Wednesday, 27 May 2015

Sembilan Minit Temuduga

Assalamualaikum !

Ini kisah temuduga yang paling menyayat hati di dunia --'

Masa sampai kat tangga terakhir, aku nampak sorang dak laki jalan mundar mandir depan pintu. Nampak macam nerves. Kekekeke Anyway, smart + tinggi = sungguh kacak dan bergaya. Seketika, kami saling berpandangan. Aku senyum, dia pun senyum. Dup dap dup dap. Inikah yang dinamakan...

Dia : Interviu ke?
Aku : A'ah.
Dia : Interviu kat dalam.
Aku : (Angguk kepala dan masuk ke dalam)

Dan, ya ! Inilah yang dinamakan... INTERVIEW. Hahahaha T_T Ramai pulak calon kali nie. Masa aku sampai, calon ada 3 lelaki 4 pompuan termasuk aku. Semuanya nampak macam sebaya aku jer. Atau mungkin juga lebih muda. Ditambah pulak dengan kehadiran mak, bapak, pakcik, makcik, gelpren, boipren, etc. Makin meriah aa. Tak macam tahun lepas.

Updated : Sorry. Picture has been removed -

Sorang demi sorang masuk. Aku kira berapa minit diorang kat dalam tuu. Ada yang 10 minit. Ada yang 11 minit. Aku heran aa. Apasal cepat sangat diorang nie interviu. Pastu semua keluar dengan muka tersengih sengih macam kerang busuk. Kena reject ke apa nie? Habislahhhhhhhhhhhhhhhhh aku...

Bilik C menunggu... Huhu

Ting !! No 21 terpapar kat skrin. Giliran aku ~ Aku ketuk pintu dan masuk dengan senyuman. Aku nampak sorang laki, sorang pompuan. Then aku ucap selamat petang. Dua dua ramah. Alhamdulillah :) Aku pun tutup pintu, bagi fail dan resume kat diorang, dan tunggu diorang suruh duduk.

Cik ke Puan?
Cik :)

Perkenalkan diri?
Okey, terima kasih. Saya bla bla bla. Saya berumur 20 tahun dan berasal dari Saratok. Saya datang sini tadi pakai motosikal dengan mak saya (Sebut pasal moto pulak dah. Memang loyar buruk aku nie)


Saratok ke Sibu berapa jam?
(Okey, mereka tertarik dengan loyar buruk aku kekeke) Dalam dua jam macam tuu aa. Tadi pun ada masalah sikit. Saya terpaksa masuk bahagian Sarikei carik bengkel sebab moto rosak dalam perjalanan.

Tersadai tepi jalan
Betul betul kat traffic light persimpangan Sarikei - Sibu --'

Moto dah okey?
Dah, alhamdulillah. Rosak sikit jer.

Dak dak bengkel nie baiki.
Diorang tak kenakan bayaran sebab rosak sikit jer katanya.

Apa yang rosak?
Maaf, tak pasti. Tapi takdelah teruk sangat.

Teruskan...
Saya anak sulung daripada lima orang adik beradik. Adik saya bla bla bla. Updated ! Banyak sangat info peribadi pasal aku kat sini. Sorry.

Tinggi berapa?
Aku jawab 156 cm. Dia pun cakap... Bukan apa. Saya tanya nie sebab kelasakan awak. Awak nie lasak tau. Sebab awak boleh bawak moto kat jalan trafik. Kalau tengok dalam peta, Saratok ke Sibu bukannya dekat. Sebab tuu saya tanya. Kalau awak cukup tinggi, awak boleh mintak jadi polis... (Ofkos laa saya tak layak, encik --' Huhu Anyway, apasal tetiba sebut pasal polis nie? Nie mesti sebab dalam sijil saya berlambak perkataan Kadet Polis kan? Kekeke #gelaksopan)

Pakai moto apa?
Masa nie aku taktau laa anak syaitoon mana sekat ingatan aku sampai aku boleh lupa nama moto yang aku pakai. Aku cuma ingat Honda jer. Haha Dia tanya lagi... Pakai Honda EX ke? Apa nama dia eyh? EX... EX... EX5 kan? Haa, Honda EX5 ! Awak pakai Honda EX5 ke? Sebab budak rempit selalu pakai EX5 (Amboiiiiiiiiii. Saya tak merempit, encik. Saya datang nie dengan niat yang baik baik saja)

Bapak keja apa?
Bapak saya nelayan. Mak suri rumah.

Ada lesen?
Ada. Alhamdulillah (Muahaha)

Habis sekolah memang banyak masa lapang. Buat apa?
Habis jer sekolah saya pegi cari keja. Tapi takde keja. Jadi saya dok umah buat apa yang patut. Kalau memang masa tuu terluang sangat, saya bukak laptop. Saya nie suka menulis. Sekarang dah moden kan. Jadi, taip taip jer laa. Hehe

Tulis apa? Sajak? Cerita?
Kira macam tuu laa. Tapi, tuu pun kalau saya betul betul ada masa lapang.

Betul ke awak ada adik nak UPSR dan SPM nie?
Ya. Betul, betul. (Muka aku nie muka tak jujur ke?)

Pandai masak?
Masak? Boleh laaaaaa. Hehehehe (Tersengih sengih diorang dengar jawapan aku)

Nie kali ke berapa temuduga?
Kali kedua. Tahun lepas ada jugak. Kat sini jugak untuk jawatan yang sama - bila difikir fikir balik, jawapan aku yang nie macam membunuh sikit.

Updated : Sorry. Picture has been removed -

Skop kerja?
Pada pengetahuan saya, pembantu tadbir nie... Dia menjalankan tugas perkeranian dan operasi. Seperti pengurusan pejabat, fail fail, buat dokumen rasmi, dan sebagainya. (Nampaknya mereka tidak gembira dengan jawapan sayaaaaaaaaaa. Saya sendiri juga malu dengan jawapan sendiri. Kbye)

Ada buat research sendiri?
Alamakkkkkkkkkkk aiii. Apasal aku tak terfikir eyh? OMG ! Kalau aku jawab 'ada' kang dia tanya soalan bukan bukan pulak. So, aku jawab laa 'takde'. Dia pun... Takde? Awak tau tak, tuu maksudnya awak tak ambik berat pasal nie. Awak tak bersedia. Betul tak? (Dummmmmmm !! Perkataan TAK AMBIK BERAT dan TAK BERSEDIA itu membuatkan aku rasa seperti dipijak, disepak, ditendang, diterajang, dan sebagainya yang berkaitan dengan kaki) Awak sepatutnya pegi buat research kat balai polis ke, pejabat daerah ke, sekolah ke, hospital ke, kat mana mana jer laa. Awak tanya laa kerani kat sana, macam mana keja seorang kerani. Awak nie membaca kat internet jer kan? Nie mesti Google jer. Tahun lepas pun saya rasa mesti awak bagi jawapan sama jugak kan? Kalau boleh pegi buat research sendiri. Tanya. Bagitau yang awak nak temuduga. Mintak tolong diorang. Kelmarin hari apa eyh? Selasa kan? Haa, awak boleh jer pegi balai ke, hospital ke, sekolah ke, untuk bertanya. Keja nie perlukan komunikasi. Jangan percaya sangat dengan Google tuu. Menipu tuu. Awak tau tak. Dulu saya cari satu bangunan. Saya search Google. Bangunan tuu kat lain, tapi Google cakap kat lain. Akhirnya saya sesat.

Encik itu meneruskan tegurannya dan menyatakan bahawa aku nie tak bersedia. Alamak, sedihnyaaaaaaaaaaaaaaaa !! Encik, jangan laa cakap saya tak bersedia :'( Maksudnya persediaan aku sebelum nie tak cukup laa?? Sia sia laa?? Tapi sepanjang dia tegur tuu aku senyum jer. Sambil angguk angguk kepala tanda paham dan menerima teguran itu dengan hati terbuka. Hahaha :'(

Lepas tuu temuduga pun selesai. Wuwuuuuuuuuuuuuuuuu. Cepatnya T_T Soalan lain mana. Tentang isu semasa ke, nama menteri ke, kelebihan ke, kelemahan ke, peranan SPA ke, apa ke... Takde ke? So, aku kena reject ke apa nie?

Ada apa apa soalan?
Aku yang sudah lemah longlai mengatakan bahawa aku takde soalan. Hahaha Tak tak tak. Aku tak marah or kecik hati ke apa. Hehehe (Yelah tuu)

Aku pun bangun, ambik semula fail, then ucap terima kasih. Puan tuu sempat pesan bawak moto jangan laju laju. Hehe In shaa Allah, puan. And, aku pun keluar dengan tertib. Tengok jam... Sembilan minit berlalu.

What !?

Pssst. Jadi, POINT UTAMA nya di sini adalah, SILA BUAT RESEARCH SENDIRI. (Aku search Google takde sapa pun bagitau pasal nie and aku sendiri pun apasal laa tak terfikir? T_T). Sebagai contoh, kalau dapat interbiu kerja kerani, sila jumpa mana mana kerani and tanya apa apa jer yang patut ditanya.

Okey?

52 comments:

  1. semoga ade rezeki nanti amin! :)

    ReplyDelete
  2. akak doakan semoga rezeki memihak pada sis..Aamiin!

    ReplyDelete
  3. Huhuhu...akak x pernah merasa interview yg scary macamni. Alhamdulillah...masa tu masuk kerja pun interview pun macam wat cukup syarat jer...x official sangat.

    Yana Afi Mohamed

    ReplyDelete
  4. wow. macam scary aje bunyi nyaaa.. selalunya nak pergi interview ni mesti kena buat pasal research kan... tak boleh bergantung research dari google je.. hmmm... kena tahu pengalaman kerja orang lain jugak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak terfikir sebenarnya nak buat research sendiri. Lepas nie kalau ada lagi panggilan interview, memang kena buat laa. In shaa Allah.

      Delete
  5. takpe KT pengalaman semua tu. Sekali silap esok-esok mesti ingat. Nanti setiap kali nak interview mesti dah ready awal-awal dengan reserch semua. Good Luck KT :)

    ReplyDelete
  6. Soalan memula tu dia tanya santai je. Masuk part "awak dh buat research" tu seramnya.. Mesti gugup sangat masa ni kan. InsyaAllah kalau ada rezeki, adalah tu. Yg penting kne banyakkan berdoa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yups, betul tuu. Masa tuu memang gelabah gila T_T Huhuhu
      In shaa Allah. Really hope so :)

      Delete
  7. kite pon baru lepas interview.. failed jugaq :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahaiiiiiii.... Takpe... Rezeki ada di mana mana. In shaa Allah :)

      Delete
  8. First of all nak minta maaf sbb takde niat nak ketawekan awk. Tp sesi dibebel oleh pegawai tuh kelakor. haha. Hda pon pernah interview SPA sekali. 5 minit jek. hahahahhhahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe. Maaf diterima. Haha
      Laaa, yeke 5 minit? Apa benda jer yang diorang tanya?
      Saya ingatkan sayalah calon yang paling cepat habis interviu dalam dunia nie :P

      Delete
  9. insyaallah kalau ada rezeki, ada la tu .. kalau pergi interview ni, mesti kena tanya kaw-kaw punya. takut dibuatnya. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah :)
      Tuu laa. Kali nie tak sempat nak kaw kaw... Dah tamat lak aih. Huhu T_T

      Delete
  10. Insyaallah ada rezeki la nanti tu. Doa banyak2.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... In shaa Allah. Harapnya begitulah. Terima kasih :)

      Delete
  11. Saya tak pernah pegi temuduga SPA sebelum nie. Takut jugak kalau2 masa temuduga nanti jadi macam tu. Hahaha. Anyway, masa saya baca entry awak nie, mcm2 perasaan ada. Kelakar ada, sedih pun ada. Hehehe. Takpe la awak, bukan rezeki awak kot? Next time bila ada lagi temuduga kena buat research la ye? In shaa Allah, ada rezeki takkan kemana. Good luck geng! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga nanti masa giliran awak ia tak jadi macam nie laa eyhhh. Sila ambik iktibar daripada pengalaman saya. Haha
      In shaa Allah. Ya, kalau dah rezeki tak kemana T_T
      Thank youuuuu geng :D

      Delete
  12. Alaa kesiannya. Takpelah takda rezeki. Banyakkan bersabar eh. InshaAllah ada lah rezekinya nanti :D
    Good luck <3

    ReplyDelete
  13. all the best :) insyaallah ada rezeki untuk kita

    ReplyDelete
  14. all the best.. InshaAllah kalau Allah takdirkan tu rezeki untuk kita,adalah nanti :)

    ReplyDelete
  15. semoga berjaya ye sis ^^ kakak tiri gogogo!

    ReplyDelete
  16. begini rupenye intebiu SPA...tq kakak ipar tiri...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Beginilah rupanya :P Hehe Sama sama :)

      Delete
  17. ya allah seram gila. hahaha kite belum pernah lagi kena interview kak thats why i dont know anything. anyway,tak ape kak,rezeki ada kat mana2 so dont give up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha So, sila ambik iktibar :P
      Anyway, makseh... In shaa Allah :)

      Delete
  18. Rezeki tu ada dimana-diamana.. mungkin dia tak bagi hari ni, mungkin juga bukan minggu depan. mungkin dtg dalam bentuk lain. InsyaAllah ada rezeki tu... Asalkan jaga mak & ayah, rezeki tu sentiasa ada..


    gudluck for next try.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tuu :D In shaa Allah. Amin. Terima kasih :D

      Delete
  19. bahahah teringat df kene interview butt dia tak tanya pun soalan mcm gitu. =.=

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe Yeke. Habis tuu dia tanya apa jer kat DF :P

      Delete
  20. Good luck! aja2! fighting :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah. Fighting ! XD Thank you :D

      Delete
  21. Moga ada rezekinya kali ni. Insya Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, in shaa Allah. Terima kasih, kak Farah :)

      Delete
  22. Insya-Allah ada rezeki lah nanti. Siapa tahu kan? Nanti kalau ada masa, share lah tips penting masa interview ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah. Amin. Terima kasih. Harapnya macam tuu laa :)
      Share tips penting? In shaa Allah :)

      Delete
  23. hari tu ada pergi temuduga pembantu penilaian, tapi saya rasa tak lepas. asyik sengih kambing manjang. wahahaha. xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laa yeke. Takpe. In shaa Allah, kalau takde rezeki kat situ, mungkin kat lain :)
      Aiii, sama laa. Saya pun selalu tersengih sengih, siap tergelak lagi XD Heee :P

      Delete
  24. Akak kena temuduga hari 25.05.2015 ari ya..hahaha..jawatan sama juga....
    Misteri betul bilik temuduga tu...masuk je..kelu..kuar..elok je nak.
    Iskkk....akak kena penemuduga ppuan hari ya.....
    malas nak fikir dapat job tok dik..muka ppuan ya kelat semacam jak..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh. Jawatan sama? Sini tempat kitak Cik Akak? :)
      Nang misteri pun. Haha Ada penunggu menunggu atas pintu masuk kot XD
      Pompuan? Kamek suka gik interviewer lelaki. Taktau laa kenapa. Huhu
      Kelat sik puas hati dengan jawapan kaa. Haha Kamek nang alu tamat terus interview. Haha T_T

      Delete
  25. wau, last part tu macam tembakan padu gitu. kenapa banyak sgt loyar buruk like "alhamdulillah ada lesen" menangisssssssss, xpenah pulak dengar pasal kena buat research tentang job scope so THANKS A LOT FOR THAT!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Me too T_T Sebelum nie takde sapa pun bagitau pasal buat research sendiri. And tak terfikir pun. Harap bermanfaat ye.

      Delete