. bestnya pandai jahit baju sendr..tak sabar nak tengok hasilnya...

    ReplyDelete
  3. selamat berkenalan kakak tiri cinderella.terima kasih follow akak.suka penulisan santai macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berkenalan jugak, Kak SA :) Sama sama.
      Oh, terima kasih ^^

      Delete
  4. selamat menjahit baju raya :)
    selamat berkenalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih :)
      Selamat berkenalan jugak AN ^^

      Delete
  5. Wow .. Thumbs up . Salam ramadhan

    ReplyDelete
  6. saya dulu time Darjah 1, puasa setengah hari, setiap kali sebelum pergi sekolah agama petang tu, mesti pi makan roti dengan minum air kotak Dutch Lady yang dibeli dari Petronas sebelah sekolah. Hahah.
    Sampai akak cashier tu kenal. Kah kah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah entah sampai sekarang akak cashier tuu masih ingat tak? XD Booo. Hahaha :P
      KTC lagi teruk. Habis jer waktu sekolah, masa dalam perjalanan balik ke rumah tuu rilek jer minum air kotak. Hahaha --'

      Delete